Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.
Rasa macam takda idea nak menaip. Tapi bila ada idea, dan bila klik 'New Post' pasti akan loading berjam-jam. Ah, bikin hati panas aje. Dan sekarang sudah boleh menaip sesuatu. Memang syiok bila dapat mengarut dan merepek di sini sambil makan kerepek bawang yang aku bawak dari rumah. Pergh!
Dan idea yang secara spontan ini datang daripada assignment aku. Bukan aku kene buat assignment pasal nama-nama sekolah. Tak. Tapi assignment aku ni pasal Tun Sri Lanang.
Nak dikaitkan karutan yang seterusnya ni sebab kat daerah aku ada satu sekolah ni namanya Tun Sri Lanang. Aku tak amek kisah pun sapa beliau ni. Padahal banyak jasa yang dicurahkan kat tanah air kita ni. Dan tetiba aku terpikir, adalah budak2 yang sekolah kat situ tau siapa beliau tu?
Aku dah cakap awal2 memang aku tak kenal. Dan aku kene pulak cari informasi pasal beliau ni. Then, aku pegi google untuk mengushar-ushar tentang beliau ni. Taip saja 'Tun Sri Lanang'. Nah, ambek kau banyak informasinya. (tapi kalau orang jawa, 'lanang' tu adalah anak2 lelaki)
Dulu aku sekolah kat SMK Tun Mamat 5 tahun pastu aku sekolah pulak kat SMK Tengku Mahmud Iskandar satu setengah tahun. Kalau aku tak kenal Tun Mamat dengan Tengku Mahmud Iskandar tu memang sia-sia je. Walaupun aku tak tau dengan mendalam tapi aku tau secara dasar siapa mereka tu.
Siapa tak kenal Tun Mamat, yang menemani Hang Tuah meminang Puteri Gunung Ledang bagi pihak Sultan Melaka pada zaman dulu2. Beliau memang seorang yang berani. Nak tau lebih lanjut anda boleh cari sendiri sejarah Tun Mamat ni.
Bagi warga negari Johor pulak, memang anda perlu di buang negeri kalau tak kenal siapa itu Tengku Mahmud Iskandar. Beliau ada Sultan Johor sebelum ni. Tengku Mahmud Iskandar tu kalau tak silap aku nama yang digunakan sebelum beliau menjadi Sultan (kalau silap sila betulkan). Bila beliau ditabalkan menjadi sultan, nama yang sering digunakan adalah Sultan Iskandar. Ada kontrovesi jugak pasal sultan ni. Tapi apa-apa pun beliau adalah keturunan raja Johor.
Tapi Tun Sri Lanang ni pulak,aku masih lagi dalam proses mengenal. Sekarang aku malas nak menaip lagi. Tapi mahu membaca dan mencari informasi lagi berkenaan beliau. Apa yang pasti ada kaitan jugak dengan Johor. Ni yang menambahkan keinginan aku untuk mengenalinya. Cewah!
Okay bebeh, kalau diizinkan lagi aku akan mencarut mengarut lagi. Terpulang sama you all nak baca ke tak. Ngee~~
>>>Keinganan untuk mengetahui sesuatu pasti ada sebabnya. Renung2kan dan jangan sampai termenung.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment