Tuesday, March 15, 2011

Segmen: Blogger Ikut Negeri (anjuran Ben Ashaari) Saya Blogger Negeri Johor

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Ni first time aku ikut segmen anjuran Ben Ashaari. Selalu baca je apa yang dia taip. Hee~~
Sebenarnya tak tahu nak buat macam mana. Cuba try test je. Hikhik~~

Okay, kita mulakan segmen tersebut.

Memula kene letak banner yang telah dibuat.

Amacam. Ciut miut tak banner nya. Hee~~

Then, kene link kan ke entri ni (sila tekan disini untuk keterangan lebih lanjut)

Kemudian, sila jawab soalan berikut:

1. Sila ceritakan latar belakang anda. (Latar belakang je? Latar depan bawah atas tak perlu la kan. Ngee)

Nama penuh aku seperti yang tertera di laman web blog aku. Aku muda remaja lagi baru 22 tahun (Alamak terperasan muda pulak. Ngee). Anak jati negeri Johor darul takzim. Dulunya nama daerah yang aku duduk ni Muar, tapi dah tukar nama jadi daerah Ledang. Mak Ayah aku pun orang Muar jugak. Ayah sempadan Batu Pahat (Air Hitam batu 14), Mak sempadan Segamat dan Melaka (Sungai Mati). Selama lebih kurang 20 tahun aku menetap kat Johor, akhirnya aku tercampak keluar dari negeri kesayangan aku ni. Bukan di buang negeri tapi telah diamanahkan untuk meneruskan perjuangan di Pulau Mutiara iaitu di Universiti Sains Malaysia iaitu universiti dalam taman (Haish barapa kali 'iaitu' daa~~). Kat sini aku belajar untuk menjadi guru yang berkaliber lagi berwibawa, insya-Allah. Adik beradik seibu sebapa 4 orang dan sebapa tambah lagi 2 orang. Anak kedua daripada 4 orang, eh 6 mungkin. Argh~~ 

2.Profesion anda sekarang 

Profesion? Bukan profesor eh. Oh, nak sama pulak ejaannya. Ngee~~ Okay2 aku tak mau merapu nanti abang Ben bakar pulak laptop dia sebab entri aku yang mengarut ni. Abaikan. Kembali kepada jawapan. Profesion aku adalah seorang pelajar yang pemalas. Belajar untuk menjadi bakal pendidik nusa bangsa bagi murid-murid berkeperluaan khas. That mean aku amek kosmetik pendidikan. Lebih specipik lagi aku amek kos Pendidikan Khas. Minor geografi. Insya-Allah profesion aku di masa hadapan adalah seorang pengetua guru cemerlang dunia akhirat. Guru yang disayangi murid-murid. Ngee~ Doakan la ye. Agak-agak dah lama jadi guru nak jugak rasa jadi profesor. Tu pun kalau aku rajin nak sambung blajar lagi. Ngee~~

3. Blog favourite anda.. kenapa?

Aku sangat suka baca blog kakak aku. Kenapa? Sebab kakak aku sempoi je bila dia tulis. Tapi sekarang dia dah jarang update. Aku wujudkan blog aku ni pun sebab kakak aku ni la. Dia tak suruh pun, cuma aku selalu nak buat apa yang kakak aku buat. Ni pun cuba try test je blog ni. Ngee~~  Tambahan pula (wah skema amat ayat penghubungkata aku), blog kakak aku best. Sebab utama aku suka, sebab tu blog kakak aku. Eh, apa aku mengarut ni. Ada jugak blog lain yang aku suka. Tapi blog kakak aku paling aku suka. Hari-hari aku menanti entri terbaru beliau. Eheehehe~~

4. Blog yang anda tak suka nak masuk.. kenapa?

Aku tak tahu la apa yang aku tak suka. Selalunya aku bukak je blog sesapa. Kebanyakannya memang aku tak kenal. Aku kan pemalas, so, jarang amat la berblogwalking. So, kesimpulannya, aku redah je blog apa-apa. Oh, aku tak suka masuk blog prono dan sewaktu dengannya. Ngee~~

5. Impian anda terhadap blog anda.

Sebenarnya tak ada impian untuk blog ni. Jap aku pikir. Setelah beberapa saat berfikir, aku rasa aku nak blog aku ni memberi manfaat kepada pembaca. That mean, bila kamu baca blog aku, kamu dapat sesuatu yang bermanfaat. Tapi, aku tak tahu nak bagi sumbangan apa. Tu yang selalu payah nak update. Ngee~~ Lagi satu, sebenarnya blog ni untuk aku merapu mengarut je. Tu yang susah nak capai impian aku tu. Ngee~~

Okay habes sudah soalan yang diberikan. Dan aku pun sudah menjawapnya dengan kekarutan yang ntah apa-apa. Harap maaf jika jawapan bagi segmen ini menganggu gugat gegat anda. Maaf sekali lagi.

Akhir penaipan, harap abang Ben dapat terima apa yang sudah ditaip ini.

>>>Sempat lagi kan segmen ni? Dah nak habes waktu dah kot.

(^_^)v
 

No comments: