Saturday, March 5, 2011

Lagu apa yang kamu minat. Adakah sama dengan aku?

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera ke atas kamu.

Entri kali ni mungkin pendek saja. Aku malas nak bebel pepanjang. Tahu dah bukan ada orang baca pun. Ngee~~ Tajuk saja yang aku panjangkan. So, kamu semua kompem la dah tahu isi entri kali ni kan. 

Inroduction pun aku malas nak taip pepanjang (padahal tak ada idea. ngee~~). Straight to the point je. Sebelum tu, aku nak tanya, kamu minat lagu macam mana? Takpe2. Kamu jawap depan laptop je. Tak payah susah2 cari aku nak bagi jawapan. Terharu aku dibuatnya. Kalau ada orang tanya aku, aku suka lagu apa. 1st skali aku cakap aku suka semua lagu  yang berkisarkan keagamaan. Tak kisah la rock ke, balada ke, r&b ke, nasyid ke janji ada unsur2 ketuhanan. 

Sebab apa aku suka? Sebabnya bila dengar lagu2 macam tu rasa la sikit kehambaan aku pada Sang Pencipta. Sebab bila dengar lagu2 macam tu aku rasa diri ni dekat dengan Maha Penguasa Alam. Jiwa tenang bila dengar lagu2 macam tu sebab liriknya mengingatkan kita pada Ilahi. Bukankah dengan mengingati Allah jiwa akan menjadi tenang. Dan ya aku merasakan itu bila dengar lagu2 yang mengingatkan diri ni kepada-Nya. (Sedih dan kecewa bila ada kawan yang cakap lagu2 yang aku suka ni mengantukkan. OK i terima kalau lagu2 sebegini memang slow dan mendamaikan dan u lebih suka lagu2 yang rancak dan ganas kan yang liriknya i sendiri tak paham maksudnya. Hehe. Never mind)

Banyak sebenarnya lagu2 yang aku minat. Dari sekolah lagi aku memang minat lagu2 dari seberang. Orang2 indonesia kalau cipta lagu memang best. Ingat lagi dulu time sekolah2, aku tulis lirik lagu letak kat dalam file. Hehe. Ntah apa2. Tapi tu dah jadi kenangan dah. Yang pasti memang jiwa aku minat kat lagu2 mereka. Lagu malaysia? Oh, aku minat jugak lagu2 dari tanah air aku yang tercinta ni. Cumanya, aku lagi suka lagu2 seberang. Eh, bukan seberang prai eh. Ni betul2 seberang selat melaka. Maksud aku lagu2 indonesia. Tapi tak semua lagu indon tu aku suka. Seperti yang aku taip cakap tadi, aku suka lagu2 yang mengingatkan diri aku ni kepada Sang Pencipta. 

Bila dengar lagu, 1st skali aku tengok lirik dia. Kalau aku dengar liriknya ntah apa2 aku tak minat. 2nd, aku dengar melodinya. Ngee~~ Kalau best aku suka juga. Lagu yang lirik dan melodinya best memang bertambah2 aku suka. Ngee~~ (Oh, aku sudah mula mahu mengarut. Takpa la. Tahu dah takde orang baca. Aku syok sendiri je kat blog aku ni. Boleh?)

Tapi, sebenarnya aku tak jumpa lagi orang yang minat lagu2 macam aku. Ya, mungkin ada. Tapi kekawan aku semua macam tak minat. Takpa. Aku tak kisah. Kan setiap orang tu mempunyai minat2 yang berlainan kan. So, kalau tak de orang minat lagu macam aku, biar aku sorang2 je dengar lagu2 macam tu. Haa aku ade letak lagu kat blog ni. Lagu 'Prahana dan Asa', lagu2 macam ni la aku suka. Hee~~ Ada sesiapa yang suka lagu macam tu? 

Kami adik-beradik sendiri ada minat yang lain2. Kakak aku suka dengar lagu apa ntah. Tapi jiwa dia jiwang2 sikit. Ngee~~ (sori jie, yan tak tahu lebih spesipik lagu yang aji suka). Adik laki aku suka lagu lame2. Eh, lama ke. Ntah la. Tapi kalau kat handset dia tu lagu era 70-80-an. Band2 macam kristal, salem ke apa ntah, Aku pun tak sure. Rock kapak ke apa ntah istilah nya. Adik perempuan aku suka lagu2 korea. Sampai nama2 artis korea semua dia tahu. Aku kompem2 la tak kenal. Ni nak cakapnya bahawasanya setiap orang tu ade minat yang tersendiri kan. So, terima je la. Kalau tak suka minat orang tu, duk diam2. Respek each other. OK?

Ada lagi satu, aku pun minat lagu2 omputeh. Tapi yang berunsurkan ketuhanan juga. Macam Sami Yusuf. Ada jugak lagu2 dia dalam simpanan aku ni. Liriknya memang sangat menusuk jiwa. Sangat membuatkan hati tersentuh. Maher Zain pun aku suka jugak. Hampir semua kot lagu dia dalam simpanan aku. Lagu2 omputeh ni biasanya aku tengok lirik dia dulu. Kan dah cakap kan tadi 1st thing aku tengok lagu tu dari liriknya. Kalau lirik dia ok, aku ulang dengar je. hehe~~

Ada orang cakap lagu2 nasyid je ada unsur ketuhanan. Tapi aku cakap mana ada. Lagu rock pun ade jugak yang berunsur ketuhanan sekarang ni. Contahnya lagu amy search tu. Di ufuk timur ke apa ntah lagu nya. Lagu indie pun ade juga, orang kata nasyid indie. haa. Nasyid indie ni pun aku suka jugak. Nasyid kat malaysia ni aku minat juga. Tapi nasyid kat indonesia lagi aku suka. Hee~~

Sebenarnya, aku tak tahu aku suka yang mana satu. Semua aku suka sebenarnya. Kalau aku balik rumah, adik-beradik aku pasang lagu2 yang mereka minat, aku layan jugak (siap joget2 lagu hindustan lagi bila dengar lagu korea. Eh, tipu je. Ngee. Tak sampai joget pun)

Eh, aku cakap tadi mungkin short entri kan. Tapi ni rasa dah panjang ni. Oh, kene stop sebelum aku mula mencarut mengarut dengan lebih dasyat lagi. Memang bab2 mengarut bagi la kat aku. Ngee~~

Akhir penaipan, aku tak kisah kamu semua minat lagu apa. Aku pun tak cakap aku ni just suka 1 lagu je. Semua lagu aku boleh dengar. Tapi kalau lagu2 yang sedap telinga mendengar adalah lagu2 berunsurkan ketuhanan dari artis2 indonesia. Ada sesiapa punya minat seperti aku? Ngee~~

>>>Kumpulan Wali band and Ungu ada lagu2 berunsurkan ketuhanan dan keagamaan. Aku suka lagu mereka. Edcoustic pon. Banyak lagi sebenarnya. Bagitahu pun kamu berminat ke? Hee~~

v (^_^) v

No comments: