Assalamualaiku wbt. Apa khabar? Baik. Alhamdulillah.
Aku tak pasti nak mula macam mana. Yang pasti dalam benak aku ni asyik ligat fikir KENAPA dalam dunia ni asyik nak keutarakan tentang CINTA. Ya. Aku tahu cinta itu perlu. Terutama cinta Yang Satu. kan?
Tapi kalau asyik sebut aja tentang cinta. Aku jadi muak. Bosan. Menyampah. Kenapa? Ntah. Aku sendiri kurang pasti. Maaf.
Kalau kat mukabuku a.k.a facebook pun selalu di'post' status, video-video, gambar-gambar, nota dan sebagainya tentang cinta. Tak kira apa genre nya. Yang pasti cinta. Begitu juga cerita drama mahupun movie di tv serta pawagam. Asyik saja dimomokkan isu cinta. Novel dan cerpan juga kebanyakkannya tentang cinta. Waima ada penulis blog juga suka meluahkan rasa cintanya. Nah. Betapa cinta mudah dijadikan idea utama dalam hidup. Sekarang juga aku sedang bicara tentang cinta bukan.
Malah keruntuhan moral yang melanda juga ada kaitannya dengan cinta. Bukankah cinta itu indah. Mengapa bisa saja meruntuhkan moral?
Aku sedih, sebal. Mengapa anak-anak muda sekarang bersikap endah tak endah tentang moral. Akhlak. Ya. Tak semua anak muda begitu. Tapi begini. Ya. Benar. Tapi berapa saja bilangnnya.
Ada juga bukan kerana cinta. Tapi keadaan sekeliling. Contoh masalah keluarga, kawan yang mempengaruhi fikiran, desakan hidup dan sebagainya.
Ini satu lagi hal. KENAPA masalah-masalah yang dihadapi tidak dapat diselasaikan. Mengapa membiarkan masalah membebani pundak kita. Sedang kita dikurnia akal untuk berfikir. Maka berfikirlah cara menyelesaikan masalah dengan tenang. Bukankah Allah tidak akan membebankan hamba-Nya dengan seuatu yang tidak dapat kita tanggung?
Kekadang aku tidak paham. Kenapa berlaku begini dan begitu. Kenapa? Tapi aku biarkan saja persoalan KENAPA berlalu bak angin sepoi-sepoi bahasa. Bukan kerana aku berputus asa untuk mencari jawapan. Tidak. Tapi aku lebih suka tentang persoalan MENGAPA. Mengapa? Kerana daripada bila mengungkapkan mengapa sesuatu berlaku lebih banyak jawapan yang terukai. Ya. Cubalah.
Ada orang suka tanya kenapa itu kenapa ini. Dan pada firasat aku dan aku sendiri kadang kala sering mengutarakan persoalan itu. Dan begitu lah. Bila persolan KENAPA pasti disusuli dengan MENGAPA. Lebih baik terus kepada persoalan MENGAPA. Mengapa begitu mengapa begini.
Sebenarnya aku tidak suka bertanya. Tapi kadang kala suka bertanya. Pening? Senang saja. Suka dan tidak suka. Bukankah perasaan itu universal. Boleh jadi suka boleh jadi tidak. Seperti mana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 "...tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui". Ya. Cuma kita saja yang tidak mengetahui. Sedang Allah Maha Mengetahui.
Ok. Aku sekarang sedang fikir pula tentang MENGAPA sering dikeutarakan isu tentang cinta.
Mungkin dihati setiap manusia yang mengutarakan isu ini mempunyai sifat-sifat penyayang. Ingin berkasih sayang. Begitukah? Salah. Maaf. Jika bukan MENGAPA?
Tiadakah isu lain? Aku sendiri tidak mampu untuk mengutarakan isu apa. Tapi aku suka dan tertarik sekali tetang isu-isu keagamaan. Ya. ISU KEAGAMAAN.
Bila aku mencari-cari tentang isu-isu keagamaan juga pasti terselit isu cinta. Aduh. Tidak boleh larikah isu cinta dari segala isu. Ok. Aku pasrah. Abaikan isu cinta dan berbalik kepada isu agama yang tiada kaitan dengan cinta. Contoh: akidah, ibadah, akhlak, penyesalan dan rasa bertuhan.
Kerana aku manusia yang sering melakukan kesilapan, maka itu aku perlu agama untuk memperbetulkan kesilapanku. Tingkah yang sering kali dimurkai itu yang sering aku lakukan, maka aku perlu agama untuk berusaha untuk memperbaiki tingkah yang tidak sepatutnya.
Mungkin aku perlu berhenti menaip. Kerana aku rasa aku sudah banyak menyimpang dari tajuk perbahasan. Apa yang pasti aku tidaklah benci mahupun tidak suka isu cinta. Apatah lagi cinta yang berunsurkan keislaman seperti novel islamic, nasyid-nasyid jiwang, movie-movie islamic dan sebagainya. Cuma aku perlu memantapkan ilmu agamaku untuk aku jadikan ia bekalan apabila kembali ke 'sana' nanti. Aku perlu memperbaiki ibadahku. Ya. Itu yang utama. Mengabdikan diri kepada-Nya. Walau Aku sering kali lalai dan tidak khusyuk beribadah. Astaghfirullah al-azim. Namun aku berharap Allah tingkatkan imanku agar aku tidak lalai dan khusyuk dalam beribadah setiap hari. Agar aku tidak lalai dan leka dengan cinta yang dianugerahkan kepada setiap insan. Itu yang utama.
Akhir penaipan, Aku sangat perlu mencari ilmu agama kerana aku dahagakan ilmu agama. Aku mahu jadi muslimah sejati. Hamba yang bertakwa. Tapi.... Tiada tapi tapi. Aku akan berusaha melawan hawa nafsu walaupun aku tahu melawan hawa nafsu adalah yang paling sukar. Marilah kita berdoa agar kita berada dalam Islam sentiasa dan sepenuhnya. Amin.
>>>sebenarnya banyak persoalan dalam fikiran aku. tapi aku tak tahu apakah persoalan itu? aku keliru. konpius. mungkin aku perlu tingkatkan ibadahku pada-Nya. Ya. Sangat perlu.
(^_^)v

No comments:
Post a Comment