Friday, January 21, 2011

Jatuh dan bangun

Salam semua. Apa kabar? Lama tak update. Sibuk dengan tugasan sebenarnya. Rabu lepas baru selesai presentation. Dan aku rasa 'hampeh' dengan pembentangan yang dah berlalu itu. Huh! Aku tawakal je setelah aku rasa tak cukup tidur untuk preparation pembentangan tu. Bayangkan kene baca 6 jurnal untuk dianalisis. Tapi tak kisah la. Sebab tu semua untuk kebaikan aku kelak. Ngee~~

Ok! Aku sebenarnya nak beritahu, sebenarnya untuk semester kali ni aku rasa tak bersemangat. Rasa tak nak blaja je. Ntah. Napa ntah rasa macam ni. Mungkin sebab result aku maintain dari sem 1 sampai sem 3. Sekata je. Nak kate naik tak. Turun pun tak. Alah setakad naik turun 0.06 tu kire naik turun ke. Bagi aku tak.

Aku rasa macam terjatuh dari bangunan 100 tingkat. Aduh! Perit! Walaupun mak ayah aku kata "tak apa la yan. cuba lagi sem depan. mak ayah doakan terbaik untuk kau. blaja sesungguh" tapi aku tetap rasa bersalah dengan mereka. Bila aku cakap kat kawan-kawan, aku 'down' (bukan sindrom down ya) sangat sem ni. Ramai yang bagi semangat kat aku. Thank you a lot la kawan. 

Rasa nak masuk dalam laut dan taknak timbul semula. Tapi tak mungkin aku buat benda camtu. Hish! Astaghfirullah! 
Sebenarnya banyak benda yang membuatkan aku rasa 'down'. Tak tahu macam mana nak cakap. Bukan pasal ke'studi'an aku aje. Kehidupan aku pun dah makin teruk. Amalan aku. Perasaan aku. Rasa macam nak selam dalam laut je. Nak lari dari Penang ke Johor (kompen-kompen aku tak larat). Nak buat apa-apa pun aku tak semangat. Nak tulis kat blog ni pun tak semangat (so, entry kali ni memang sangat teruk. Hati pun rasa hambar je).

Mungkin jugak aku terlampau pikir kan keadaan kat rumah. Time nak balik sini memang aku rasa malas. Aku rasa nak duk rumah 365 hari. Tak nak duk sini. Taknak. Tapi dah aku dapat kat sini. Yang jauh dari keluarga. Yang pada mulanya tak ada sesiapa yang rapat kat sini. Ya, mungkin kawan-kawan ramai. Tapi tak sama dengan keadaan disana.

Mungkin juga kat sini aku rasa tak sebebas macam aku kat sana. Aku rasa aku sangat skema. Aku tak rasa gumbira kat sini. Tapi bila kat sana. Nah! Aku rasa dunia ni aku yang punya. Aku rasa bebas nak buat apa aja. Buli adik aku terutamanya walaupun akhirnya adik aku akan kenakan aku balik. Bila tengok balik gambar-gambar aku dengan mereka-mereka disana, aku senyum sendirian kat sini. Adakah mereka ingat kat aku disini. Huh! Perit hati!
Si budak ini memang sangat sayang kat aku. Eh! yeke? Yang pasti aku gumbira bila layan kerenah budak ni. Nampak tak budak ni peluk erat aku. Ngee~~
Tetiba aku teringat dulu bukan main lagi aku nak pi jejauh dari sana. Bukan sebab tak suka kat sana. Tapi nak tahu keadaan dari luar sana. Macam mana bila aku hidup keseorangan. Tiada sesiapa yang aku kenal. Nah. Sekarang aku dah rasa. Dan selepas ini aku tak tahu sama ada aku akan pergi ke luar sana berseorangan atau tidak. Pernah juga meluahkan kepada mereka bahawa bila aku pergi ke luar sana, aku nak bawak mereka sekali. 

Kat sini aku memang bukan diri aku yang sebenar. Bukan tak mencuba untuk jadi diri yang sebenar. Tapi tak boleh. Mungkin kerana perbezaan budaya dan amalan. Mungkin. Tapi aku tak boleh salahkan itu semua. Masalah aku sekarang, aku boleh saja terima cara mereka disini. Tapi cara mereka tidak kena langsung dengan cara aku. Mesti kamu semua tak paham kan. Ah! Tak payah meneruskan pembacaan saja. Tak payah buang masa baca blog aku yang ntah apa-apa ni. Tak payah! 

Sebenarnya, harapan aku kat sini sangat tinggi. Ingin keluar dari sini sebagai pendidik bangsa yang berkualiti. Dapat mendidik mereka yang tidak berkemampuan meneruskan kehidupan mereka. Supaya mereka dapat berdikari seperti manusia-manusia normal. Bayangkan apabila mak ayah keluarga mereka tiada. Bagaimana mereka meneruskan hidup jika mereka tak belaja untuk menjadi seorang yang berdikari. Bagaimana mereka berhadapan dengan masyarakat yang sememangnya mangangap mereka menyusahkan. Bagi aku mereka boleh berdikari. Malah menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat. Harap aku dapat menolong mereka. Harap aku dapat begi sumbangan kepada masyarakat walaupun sebesar zarah. Harap aku dapat apa yang aku impikan. Insya-Allah.

Aku harus bersemangat. Yeah!!!

Ok. Akhir penaipan, dengan perasaan yang sangat hambar, dengan jiwa yang kacau seperti kacau dodol, dengan apa yang berlaku dalam kehidupan aku ini, aku harap aku dapat menghadapi kejatuhan aku dengan membangunkan diri aku sendiri. Ya, post kali ni sangat mengarut dan merapu. Ngee~~

>>>Allah berikan kita rintangan untuk melihat tahap keimanan kita kan. Macamana kita mengharungi setiap rintangan tersebut. Adakah dengan senang hati atau susah hati? Orang yang beriman pastinya dengan senang hati dan dapat mengharunginya dengan jayanya. 

v(^_^)v


No comments: