Pagi ni hujan turun agak lebat. Eh eh.. Lebat ke?? Aku pun tak prasan.. Yang pasti time tengah bangun sahur aku dengar bunyik hujan.. Bukan main asyik lagi hujan mengempaskan dirinya di atas atap rumah atuk aku ni.. tidak sakitkah kamu wahai hujan.. time ni kalau tidur.. peh.. nikmat..
Apa aku melalut ni.. haih..
Ok.. hari ni hari ulangtahun kelahiran aku yang ke-12.. eh.. terasa muda pulak 12 tahun.. jap aku tengok surat beranak.. oo.. aku lahir tahun 1989 so anda kira la sendiri umur aku brape eh.. kalau nak suruh aku kira memang salah la sebabnya aku terlalu genius dalam bab kira mengira ni.. huhu.. gurau senda sekali sekala.. ngee~~
Terlebih dahulu aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku dapat menghirup udara di bumi ciptaan-Nya ni (nada suara seperti VIP berucap).. Alhamdulillah selama beberapa tahun ni aku masih dan sedang bernafas.. adakah aku masih bernafas pada ulang tahun aku yang akan datang?? Walaupun udara di bumi ni semakin tercemar tetapi kita masih buleh bernafas kan.. maka marilah bersama-sama kita bersyukur dengan nikmat ini.. dan janganlah kita cemari bumi ini kerana kesannya akan balik kepada kita semula..
Orang kata pertambahan umur memang mengembirakan.. tapi berdasarkan maklumat yang aku dapat (lupa sumbernya), pertambahan umur ni merupakan peringatan bahawa umur kita semakin pendek.. paham tak ni?? Ok meh aku terang sikit. Aku pun tak pandai nak terang banyak-banyak.. nanti saraf-saraf dalam kepala anda makin berselirat pulak.. ok kalau kita perhatian umur kita semakin bertambah.. kan.. tapi sebenarnya umur kita semakin pendek.. sebab apa?? Sebab umur kita tinggal sikit untuk beramal dan melakukan aktiviti-aktiviti di muka bumi ini.. semakin pendek untuk menikmati nikmat-nikmat dari-Nya.. semakin pendek dan dekat kepada sakaratul maut.. cuba bayangkan kalau umur yang pendek ni kita ketahui.. maka kita akan berkira-kira dalam amalan.. yela.. kita dah tahu hari kematian.. tapi dengan umur yang semakin meningkat ni, kita tak tahu sebenarnya umur kita semakin pendek.. semakin dekat dengan kematian.. aku sendiri takut bila sebut kematian.. tapi aku sedar kematian itu pasti bagi setiap orang.. yedak?? Maka marilah kita tingkatkan amalan sementara kita diberi peluang bernyawa dan bernafas di dunia ini..
“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian, dan di akhirat kelaklah akan disempurnakan segala balasan. Barangsiapa yang diselamatkan dari api neraka, dan dimasukkan pula ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beerjaya. Tiadalah dunia ini melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.
Dikesempatan ni jugak aku nak mengucapkan ribuan terima kasih (bukan ribuan, tapi infiniti terima kasih) kat mak ayah aku.. sebab tanpa mereka aku tak wujud kat dunia ni.. kata orang walau macam mana pun mak ayah kita, mereka tetap mak ayah kita.. kan.. Alhamdulillah mak ayah aku masih ada.. bagi kawan-kawan aku yang tahu sejarah hidup aku.. pasti anda tahu maksudnya.. bagi yang tak tahu.. sebenarnya tak ada apa-apa yang menarik pun..huhu~~
Mak ayah, terima kasih mendidik anakmu ini secara tak formal…
Aku tak sanggup nak crite kan pengorbanan mak ayah aku.. terlalu banyak.. lagi-lagi dengan kerenah aku.. sebab aku ni memang anak yang degil.. suka buat sesuatu dengan suka hati aku je.. bila mak ayah aku cakap jangan.. yang tu juga aku buat.. teringat aku time aku lepas SPM.. aku cakap aku nak amek diploma.. kalau boleh nak amek kos engenring.. tapi mak ayah aku memang bantah habis-habisan..mereka cakap perempuan tak sesuai la.. peluang pekerjaan kurang la.. dan macam-macam lagi.. tapi aku senyap-senyap letak jugak pilihan engenring tu.. dan keputusannya aku memang tak dapat.. tu la orang cakap.. restu mak ayah tu penting.. dan satu hal lagi yang memang aku tak sangka.. sebenarnya aku sangat tak nak masuk form 6.. jiwa aku memberontak je.. tapi mak ayah aku cakap form 6 bagus la.. lagi-lagi mak ayah aku cakap “tengok pak mak cik kau tu.. semua masuk form 6.. berjaya masuk unibersiti.. nanti buleh jadi cikgu”
Yang jadi cikgu tu yang aku tak tahan.. sebabnya aku tak terpikir pun nak jadi cikgu.. tapi aku dah fobia..aku mesti ikut cakap mak ayah aku.. kalau tak aku rasa berdosa.. apa yang mak ayah aku cakap mesti aku ikut.. macam aku nak jadi cikgu ni pun salah satu tuntutan mak ayah aku.. mereka suka sangat kalau aku jadi cikgu… lagipun aku memang suka jadi cikgu.. lagi-lagi cikgu pendidikan khas.. pernah tak anda semua kalau keinginan anda bertentangan dengan mak ayah anda.. aku banyak kali.. dan setiap kali tu aku akan menangis sebab keinginan aku tak dipenuhi.. sedih.. tapi apa buleh buat.. restu mereka yang lebih utama..biasanya aku akan pikir restu mak ayah aku je.. sebab tu sangat penting bagi aku..eh eh..apa dah aku melalut ni..(aku paling tak suka cakap pasal keibubapaan..hati aku sensitip pasal benda ni)
Ha.. anda Nampak tak impak nya bila dengar cakap mak ayah.. yang aku tak nak tu la yang merupakan jalan aku masuk unibersiti ni.. terima kasih mak ayah..
Kalau dulu time aku kecik-kecik ayah aku selalu beli kek untuk aku.. tapi bila aku dah naik sekola menengah ayah aku dah tak beli dah.. dah besar katanya.. aku tak kesah pun.. yang paling berharga bagi aku bila hari ulangtahun aku ni adalah mak ayah aku.. sebab mereka segala-galanya bagi aku.. yang lain-lain au tak amek peduli dah..
Terima ksih la juga kepada sesiapa yang wish aku.. aku tak ingat sapa yang 1st wish aku… tapi kalau sms yang pertama aku dapat dari kawan baik aku sendiri, INA RAHAYU.. ina, kau memang my best friend forever n ever la..sayang kau lebih..ngeee~~
Yang tak buleh bla.. mak cik aku sempat lagi wish aku “happy besday yan ngok ngek”.. cih.. takpe takpe.. sabar.. ada ke patut die cakap aku ‘yan ngok ngek’..tak pe la makcik.. yang penting aku ngok ngek bila dengan mak cik je..huhu..
Akhir penaipan..sempena bulan baik ni, aku berharap aku dapat memenuhi kehendak mak ayah aku.. kalau boleh apa yang mereka hajati aku akan berusaha dapatkan.. aku harap aku dapat jadi anak yang ‘solehah’ dan mithali.. aku harap aku dapat tingkatkan amalan aku sebagai bekalan anak solehah.. aku harap aku dapat menyerapkan gaya hidup islam dalam diri aku.. aku harap aku dapat jadi cikgu yang berjaya mendidik anak bangsa..aku harap adik-beradik aku jadi anak-anak yang terbaik untuk mak ayah aku..aku harap Negara kita ni aman makmur dan dihindari dari anasir-anasir negatip..aku harap semua umat Islam bahgia dunia dan akhirat dan dijauhkan dari siksaan api neraka..Insya-Allah..
>>>umur aku semakin meningkat...amalan???
(^_^)v

No comments:
Post a Comment