Thursday, March 17, 2011

Ingatlah Waktu Sihat Sebelum Sakit! Lapang Sebelum Sempit.

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

*Kali ni tak nak mengarut banyak2 (depends jugak. ngee~~)*

Macamana kesihatan kamu? Alhamdulillah. Aku sentiasa sihat waafiat. Makan pun makin berselera (baru lepas beli chipsmore yang besar 4 bungkus sebab ada promosi. ngee). Badan pun semakin berisi sebab dah jarang nak berjimat macam sem2 lepas (baget duit banyak sangat sampaikan semua makanan nak beli. ngee). Kalau dulu sehari makan sekali, tapi sem ni sehari berkali-kali pulak. Oh aziani, ingatlah kepada mereka yang selalu kelaparan dan tidak berkemampuan untuk membeli makanan. Ngee~~

Tetiba teringat kat seorang sahabat ni, dulu time sekolah selalu kami stay kat sekolah sampai petang. Ekceli bukan aku dan dia je, ada jugak sabahat2 yang lain. Biasanya kami 4 orang. Rindu sangat kat dia. Sungguh.

Aku ingat lagi dulu dia selalu datang rumah aku. Mintak tolong sebab dia amek Pendidikan Seni. Bukan mintak tolong aku melukis ke apa sebab tangan aku mengigil bila melukis, tapi dia tak tahu sangat pasal ICT. So, mintak la tolong kat aku walaupun ekceli aku bukan la pakar sangat ICT ni, yang basic2 boleh la sikit. Aku pun banyak mintak tolong dia. Kami saling tolong menolong. Kan tolong menolong itu amalan mulia. (Oh, aku sudah mula mengarut).

Pada suatu hari, jeng jeng jeng (sila amek mood suspen. ngee)

Pada suatu hari (ulang ayat diatas), waktu petang aku dengan dia buat keje kat rumah aku. Masa buat keje tu dah lewat petang dah. Dia nak balik naik bus, tapi aku cakap tak payah. Biar aku hantar dia balik sebab kalau dia nak naik bus nanti dia tak sempat nak buka puasa. Masa tu dia tengah puasa. Tapi bukan bulan puasa Ramadhan tu. Ala biasa la student, nak keberkatan mestilah amalkan puasa2 ni kan. Ngee~~ So, aku pun hantar la dia naik motor atuk aku. Motor atuk aku tu pulak baru lagi. So, best la kalau nak bawak laju2 pun. Ngee~~

Dengan keadaan yang dah nak maghrib, dan ditambah dengan motor yang baru keluar dari kedai memang aku tak ingat apa dah. Aku tengok speed tu ada la juga dalam 110km/jam (oh, mungkin bagi sesetengah orang tak cukup lagu. tapi bagi aku tu la yang paling laju aku bawak). Aku bawak laju pun ada sebab jugak. Sebabnya, aku pikir nak buka puasa je masa tu. Ngee~~

Dalam perjalanan tu pulak, time tu budak2 sekolah yang sesi petang balik. Kat tempat aku ni kebanyakkan yang sesi petang budak2 cina. Then, aku dengan lajunya tetiba sampai kat gerumpulan budak2 cina ni bawak motor. Mereka bawak nak kata pelahan tak pelahan. Nak kata laju tak laju jugak. Okay la speed dia. Aku pun nak potong mereka. Time tu memang tak ada kereta kat belakang. Keadaan jalanraya memang sangat2 lenggang. Aku ingat lagi cuma ada bus sekolah dan motor2 kami. So, memang okay la nak potong pun kan. 

Tetiba bila aku nak potong tu, salah sorang budak yang bawak motor tu main2 pulak. Kejap kekiri kejap kekanan. Dan dia buat tu time aku nak potong. Haish nakal la budak tu. Huh, aku tak tahu nak cerita macamana. Maka, berlakulah ekciden antara aku dengan budak yang nakal tu. 

Time tu handle motor atuk aku tergeser dengan handle motor budak tu. Dengan kelajuan yang disebutkan tadi, aku pun terseret jatuh ke jalanraya. Time tu aku tak ingat dah apa dah jadi. Tahu2 je aku dibawak ke klinik. Pastu aku dikejarkan ke hospital Muar dengan ambulan. Kawan aku tadi luka2 jugak. Tapi tak seteruk aku. Kesian sebenarnya kat kawan aku ni. Sebab aku dia terlibat sama ekciden tu. Yang geramnya, budak cina tu lari macam tu je. Padahal memang salah aku yang nak potong dia then terlanggar handle motor dia.

Eh, aku sebenarnya nak cerita pasal kawan aku ni la. Bukan pasal ekciden aku tu. Ekceli, kawan aku ni sekarang tengah dalam keadaan tak sedarkan diri. Kan hari tu aku ada bagitahu yang aku nak pi lawat kawan aku kat HKL. Dia la orangnya. Sayu je bila tengok dia terlantar kat atas katil spital tu. 

Ekceli sebelum dia masuk UNIMAS dia ada buat medical cek-up, tapi tak lepas. Tapi, dia nak buat balik kat u dia. Tapi dia tak buat pun bila masuk sana (haish, barapa banyak 'tapi' la).  Then, dalam sem satu tu dia selalu jugak demam2, lemah2 semua. Dah rasa tak sihat tu dia pegi la jumpa doktor dan doktor pun sahkan dia ada sakit buah pinggang. Tapi tak teruk masa tu. Dan dia pun tak bagitahu kat sesiapa time tu.

Pastu, dalam sem dua hari tu dia rasa tak sihat lagi. Time tu cuti kot sebab dia ada kat semenanjung. Dia pengsan ke apa ntah. Tapi yang pastinya, dia pegi jumpa doktor, doktor cakap dia sakit buah pinggang. Waktu tu, famili dia dah tahu dah. Tapi mereka macam tak percaya. So, mereka tak anggap la benda tu serius mana (Ini adalah sumber penceritaan daripada kakak kawan aku). Maksud tak serius kat sini adalah sakit tu tak serius mana cuma dia perlu makan ubat dan jaga diri dia dengan baik.

Tu cerita sebelum dia tak sedar diri sekarang ni. Bagi aku dah lama jugak sebenarnya dia sakit. Bayangkan dari mula2 masuk U sampai sekarang dah nak masuk semester ke-4. Dia ni kalau dah sakit pun tak nak bagitahu orang (kakak dia la yang cakap). So, masa nak balik Sarawak untuk naik sem ke-4 hari tu, dia pensan dan dimasukkan ke hospital Muar. Time dia masuk hospital tu aku dah balik Penang dah. So, aku mesej2 je la dengan dia. Dan tiba cuti mid sem hari tu aku nak pegi melawat dia. Tapi time tu tak sempat sebab aku balik mid sem 4 hari dan masa tu bila aku mesej n call dia tak berbalas. Mati kutu jugak aku time tu tak tahu nak buat apa. Dalam pikiran ni asyik pikir dia je. Yela kawan baik aku time sekolah. Sampailah aku terpaksa balik ke Penang tak dapat jawapan dari dia. Ekceli aku nak pegi je tanpa tanya dia, tapi tak tahu wad kat mana. Bukan kecik spital Muor tu.

Sememangnya setiap yang berlaku tu ada hikmahnya. Aku tak dapat contact dia, so, aku cari alternatip lain. Aku tanya kawan2 aku yang lain. Aku cakap aku lost contact dengan dia. Then, adik kawan aku ni kawan dengan adik kawan aku yang sakit ni. So, aku mintak la number phone adik kawan aku ni. Dan aku pun tanya keadaan kawan aku ni macam mana. Dan alangkah terkejutnya aku bila tahu dia tak sedar diri dan berada di HKL. Harap2 dia cepat sembuh dan dapat mejalani kehidupan seperti biasa. 

Ekceli aku tak tahu nak cerita macamana lagi. Sebak aku nak ceritakan. Apa yang aku nak sampaikan, ingatlah waktu sihat sebelum sakit. Lapang sebelum sempit. Waktu sihat dan lapang lah waktu yang boleh kita gunakan sebaiknya. Semaksimumnya untuk melakukan amalan, untuk mendapatkan pahala dengan mudah. Sebab bila dah sakit dan keadaan sempit, susah nak buat sesuatu. 

Akhir penaipan, semoga sahabat aku ni cepat sembuh. Ingatlah lima perkara sebelum datang lima perkara, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sempit. Dan lagi tiga muda sebelum tua, kaya sebelum miskin dan hidup sebelum mati. Wallahulam.

Time solat hajat. Tak ingat time ni lepas ekciden ke belum. Ngee. Dayah yang berbaju kuning keemasan.


Alahai dayah ternyorok pulak. Geng2 yang selalu datang ke rumah aku yang tak seberapa. Sangat rindu.

>>>Rindu sama kamu, sahabat. Amat.

(^_^)v
Enhanced by Zemanta

4 comments:

HudA aLthafUNnisa said...

syafakillah..
emm,bahaya gak kalu asyik demam kan T_T

Unknown said...

bahaya jugak. takut2 ada penyakit yang kita tak jangka. huda jaga kesihatan, jaga diri, jaga hati, jaga iman.

ukhti,mardhiah said...

salam semua sekali,
wahh...yan,semoga dayah kembali sihat dan ceria....
kita anggap ni sbagai kifarah dosa2 nya sbb Allah syg pada Dayah,nak naikkan darjat Dayah....
doakan kesejahteraan sahabat kita seIslam.
Aminn Ya Rabb

Unknown said...

Terima kasih mardhiah. (^_^)v
Semoga semua dalam lindungan-Nya.