Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera masyarakat alam maya sekalian.
Dah sebulan aku duduk rumah jaga diri sendiri lepas Internship. Dalam sebulan lepas tu aku tak de buat apa-apa kecuali makan, tidur, main-main dan sewaktu dengannya. Terpikir jugak nak cari duit poket sendiri tanpa mintak kat mak ayah. Tapi kemalasan nak pegi keluar mencari sumber pendapatan pulak melanda diri. Jadi selama sebulan aku hanya menghabiskan masa mengikut kesukaan aku sendiri. Menonton televisyen itulah perkara runtin sampaikan dah hafal rancangan yang akan ditayangkan. Cuma kekadang terlepas tengok sebab rasa nak tidur tu lebih tinggi.
Lepas Internship hari tu ada jugak pegi program yang bermanfaat untuk diri ni. Seminggu lepas Internship, aku dengan kawan sekolah tingkatan 1-5 pegi sekolah. Ada program untuk junior2 sekolah. Aku dan kawan-kawan yang lain dijemput untuk mengisi satu slot dalam program tu.
Tapi program tu cuma sehari je. Lepas tu, aktiviti sebagai penganggur terhormat dilaksanakan kembali. Sampailah seoranng kawan aku yang memang gigih mencari pekerjaan untuk diisikan semasa cuti semester memanggil aku bersama-samanya bekerja. Bagai mengantuk disorongkan bantal (taktau sesuai tak pepatah ni untuk situasi aku) aku pun menerima tawaran beliau untuk bersama-sama kerja kat tempat yang disarankan.
Mak kawan aku sebenarnya yang carikan kerja tu. Sebabnya mak dia kenal dengan tokey kedai kerepek tu. Maka si mak pun menyarankan kepada tokey itu untuk menjadikan anaknya sebagai pekerja di kedai itu sebagai 'packer' (taktau istilah ni sesuai sebagai tugas kerja). Kan dah nak raya ni, maka permintaan untuk kerepek2 meningkat. Dan si tokey memerlukan pekerja yang ramai untuk memekingkan kerepek2 tersebut, Setelah aku menyetujui permintaan kawan aku untuk bersama-sama memeking kerepek, maka pada 31 Julai kami membantu memeking kerepek sepertimana yang diajarkan oleh pekerja lama di kedai itu.
Selama berhari-hari tu tak sempat nak mengetahui perkembangan semasa. Yela, kerja dari pukul 8 pagi samapai 11 malam. Asyik ngadap benda yang sama. Mujur masa hari pertama belum masuk bulan puasa. Boleh makan krepek sambil packing krepek. Ngee~~ Tapi masuk je hari kedua, pergh!! Menguji tahap keimanan sungguh.
Rasanya dah panjang lebar aku mengarut kat sini. Ntah ada yang baca tanpa melangkah-langkah ke tak. Kalau mak cik aku yang baca mesti dia cakap "huish! Panjangnye. Malas aku nak baca" Maka akan mengklik tanda pangkah dipenjuru atas sebelah kanan komputer.
Insya-Allah lain kali aku nak membebel kat sini lagi. Ngee. Sekarang aku dah penat nak mengarut lagi. Oleh itu, aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh keberkatan ini.
(p/s: Harap maaf kalau tak paham gaya bahasa aku yang ntah apa-apa ni. Sesungguhnya bahasa melayu aku time sekolah dulu memang teruk)
>>>sebelum raya ni apa salahnya cari duit raya sikit-sikit. tambahan pula membantu si tokey memeking kerepek2nya yang mendapat sambutan hangat sempena bulan ini.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment