Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera atas kamu.
Terimalah luahan hati hamba yang hina dina ini
Sebenarnya dari lirik sebuah lagu
***
Terima kasih wahai Tuhanku
Yang sentiasa melimpahkan rahmat-Nya
Membenarkan aku menghadap-Mu Tuhan
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang
Untuk bercakap dengan-Mu Tuhan
Mengizinkan ku minta pada-Mu
Memuja-memuji sepenuh hatiku
Memohon munajat pada-Mu Ya Rabbi
Tapi aku khuwatir ketika menghadap-Mu
Tidak pula pandai beradab dengan-Mu
Aku mula bimbang kalau aku derhaka
Dalam ketaatan bukan rahmat dari-Mu yang ku dapat
Tapi ku kan dapat kemarahan-Mu
Ya Rabbal Alamin
Maafkanlah aku
***
Sebenarnya aku rasa malu kepada Sang Pencipta. Betapa besarnya nikmat yang telah Dia bagi, cuma sikit yang aku syukuri. Dan selalu aku melakukan dosa, tapi taubat aku? Aku selalu lalai dalam kehidupan ni. Terlalu alpa dengan dunia. Padahal kat dunia ni la tempat yang sepatutnya kita gunakan untuk mendapatkan hasil yang terbaik di Akhirat nanti.
Betapa sayangnya Sang Pencipta kat kita. Buktinya banyak di depan mata. Tak payah kita nak mempertikaikan sayang-Nya pada kita. Cuma kita je yang kata sayang pada Sang Pencipta. Buktinya? Tak malu ke kita?
Sebenarnya aku sangat mendambakan kasih sayang dari-Nya. Aku tak mengharapkan kasih sayang dari insan lain. Hanya kasih sayang Allah yang aku harap kerana kasih sayang dan cinta-Nya saja segala-galanya di dunia ni. Hanya kasih sayang Allah yang mampu meningkatkan motivasi diri aku. Hanya kasih sayang Allah yang mampu menjadikan aku hamba-Nya yang taat. Segala-gala dengan rahmat Allah.
Ah, aku tak pandai berkata-kata. Cukuplah hanya luahan hati aku Allah yang dengar. Cukuplah Allah bagi aku untuk meneruskan kehidupan dunia yang banyak rintangan ni. Biar lah orang nak kata aku apa. Aku tahu Allah mengetahui apa yang aku rasa. Aku tahu Allah tahu apa yang tersirat dalam hati aku. Biar pada zahirnya apa yang orang nampak tidak sama dengan batinnya.
Akhir penaipan, jangan berputus asa dengan rahmat Allah. Berterima kasihlah kepada Allah. Bersyukurlah kepada Allah nescaya Allah akan menambahkan nikmat-Nya kepada kita (firman Allah dalam surah apa ntah. Tak ingat)
>>>Ya Allah, jadikan aku muslimah solehah. Bimbinglah aku Ya Rabbi.
(^_^)v

No comments:
Post a Comment