Saturday, January 1, 2011

Free Hair (Rambut percuma?)

Salam semua!!

Apa khabar hari ni. Pejam celik pejam celik dah tahun baru kan. Aku tetiap tahun memang tak sambut tahun baru masihi. Ntah. Aku tak brapa suka sebenarnya guna tahun masihi ni. Tapi nak buat camne. Dah satu dunia guna kelandar masihi kan. Ok. abaikan.

Aku sebenarnya tengah kecewa. Sangat kecewa. Sedih, terkilan semua bagai. Tadi time aku buka mukabuku, aku prasan ada benda lain macam je. Sebenarnya kalau ikutkan memang aku  taknak aktipkan mukabuku aku ni. Tapi memikirkan kat situ lah tempat aku renion dengan kawan-kawan tadika, sekola rendah, menengah semua. Tempat aku tahu perkembangan terkini kawan-kawan sekolah. Ada yang dah kawen. Sambung blaja kat mana. Dah kerja. Dll. Lagipun senang sikit nak jemput kenduri kawen aku nanti. Ngee~~

Ok. Masuk kat tajuk. Free hair. Rambut percuma? Haa. Ye la kot. Sebabnya bagi aku rambut ni sangat bernilai. kalau tak silap ada orang cakap rambut adalah mahkota seorang wanita. Aku rasa ada betulnya juga.  Jadi, kalau dah rambut tu percuma tak la bernilai. Kan? Tapi kenapa masih ada yang tak sedar-sedar. Tak sedar betapa bernilainya rambut ini. Wallahualam.

Sebenarnya ntah kenapa tetiba aku terdapat ilham ni dan sesungguhnya ilham yang datang ini tentunya dari-NYA kan? (ada kaitan tajuk ke. Ngee~~) Aku tetiba jugak teringat time aku skola rendah dulu. Ustazah cakap perempuan kene pakai tudung. Wajib. Lelaki tak perlu tapi tetap kene tutup aurat (kalau nak pakai tukar jantina dulu dan perlu ingat ia adalah berdosa. Ngee~~). Dan segala bagai la. Ada sekali tu ustazah cakap siapa yang tak pakai tudung nanti kat akhirat rambut dia kene bakar. Waa. Aku time tu tersentap dah. Takut semua ada.

Dan aku ingat lagi time skola rendah tu jugak aku dah start pakai tudung bila keluar rumah. Sampaikan bila nak jejalan kat kampung pun aku pakai tudung. Ada la jugak bebudak kampung aku cakap "Eh yan, kau nak gi bando ke? paso?" Yela time tu biasa nya kat kampung memang tak pakai tudung kecuali nak jalan jejauh. Ada jugak yang cakap "ceh yan nak tunjuk alim la tu". Astaghfirullah alazim. Sungguh time tu aku tak tahu pun benda alim-alim ni. Aku pakai tudung sebab aku orang Islam. Ustazah cakap kene pakai, aku pakai la. Dan Alhamdulillah kesedaran aku nak pakai tudung sampai sekarang tak hilang. Insya-Allah! Tapi time skola rendah lain dengan kesedaran dah tua bangka ni (actually tak la tua mana kan. Ngee~~).

Aku sedih, kecewa. Sebabnya bila aku buka mukubuku tadi aku ternampak kawan aku merangkap x-classmate aku dah free hair. Dulu dia pakai, tapi sekarang dah tak. Siap tunjuk gambar lagi kat mukabuku dia tak pakai tudung. Betapa 'hidayah' Allah itu boleh diterima dan ditarik balik. Kan? Bukan budak yang bernama hidayah tu eh.

Yang membuatkan aku bertambah-tambah kecewa, dia kawan sekolah rendah aku. Baik. Dengan semua dia baik. Dulu skola menengah siap masuk kelas aliran agama lagi. Dan ada juga kawan-kawan sekolah menengah aku yang sama-sama dalam kelas aliran agama ni dah free hair. Betapa kecewa dan sedihnya hanya Allah je yang tahu.

Teringat aku time cuti sem hari tu, aku keluar dengan kawan aku ni. Dia amek kos syariah. Ape ntah name penuh kos die tu aku lupa. Ngee~~ Kami borak-borak. Dia cakap "eh, hari tu aku saja komen kat fb N. aku cakap kenapa dah free hair. Pastu die terus tak contact aku lagi." Pastu kawan aku yang lain pulak cakap "la.. Yang kau direct kat die nape. Tak tahu ke dia ni kan lain sikit." Aku tak tahu nak cakap apa. Bukan dia tak tahu hukum hakam kan. Dulu pun ada blaja. Mungkin kesedaran tak ada. Kita doakan je la yang terbaik. Harap-harap kita dapat menjalani cara hidup berlandaskan syariah Islam.

Sebenarnya bukan x-classmate aku je yang ada dah free hair. Senior aku pun ada. Dulu kalau aku tak silap siap pakai tudung labuh lagi kat skola. Tapi ntah kenapa mereka berubah. Berubah yang baik Alhamdulillah. Tapi kalau sebaliknya...

Apa-apa pon yang free hair tu tak la banyak berbanding yang tak free hair. Alhamdulillah. Alah dunia kan. Macam-macam. Dan pengubat kesedihan aku ni tentulah kawan-kawan aku yang tak free hair. Aku masih ada mereka. Harap tudung masih kekal di kepala kita semua (betul ke ayat aku ni. Ngee~~)

Haa.. 1 more. Aku suka tengok junior aku ni. Dulu kat skola bukan main singkat lagi tudung dia. Sekarang labuh dah. Dah macam ustazah. Ada tu siap pakai purdah lagi. Waa. Suka la kat dia. Jumpa dia, aku jadi malu sebab aku pakai tudung biasa je. Ngee~~ Dan sorang kawan aku ni pun sama. Aku suka sangat.

Macam-macam dah perubahan kat sekeliling aku. Tahun pun dah berubah jadi lebih banyak angka nya.  Semua berubah. Ye tak? Sama ada perubahan itu yang membina ataupun sebaliknya. Air yang mengalir kat sungai pun berubah, cumanya perubahan air tu tak boleh patah balik. Tapi kalau kita nak berubah kita boleh patah balik. Contohnya, dulu kita pakai tudung pastu tak. pastu kita boleh pakai tudung balik. Kan? Eh, paham tak ni aku cakap ape ni. Haish!

yang mana pilihan anda? kiri? kanan?


Ok. Akhir penaipan (ha.. suka la tu aku nak habes bebel ni), aku just nak bagitahu rambut ni bukan percuma. Sangat mahal. Tak boleh dijual beli. So, kene nyorokan dari pandangan orang yang tak sepatutnya. Harap sedar-sedar la eh. Wallahualam.

>>>harap-harap aku dapat pakai tudung sepanjang hayat. Insya-Allah
>>>alangkah bagusnya semua artis wanita Islam pakai tudung. mesti semua orang nak ikut.

(^_^)v

No comments: