Friday, August 19, 2011

Tiada Gambaran Untuk Menzahirkan Perasaan Ini

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera pengunjung alam maya sekalian.

Apa khabar di bulan yang penuh berkah ini? Harap sentiasa dalam keadaan sejahtera selalu. 

Dah tiga hari aku tak bekerja. Kerana tiada barang untuk di'packing'. Bagus jugak tak kerja. Boleh aku merehatkan diri. Almaklum lah pekerja yang berwibawa dan berdedikasi, pasti penat melaksanakan tugas yang diberi. Maka perlulah berehat mengambil mood untuk menghadapi hari raya nanti. Ngee~~ (Abaikan karutan aku yang tidak anda fahami)

Selama tiga hari diberi cuti tanpa gaji, aku pegi melawat rumah atuk aku yang tak lama lagi Insya-Allah akan siap diupgrade. Wah, dah macam banglo tak bertingkat aku rasa. Boleh lah rasa keselesaan berumah ala-ala banglo. 

Maka, aku berasa tidak sabar untuk menghuni rumah atuk semula. Dan tak sabar juga nak berhenti kerja (dah malas nak kerja sebenarnya. ngee).

Sesungguhnya, aku dan rumah atuk memang tak boleh dipisahkan. Aku dibesarkan kat situ, maka semestinya rumah atuk adalah rumah aku jugak. Walaupun aku ada banyak rumah (ekceli bukan hak milik aku pun rumah-rumah tu semua) tapi rumah atuk di kampung serom 2B tu jugak yang sentiasa bertahta dihati nurani ini.

Oleh itu aku menjemput para pembaca blog karutan aku ini untuk bertandang (bukan bertendang) di rumah atuk aku. Kerana raya nanti aku akan sentiasa di rumah atuk aku. Rumah di Taman Serom Utama bukan ditutup tetapi keselesaan para tetamu pasti terjamin di rumah atuk.

Akhir kalam, harap rumah atuk yang baru ni sentiasa dalam keadaan harmoni zahir dan batin. Bukankah ada slogan yang mengatakan 'Rumahku, Syurgaku'? Ya, rumah atuk juga seperti syurga.

>>>Tak sabar nak menghuni rumah baru. Harap diberi kesempatan.

v(^_^)v


No comments: