Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua. Sihat tak hari ni? Sihat ke tak ke Alhamdulillah sebab masih bernafas kat dunia ni. Apa-apa pun kesihatan perlu di jaga. Senang kita nak buat kerja seharian kita. Nanti kalau dah sakit, nak makan pun tak selera. Tapi aku bab-bab makan selera je. Oh, aku terasa macam mak-mak membebel pulak. Abaikan.
18hb Febuari
Tahun ni 18hb Februari jatuh pada hari Jumaat. Penghulu segala hari. Hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran Ayah aku. Ayah aku lahir tahun 1962 time tu atuk aku cakap bulan Ramadhan. Wah, Ayah aku lahir bulan Ramadhan, bulan rahmat tu. Cuba kira umur Ayah aku. Muda lagi kan. Ngee~~ Belum cecah 50-an lagi. Semoga Ayah aku panjang umur, murah rezeki, sentiasa dalam lindungan-Nya, bahagia dunia akhirat dan semoga Ayah gembira dengan aku. Ngee~~ Apa-apa pun terima kasih Ayah sebab sayang kat aku. Setakad ni Ayah sorang je yang sayang kat aku. Maksud aku yang lelaki. Ngee~~ Eh eh, atuk aku pun sayang aku la. OK Abaikan.
Pepagi lagi lepas solat subuh aku dah call Ayah. Kesian Ayah. Kenapa? Oh tak buleh crite di sini. Rahsia. Yang pasti Ayah aku telah pergi menghantar adik aku pi sekolah. Pastu pi kerja pulak. Banyak benda sebenarnya aku cakap dengan Ayah pagi tadi. Tak macam perbualan yang lepas-lepas. Sebabnya? Oh rahsia jugak.
Aku sayang Ayah. Dan aku tahu Ayah pun sayang kat aku jugak dan semua anak-anak Ayah. Kamu semua bayangkan kalau Ayah kamu sanggup jejauh nak jemput kamu balik asrama. Kamu bayangkan Ayah kamu sanggup mencari rezeki untuk kamu semata-mata. Kamu bayangkan Ayah kamu selalu tanya kamu dah makan ke belum padahal baru je Ayah nampak kamu dah makan. Kamu bayangkan Ayah kamu balik kerja bawak satey bebanyak pastu kamu makan banyak dan Ayah kamu makan satu cucuk je. Kamu bayangkan time birthday kamu Ayah belikan kek untuk kamu. Tu semua tanda kasih sayang cinta Ayah kat kita. (Haish apa ni bayangan semua berkaitan makanan ni. Ngee~~)
Kali ni aku tak tahu nak bagi apa kat Ayah aku. Tapi selalu aku qada' bagi hadiah kat Ayah. Ngee~~ Apa la aku ni ek. Selalu aku bagi Mak Ayah aku hadiah bila aku mampu beli hadiah untuk mereka. Bila aku dapat duit sendiri macam time kerja dulu-dulu. Bila akhir sem sebab time tu duit aku tak pikir nak bayar-bayar benda yang apa-apa ntah tu. Tapi kalau nak bandingkan semua benda yang aku dah bagi kat Ayah mana mungkin sama dengan segala perngorbanan Ayah kat aku. Walau semahal mana pun pemberian aku tak setanding dengan semua pemberian Ayah kat aku. Ya aku tahu itu. Sangat tahu.
"Ayah, nanti yan balik baru yan boleh bagi Ayah hadiah. Yan tak nak post sebab rasa tak puas. Bagi face to face lagi puas hati. Ngee~~"
Apa reaksi Mak Ayah kamu bila kamu bagi mereka hadiah. Ayah aku mesti cakap "Tak payah la bagi Ayah apa-apa. Susah-susah je." Haish saja nak sedapkan hati aku. (tetiba teringan baju yang aku beli kat Ayah sem lepas. Tak muat. Ngee~~)
Oh, Teringat dulu time aku sekolah rendah, Ayah selalu bawak kami adik beradik jejalan. Kat Melaka tu kamu sebut je apa tempat, semua aku dah pi. Ngee~~
OK, aku pun tak tahu nak merapu apa lagi. Ngee~~
Akhir penaipan, semoga Ayah sentiasa dalam lindungan-Nya selalu dan sentiasa bahagia di dunia dan akhirat. Amin ya rabb.
>>>19hb lepas Ko-K nak lawat sahabat baik di HKL. Tapi 20hb ada kelas teori silat.Tapi tak ada masa nak lawat dah sebab lepas ni ada banyak benda lain lagi. Oh silat, aku mintak maaf kerana terpaksa tidak menghadirkan diri. Maaf sangat-sangat. Rasa bersalah pulak. Maaf lagi sekali. Ke dua kalinya aku mintak maaf.
v(^_^)v


No comments:
Post a Comment