Assalamualaikum wbt
Haa. Lama dah tak membebel sesorang kat sini. Bukan apa, aku malas nak naip. Banyak sebenarnya nak kongsi dengan semua. Tapi kemalasan lebih bermaharajalela. Haish! Ntah bila la kemalasan ini akan lenyap dalam kehidupan aku! Dari bulan 10 hari tu tak coretkan apa-apa. Lagipun aku memang tak brapa minat dalam bidang penulisan ataupun penaipan. Ngee~~
Actually, banyak benda dah jadi dalam masa aku tak menge'post'kan entry-entry terbaru kat sini. Time sem lepas, time study week, aku ade gi jejalan kat area Penang dengan kekawan. Sebelum tu, kalau tak silap 2-3 hari sebelum study week aku gi kem BTN kat Perak. Aku sebenarnya nak kongsi dengan semua pasal jejalan aku kat penang tu. Kat Taman Rimba kalu tak silap aku. Dan nak jugak kongsi pengalaman yang sangat best time aku gi kem hari tu. Masih segar bugar dalam kepala otak aku ni.
And 1 more, nak juga aku kongsikan 'kerja-kerja' aku time cuti sem hari tu. Wuh! Banyak benda dah berlaku cuti hari tu. Tapi tu semua aku simpan dulu la eh. Sebabnya kali ni aku nak bebel pasal satu benda ni. Ada juga kaitan dengan cuti sem aku hari tu. Tapi tak banyak sangat kaitan nye.
Apa kaitan tajuk entry aku dengan cuti sem hari tu? Haa. Ni baru nak masuk tajuk. Tadi tu hanya bebalan bebelan serta kemerapuan aku yang tidak dapat dipisahkan dalam blog ini. Ngee~~ Sebenarnya membaca itu adalah amalan yang mulia. Aku dapat tahu benda ni dah lama dah. Cuma aku tak jadikan amalan membaca ni dalam diri aku yang sememangnya seperti orang yang sombong bodoh. Ahaks.
Sombong bodoh? Ya. Sebabnya aku paling tak suka membaca. Dan tahukah anda (ceh ayat nak skema), sebenarnya orang yang malas membaca itu adalah seorang yang sombong bodoh. Kenapa? Sebab dengan membaca kita akan membuka minda dan berfikir. Dengan membaca, apa-apa yang kita tak tahu akan jadi tahu. So, sebab tu aku cakap orang yang malas membaca ni sombong bodoh. Berlagak tahu. Tapi hakikatnya ...
Dan aku dah mula berjinak-jinak dengan kucing peliharaan atuk aku yang bilangannya hampir 10 ekor. Eh! tiada kaitan. Sebenarnya aku nak berjinak-jinak dengan hobi membaca. Yang aku rasakan aku dah rugi banyak masa hanya dengan tak membaca. Yang aku bayangkan, kalau sebelum ni aku jadi ulat buku mesti banyak benda yang aku dapat kongsikan kat semua orang. Tapi aku tersedar lambat dah. Sekarang umur 12 21 tahun aku dah nak memcecah 22. Walaupun masih muda remaja, tapi tetap dah lambat. Ngee~~ Bagi memujuk hati, aku kene berubah. Ye tak?
Kesedaran aku muncul sejak cuti sem hari tu (ni la kaitan nya). Ntah kenapa ntah tetiba aku rasa jeles (jealous) dengan kawan aku sorang ni. Dia suka sangat baca buku. Pastu crite balik kat aku apa yang dia baca tu. Ok, tu tak apa la kan. Yang membuat aku rasa nak suka kat hobi membaca ni sebabnya aku nak sangat dapat banyak informasi. Nak tahu benda-benda yang aku tak dapat bila aku masuk kuliah atau kelas-kelas yang berbagai. Tak dapat bila aku hanya tengok tv, dengar radio, borak2 dengan kawan, dan segala bagai kecuali dengan membaca.
Ok. Cuti sem hari tu aku ada baca satu novel ni. Yang sebenarnya memang aku ternanti-nanti nak baca nye. Dah ada lama dah kat rumah. Akak aku yang beli (yang sememangnya akak aku ni suka beli novel dan perlu ke aku menyatakan nya disini. Ngee~~) Tajuk novel nya "Bumi CInta". Kalau tak silap penulisnye Habiburahman ke apa ntah namenye. Sangat best. Rasa tomyam pun ade. Eh! rasa nak baca banyak kali je. Banyak sangat benda yang aku tak tahu aku dapat dalam novel ni. Lagi-lagi novel ni menceritakan seorang lelaki ni yang dilingkari dengan persekitaran yang sangat menduga iman dan takwa. Huh! Tak dapat aku nak tayangkan betapa aku suka kat novel ni. Dan aku rasa ramai sebenarnya manusia-manusia yang macam Muhammad Ayas (hero dalam novel ni) dalam dunia sekarang. Aku rasa aku sendiri macam hero tu cumanya iman dan takwa hero tu terlampau tinggi dan aku... wallahualam~~ Aku teringat tazkirah malam tadi, orang yang bagi tazkirah (aku tak kenal siapa yang bagi tazkirah malam tadi. ngee~~) cakap, hadith dari sapa ntah aku lupa, dia cakap Allah tidak memandang rupa, harta dah keturunan tetapi pada hati. Apa yang aku nak sampaikan kat sini sebenarnya? Ngee. Pembaca seklian silalah faham sendiri ye. (sebenarnya tetiba teringat benda ni, tak tahu ada kaitan ke tak.Ngee~~)
Ok. Habis dah aku baca buku tu, aku rasa aku nak baca lagi. Ada satu buku ni pun dah lama sebenarnya aku nak baca. Sejak dari balik kem BTN hari tu. So, cuti sem hari tu aku pi amek duit PTPTN dan beli buku tu kat 'popular'. Tahu tak popular tu apa? Ha. Popular tu adalah tempat yang aku beli buku tu. Dan aku tak sangka pula duit PTPTN aku masih ada. Baget cukup-cukup sem je duit tu. Tapi Alhamdulillah dapat gak aku membuat pem'baget'an berhemah sem lepas. Hasilnya, aku dapat beli buku "Nasib Melayu di Bumi Melayu" dan aku ternampak mak aku pun macam nak beli buku, so, aku pun blanja mak aku satu buku. Mak aku pilih buku kisah-kisah nabi. Agaknya dia nak crite kat anak murid dia agaknya nanti.
Haa. Buku yang aku beli cuti sem hari tu pun best jugak. Buku tu banyak bagitahu kita pasal nasib Melayu di bumi melayu ni. Sesuai la tu dengan tajuk buku tu. Sebenarnya penulis ni aku rasa dia nak kita sedar dan bukan dia nak isukan masalah melayu je (sebab penulis pun bukanlah berbangsa melayu) tapi banyak berkaitan dengan Islam. Sebab dia prihatin kat ummah inilah yang menggerakkan tangan dia tulis buku ni.Aku rasa patut pun penulis tulis buku tu (actually buku ni menghimpunkan semua artikel yang dia dah tulis, so, jadilah sebuah buku). Aku rasa jugak, orang melayu patut baca buku ni. Biar sedar. Ok, siapa yang nak pinjam kat aku buku ni sila bagi aku rm10 juta. Eh! Tak. Gurau je. Kalau nak pinjam boleh je. Tak perlu bagi imbuhan me,pe,ke dan sebagainya. Eh! bukan imbuhan tatabahasa tu, tak perlu la bagi 'imbuhan'. Nak pinjam bagitahu diruangan komen (dan yang penting jangan bagi hilang itu buku. hee~~).
Aku sebenarnya dah jatuh hati dengan tabiat membaca. Sebab tu lama dah aku tak me'update' blog aku ni. Dan kalau korang prasan (kawan aku yang prasan benda ni sebenarnya) aku dah lama menyepi dalam dunia maya ni. Alah, bukan menyepi apa pun. Ada je sebenarnya. Mungkin sebab kawan aku perasan aku menyepi sebabnya aku tengah bersama-sama kekasih hati aku ni la. Yela. Aku sudah menemukan kekasih hati mestilah ingin bersama-sama nya selalu sehingga terabaikan sahabat-sabahat aku diluar sana. Harap paham la ye sahabat. Ngee~~
Hari tu balik penang aku ade beli juga satu buku ni. Actually bukan la buku apa. Majalah sebenarnya. Majalah "Solusi". Dah lama sebenarnya solusi yang aku beli ni. Aku tengok tajuknya lain macam je that's why aku beli. Aku beli tu pun sebab nanti kat atas bus boleh aku baca-baca. Yela, 8 jam atas bus. Kalau aku bawak kekasih hati aku ni sama tak la boring kan. Dan hasilnya, aku dah berjaya membaca bab-bab yang aku suka dalam majalah tu. Dan kalau pembaca sekalian nak tahu, majalah solusi ni walaupun mahal daripada majalah-majalah seperti magga, URL, hiburan dan segala bagai tu tapi perisian nye sangat bermanfaat. Kiranya kat dalam bus hari tu, aku dapat tahu benda baru lagi.
Wah! Seronok rupanya tabiat membaca ni. Tak percaya? Percaya? Haa. Cubalah jadikan membaca ni suatu yang major dalam hidup kita. Dan sekarang aku akan menjadikan amalan membaca salah satu amalan wajib aku. Insya-Allah!
Dan semalam aku baru terbaca satu buku ni, aku pinjam kat library. Bagus juga bagi aku yang baru berjinak-jinak dengan hobi membaca ni. Buku ni sebenarnya aku pinjam sebab nak motivasikan diri aku dengan aktiviti membaca. Dah tajuknya pun "Motivasi dan Kaedah Membaca". So, dapatlah aku banyak infoemasi pasal membaca ni. Dan tak sangka dalam kesibukkan aku semalam aku dah habis dah baca buku tu. Rasa macam lama pun ada jugak. Tapi hakikatnya kejap je aku baca buku tu.
Ha.. Ni lagi satu benda. Ada la kot berkisar pasal membaca ni. Nak tahu tak (kalau tak nak tahu gi main jejauh), sejak aku bercinta dengan buku ni, aku dapat habeskan buku/novel/majalah dengan cepat berbanding dulu. Walaupun tak la secepat mana, tapi tak la kalau dulu aku nak habeskan satu buku tu makan masa berbulan-bulan. Tapi sekarang satu hari pun boleh satu buku (tengok tajuk jugak la. Hee). Apa yang penting bagi aku aku dapat banyak sangat benda baru dengan membaca.
Sebenarnya membaca ni salah satu cara kita untuk dapat ilmu. Ya. Salah satu. Dalam erti kata lain, cabang kepada ilmu. Kan orang dulu-dulu selalu suruh kita menuntut ilmu, bukan setakad orang dulu-dulu je, sekarang ni pun mak ayah kita, atuk kita, makcik pakcik kita semua suruh kita belajar dan belajar kan. Sampai kita sendiri pun malas nak dengar. Jadi, membaca lah. Sebabnya belajar tanpa membaca seperti kita pakai baju tapi koyak. Kiranya tak sempurna la kan. Dan membaca adalah perkara utama dalam pembelajaran.
Dalam Al-Quran sendiri dah menyatakan "bacalah" surah Al'alaq ayat pertama. Wahyu yang pertama pulak tu. Ha. Nampak tak sebenarnya membaca itu penting. Nampak tak ni? Haish! Harap-harap nampak la eh.
Ok. Akhir penaipan, bacalah! Aku pun nak gi baca buku. Buku apa ek aku nak baca??
>>>membaca amalan mulia, membaca penyuluh hidup, membaca jambatan ilmu...
(^_^)v

1 comment:
Yea!..membaca jambatan ilmu..
Post a Comment