Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera para pembaca yang sudi membaca karutan dari aku.
Kemalasan dan ditambah dengan ketidakadamasaan menyebabkan blog ini dibiarkan begitu saja. Sekarang ni pun masa sangat mencemburui aku.
Semalam tarikh ulang tahun kelahiran adik lelaki aku. Satu-satunya adik lelaki aku seibu sebapa. Harap adik lelaki aku menjadi seorang anak yang soleh dan sentiasa mendapat keredhaan. Harap apa yang dia lakukan tidak menyusahkan orang lain.
Kalau nak cerita pasal adik lelaki aku sorang ni memang tak menang tangan nak menaip. Baik aku berhenti menaip sekarang.
Akhir penaipan, harap adik lelaki aku sentiasa dalam payung rahmat Ilahi. Khas untuk adik lelaki aku - Bang, kau jangan asyik buat mak ayah risau pasal kau. Yan, mak, ayah, Aji, Adik semua sayang kat kau.
>>>Aku sayang adik-beradik aku, sebab tu aku selalu cari pasal dengan mereka. Ngee~~
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment