Saturday, January 22, 2011

Saidina ($,$)

Assalamualaikum wbt.  Anda semua dah makan belum? Aku lapar sebenarnya. Huhu~~ Makan roti cicah air panas sedap ni. Best nya kalau dapat makanan free time ni. Wuahahaha~~

Masa lapar ni tetiba teringat kat rumah. Haish. Ntah napa aku asyik teringat kat sana aja. Konpius aku. Padahal selalu telepon. Sampai mak ayah aku cakap "aik? baru telepon dah telepon lagi. kau nak ape ni? haish!" Waa~~ Tak kisah la. Yang pasti bila aku call mereka aku dapat teruskan perjuangan aku kat sini. Actually, aku teringat time cuti sem hari tu. Aku dengan adik beradik sepupu sepapat aku pepakat main saidina.

Haa. Tahu tak menatang menda 'saidina' tu? bukan Saidina Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali mahupun saidina-saidina pedagang dulu kala. Apatah lagi Saidina Ali Baba bujang lapok. Saidina yang aku maksudkan ni sejenis permainan. Lebih kurang macam 'jutaria' atau 'monopoly'. Meh nak tunjuk gambar sikit.

Ha. Ni la dia '$aidina" nye.  Penah main tak?

Time cuti hari tu kan aku ada beli buku kan. Ha. Time tu la kami adik beradik pakat beli 'saidina' ni. Idea asal daripada kakak aku. Kakak aku ni memang suka nak pengaruhi kami. Kami adik beradik semua ngikut je apa kakak aku buat. Memang pengaruh kakak aku ni besor dalam pamily aku. Kami share duit sorang sikit. Eh! Aku la paling sikit nyumbangkan duit. Yela bajet aku cecukup je nak beli buku. Kakak aku yang nak beli so, dia la paling banyak nyumbang duit. Nasib baik kakak aku cool. Takde la dia nak ugut adik-adiknya macam 'ah long' walaupun dia memang along kami. Ngee~~

Time kami beli tu pulak sepupu sepapat kami balik kampung. Apa lagi, sepupu kami yang kecik-kecik pun duk nyibuk nak main sama (actually tak nyibuk pun. Lagi best apa). Yang tak boleh blah nye, si Arep yang umur 2 tahun lebih tu pun nak jugak mainnya. Kami baling dadu, dia pun nak baling dadu. Haish. Kacau bilau jadinya. 

Pastu main semua nak ngelat. Duit gaji dah standby. Bila  brenti je nak beli tapak. Brenti je beli. Beli je brenti. Lelama bankrap. Dah tu hutang-hutang. Ha. Teringat time aku bankrap. Aku jual geran aku sangat murah. Habis semua ketawakan aku. Peh! Terserlah kejahilan aku. Kami main pun asyik gelak-gelak je. Ada tu, kami main memalam. Atuk aku dah tidur. Sekali kene sound dengan atuk aku "eh! apa bising-bising memalam ni. tidur tidur." Huh! Kami kalau main memang tak ingat sekeliling. Kesian atuk aku. Maaf atuk. Kami syok sangat main benda alah ni. Ngee~~

Actually, bagus jugak main saidina ni. Selain mengeratkan ukhuwah si pemain. Kita juga dapat memikirkan baget duit dan merancang masa depan dengan betul. Ha. Time ni la nak blaja kira duit dengan tepat dan betul. Sepupu aku yang kecik skola rendah ni pun dapat blaja matematik dengan cara yang efesian. (sila baca perenggan ini dengan intonasi gaya seorang kanak-kanak masuk pentandingan bercerita)

Ok. Akhir penaipan, ajak la sesapa main saidina ni. Best! Balik ni aku nak main. Kompen aku dapat gelaran 'saidina' lagi sebab selalu kalau aku main mesti aku yang banyak duit. Oh! hari tu ade skali bankrap. Sekali baru. Ngee~~

>>>Oh! Ada exam BSM. 
>>>"Adik, jangan takut main dengan yan lagi. Kali ni yan tak ngelat" Eh? Yeke?

v(^_^)v

No comments: