Saturday, August 27, 2011

Tamat Sudah Perkhidmatan Aku Sebagai 'Packer'

Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Selamat berpuasa. Selamat beramal. Selamat semuanya. =)

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya aku dapat menamatkan perkhidmatan aku di kilang kerepek (eh, dah macama nak bagi ucapan pulak. ok ok. Tukar nada suara. Ngee)

Banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat. Tak dapat nak ungkapkan dengan kata-kata mahupun perkataan. Orang yang mengalami sendiri yang lebih mengerti dan memahami.

Sayu pulak rasanya detik-detik perpisahan dengan warga kerja kat situ. Tapi apakan daya. Aku hanya mampu menyumbangkan tenaga untuk bekerja setakat ni saja. Fikiran pun dah asyik pikir nak raya je. 

Harap tali silaturrahim kami tak terputus macam tu je. Makcik2 tu pun dah beria-ia ajak kitaorang raya rumah mereka. Nampaknya raya tahun ni penuh dengan aktiviti menziarahi kenalan-kenalan. Ngee~~

Sebelum aku diberi pekerjaan tetap baik aku timba pengalaman bekerja dulu. Baru dapat banyak pengajaran. Bukankah pengalaman itu adalah guru yang terbaik? Dan aku rasa bila kita bekerja kita akan lebih memahami orang lain. Sebab bila kita jumpa banyak orang kita akan berhadapan dengan karenah orang yang pelbagai. Sebagai bakal guru jugak aku kene belajar memahami orang kan?

>>>terharu aku tengok anak-anak bos dengan sorang pekerja kat situ  melambai-lambaikan tangannya dengan nada yang sangat sayu dan pilu bila aku, kakak aku dan kawan aku meninggalkan kedai tu buat kali terakhir sebagai 'packer'

v(^_^)v

No comments: