Friday, September 3, 2010

Last Minute Punya Crite..

Alhamdulillah.. time jari jemari aku menari-nari menaip entry ni, aku dah selamat sampai singgahsana aku. Perasaan time ni, hanya Allah saja yang tahu.. gembira tak tergambar dengan kata-kata mahupun perkataan. Kalau nak tangkap gambar pun tak sama dengan perasaan yang nak aku gambarkan.. huh!! Nikmat..

Actually, banyak benda dah jadi before aku balik kampung.. tetiba je aku teringat peristiwa semester lepas time aku nak balik beraya.. satu peristiwa yang tak akan aku lupa.. time tu minggu-minggu kene antar asaimen (assignment). Semester pertama aku kat tempat aku belajar sekarang.. aku memang tak pandai nak buat asaimen sebenarnya.. so.. semua asaimen aku buat last minute.. ngee~~

Keje last minit memang azab.. nak-nak bila time nak print tu tak buleh nak print.. hati membara je.. huh.. padahal memang salah sendiri sebab tak buat awal-awal.. ye dak?? Huhu..

Critenye camni, sehari sebelum aku balik kampung, aku kene hantar asaimen aku.. dan time aku nak antar asaimen aku tu la juga aku nak gi print.. dan kedai yang aku nak gi print pulak tak buleh nak detect file yang ade kat pendrive aku.. huh!! Menyerap darah aku.. yang aku pun satu.. lupa nak save kat Microsoft word 97-2003.. yela.. menurut kakak aku yang agak pakar dalam bab-bab komputer ni cakap kalau save kat situ buleh bukak kat memana komputer..

Aku tak tahu apasal la kat kedai print tu kuno sangat (sori to say ya kedai.. hati tengah panas time tu).. yela.. dah tahu nak buat perkhidmatan mem’print’ sepatutnya kene la install segala software yang sepatutnya.. dan sepatutnya up-to-date kan.. For example, sekarang kan ade Microsoft word 2007 tu kan.. haa.. bubuh la Microsoft word tu.. tak de la nak menyusahkan orang-orang yang up-to-date macam aku ni..ngee~~eh eh.. aku up-to-date ke?? Kakak aku cakap tak.. huhu..

Haa.. padan muka aku.. buat lagi keje last minit ni.. ambik kau azab nya..

Crite asaimen tu settle bila aku gi 3 buah kedai hanya untuk nak print.. pastu aku kene gi kat kedai lain pula untuk burn asaimen aku kat CD.. sebabnya lecturer aku nak soft and hard copi..  time tu aku memang nyesal dah buat keje last-last minit ni.. hati aku time tu asyik bisik-bisik kat aku cakap “tu la yan.. aku dah cakap dah buat awal-awal.. buleh print awal.. so sehari nak balik kau buleh bersenang lenag.. ni tak besenang lenang dahulu bersusah payah kemudian.. ambik kau.. terima la azabnya”

Aceli (actually), time aku nak print tu waktu petang.. kalau tak silap dalam lepas aku solat asar.. huh.. punya la last minit.. dah settle segala print tu dah nak magrib.. waktu tu mendung berarak.. so time nak magrib tu suasana agak gelap.. aku dan kawan-kawan aku berkocoh-kocoh gi masjid nak berbuka.. yela kat masjid kan ade makanan untuk berbuka.. sempat juga aku dan kawan-kawan aku beli air kat tepi jalan tu.. dan tibe je kat perkarangan masjid tu..time tu memang aku tengok jam waktu nak berbuka dah dekat.. kawan aku sempat lagi cakap “eh eh..dah buka.. dah buka”

Aku yang agak kelam kabut time tu dengan pantas baca doa buka puasa dan minum air kat tangan aku time tu jugak dengan kaki yang sedang ligat berjalan ke arah tempat pemberian makanan kat masjid tu.. yang aku pun satu.. dah sah-sah duduk dekat masjid of kos la buleh dengan azan kat situ..

Dengan keadaan pelik aku cakap dengan kawan-kawan aku “eh kau semua tak buka ke?? Tadi kata dah buleh buka”

Kawan aku pun pelik dengan aku “aku gurau je la..haha.tak sangka kau terpedaya..serius..aku tak sangka.lagipun aku ingat kau tahu belum buka sebab kita kan belum dengar azan kan...”

Cih!! Macam apa je.. dah la aku minum kat khayalak ramai.. jatuh maruah aku time tu.. aku dah tunduk-tunduk dah jalan.. agak ramai jugak orang kat sekeliling aku time tu.. harap-harap mereka tak perasan aku minum..tapi memang betul kata kawan aku tu..memang belum dengar azan..memang salah aku..huh..aku kene lebih alert dan fokus sepatutnya.. ye dak??

Dan yang tak buleh tahan.. beberapa minit lepas aku terminum air tu, azan pun mula berkumandang.. huh..time tu aku belaja banyak-banyak bersabar je.. ngee~~

Memang banyak aku blaja time tu.. nak nak bile aku kat dalam bus selama lebih kurang 8-9 jam..keadaan yang lama tu memang senang aku nak muhasabah diri aku balik.. dan bile aku recall balik apa yang berlaku memang aku nyesal.. nyesal sebab buat keje last minit.. nyesal sebab leka.. nyesal sebab aku silap save keje aku.. nyesal sebab tak alert..

mak aku pun selalu cakap kat aku.. nyesal je tak guna.. yang guna adalah apabila kita dah nyesal kita tak ulangi segala penyesalan kita tu. Dan ya.. betul cakap mak aku.. cumanya kekadang sebaga manusia kita selalu suka ulang perkara yang tak sepatutnya..

akhir penaipan, aku harap aku dapat mengatasi kelemahan aku ni.. aku harap aku buleh urus diri aku dengan baik.. aku harap yang terbaik dan aku akan buat yang terbaik.. hanya kerana Allah.. Insya-Allah..

>>>saat-saat kat rumah harus digunakan sebaiknya.. nak tahu tak tadi aku buat ape?? Aku baru basuh berak arep (sepupu aku berumur 2 tahun)… rasa macam ada anak pulak..huhu~~
(^_^)v

No comments: