“Wah, kau masuk silat! Ni yang takut nak buli kau ni.” Hahahaha... macam bagus sangat masuk silat
sampai takut nak buli. Sekali lagi nak gelak, hahahaha.
Ni yang aku malas nak bagitau yang aku masuk silat ni. Ada
aje mulut-mulut nak mengata, kan? Ye la, kau nampak aku lembik atau lemah
lembut gemalai (muntah), kan. Jadi tak layak masuk silat. Sekali lagi,
hahahaha (erk, perlukah ketawa sebegitu?).
Tapi, kau tak payah nak takut sangat la dengan aku. Aku
belajar silat bukan nak tunjuk heroin seri dewi malam ke apa. Aku cuma suka
dengan silat, suka belajar silat. Ntah, aku just boleh cakap aku suka.
Wallahualam.
Kita belajar bukan nak tunjuk hebat, kita belajar kerana
Allah. Itu yang sepatutnya kita tanamkan dalam diri. Ya, memang aku suka
belajar silat dan aku pun tak tau kenapa aku sanggup masuk silat. Tapi aku
dapat rasakan ada sesuatu dalam silat yang aku dapat. Apa yang aku dapat? Tu
kau kene masuk dan rasa sendiri.
Dalam silat, kita bukan setakad belajar mempertahankan diri
tapi lebih dari tu. Kita bukan belajar nak serang orang sesuka hati kita
ataupun sesuka hati datuk nenek moyang kita, tapi bila betul-betul perlu saja
kita akan gunakan contoh bila ada orang nak buat jahat kat kita.
Ada orang cakap bila belajar silat kita akan dapat ilmu
kebal. Masya-Allah. Itu aku tak tau. Wallahualam. Tapi, setakad ni takda lagi
ilmu-ilmu kebal ke apa semua tu. Alhamdulillah, silat yang aku masuk ni banyak
utamakan kerohanian, banyak ingatkan aku tentang kehidupan. Juga banyak
ingatkan asal usul aku. Takkan Melayu hilang di dunia bak kata Hang Tuah.
Keseronokkan belajar silat lagi terserlah bila ada
kawan-kawan yang sekepala dan sangat baik hati. Kita boleh kenal ramai orang
yang datang dari pelbagai sudut (pergh, sudut? Macam bumi ni bersudut pulak). Dan Alhamdulillah, aku dapat ramai
kawan bila masuk silat. Rindu pula kat diorang.
Kau tak tertanya-tanya ke aku masuk silat jinis apa? Kan
banyak jenama silat (errr.. sesuaikah penggunaan “jenama” itu?).
Masa aku tingkatan empat sampai tingkatan lima, aku masuk
Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi. Tapi kat menara gading gajah (eh, nak gading
harimau ada?) aku masuk Seni Silat Cekak Malaysia. Asal guru utamanya sama, cuma
kerana beberapa faktor yang tak dapat nak diterangkan mereka berpecah. Yang
baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan saja lah,
Apa-apa pun, seronok belajar silat cekak. Banyak yang aku
dapat. Nak tau masuklah silat cekak. Yeah! (eh)

No comments:
Post a Comment