Assalamualaikum wbt. Apa khabbar kalian? Aku sekarang kat KL sentral. Kenapa? Sebab aku nak balik kampung tapi tiket direct dah habes. OK. Sila ketawakan aku.
![]() |
| Amacam gah tak KL sentral? Ngee~~ |
Ye ye aku tahu kene beli tiket awai-awal lain kali. Tapi aku tetap akan beli last minit. Tak pun beli on the spot je. Ngee~~
OK. Selama aku duk merantau di perantauan, bila time cuti mid sem mesti aku tak beli tiket awal-awal. Bukan tak nak balik. Nak sangat. Macam hari ni pun, lepas aku habes 'duty awam' terus aku balik. Padahal barang-barang nak bawak balik belum kemas. Ala kemas kejap je pun.
Berdasarkan title aku letak tu, pengalaman cuti mid sem setakad ni adalah sama sebab setiap kali cuti aku mesti tak beli tiket awal-awal. Ayah aku selalu marah kat aku. Tapi ntah kenapa ntah aku tetap akan beli lewat. Kononnya ada la tiket nanti. Kononnya kalau tak ada tiket aku boleh tukar bus kat KL atau Seremban atau Melaka. Kira naik bus 2 kali la. Dan ya. Aku selalu naik bus ke KL dulu pastu baru beli tiket ke Muar. Pernah jugak 2 kali kot ke Melaka. Seremban belum pernah lagi.
Kali ni aku balik naik KTM. Tahu tak KTM tu mende. KTM tu adalah Keretaapi Tanah Melayu. Ha dah tahu kan. Saja nak rasa nak train sebenarnya. Ngee~~ So, aku bukak la laman web KTM tu. Tengok-tengok tiket. Plan asal nak balik direct terus ke Segamat. Sebab dari Segamat dekat dah dengan Muar. Tapi ntah aku ni tak menyabo sangat nak balik hari ni. tak sabar nak tunggu esok agaknya. Haish apa la aku ni.
![]() |
| Ni adalah lambang KTM |
Tu la kan mak selalu cakap jadi orang tu kene sabar. Ha kan sekarang dah tersekat kat sini. Amek kau. Hahaha (sila ketawa dengan sepenuh hati). Dah tu kaunter untuk tiket KTM dah tutup. Komuter ke apa ntah namanya ni ada la. Tu pun mesin yang automatik tu. Sebelum tu, aku saja nak sedapkan hati Mak Ayah aku yang kalau tak de tiket aku tumpang rumah pakcik aku dulu. Padahal dalam hati aku tak nak menyusahkan pakcik aku. Biar la aku duk sini tunggu pagi esok. Biar pun orang cakap apa. Ngee~~ Ha. Kamu-kamu jangan ikut sikap aku ni. Tak baik untuk kesihatan.
Sebenarnya setiap kali nak balik mesti aku dapat pengalaman yang lain dari yang lain. Ngee~~ Pernah sekali tu aku hampir-hampir tetinggal bus. Sebabnya aku tertidur kat surau. Yela. Time tu aku beli tiket on the spot. Masa pulak lama lagi. Tu yang pi tidur dulu kat surau. Last-last terbangun tepat-tepat je waktu tiket aku. Kelam kelabit aku pi kaunter bus tu cakap kat akak kaunter tu "kak, bus tiket ni (sambil menunjukkan tiket bus) dah bertolak ke belum." Kakak tu pun dengan pantasnya guna 'coki-coki' suruh bus tu tunggu. Alhamdulillah Allah bagi kesempatan kat aku time tu.
Tapi sekarang aku dah tertinggal keretapi ke selatan. Diorang kata kat Gemas banjir, so keretapi tak boleh beroperasi. Haish tu yang terpaksa aku bermalam kat sini tu. Naseb ade gak manusia-manusia macam aku. Tapi mungkin situasi mereka lain. Ada tu makcik dari Singapura dengan famili dia. Cucu dia umur 8 tahun speaking pulak. Sentap hati mak nak. Ngee~~ Tapi orang kata orang Melayu Singapuura memang pandai speaking, so tak de la aku pelik mana. Ngee~~
Pernah jugak aku pi Pudu. Naik bus.Alhamdulillah time tu tak kene apa-apa. Yela orang kata kat Pudu bahaya. So, aku dah siap sedia dah supaya berhati-hati kat situ. Kalau tak silap 2 kali kot aku naik bus ke Pudu. Sekali kat Bukit Jalil. Semua tu aku pi sorang-sorang. Ha. Berani tak aku. Ngee~~ Sebenarnya aku takut jugak. Yela sesorang. Tapi nak buat macamana, kekawan aku semua duk pakat beli tiket awal-awal aku pi beli last minit. Ha kan dah kene balik sesorang. Tak pe la berdikari (ayat nak sedapkan hati je).
Naseb kat sini ade wifi free. Tak de la aku duk tercanggok nengok kiri nengok kanan. Time ni aku tengok ramai cleaner bersihkan kawasan kat sini.
Ha. Nak tahu tak. Tadi kat dalam train ada 'mamat' hencem sebelah aku. Ngee~~ Tapi semestinya dia tak perasan aku duk sebelah dia. Dia siap buat apa ntah tapi macam assignment kat train tadi. Huh! Naseb aku ada buku untuk dibaca. So takde la aku asyik-asyik nak tengok dia. Mata kene 'jaga' jugak kan. Ngee~~
OK la. Aku dah tak tahu nak tulis apa dah. Ni pun sebenarnya pikiran aku dah bercelaru (sambil digigit nyamuk. Haish kat sini pun ada nyamuk). Sepatut nya aku menghentikan penaipan untuk aku tak merapu dengan lebih teruk lagi, right?
Akhir penaipan, aku just nak kamu-kamu jangan ikut sikap aku. Jangan beli tiket last minit. Aku takpe dah biasa. Ngee~~ Apa-apa pun sediakan payung sebelum hujan. Ha. Lagi satu, jangan biarkan mak ayah kita risau. Cakap je apa yang boleh menyedapkan hati mereka macam aku selalu buat (baget bagus la tu. Padahal selalu buat mereka risau. Haish). Ngee~~
>>>Mak Ayah, serius yan takut kat sini sesorang!!! (T_T)
v(^_^)v



No comments:
Post a Comment