Aku bosan. Arep tak mahu layan kakaknya yang comey lote ini. Sibuk melayari You Tube. Tengok apa ntah. Haip, jangan pikir bukan-bukan, bukan cerita tak senonoh pun. Yang pasti cerita berunsurkan robot atau superhero. Aku kurang arif tentang itu. Mungkin Arep lebih arif.
Lantas, aku mengusik-usik manja Arep. Aku cakap apa ntah sampaikan tetiba aku ternyanyi lagu "satu labah-labah" yang aku pernah belajar waktu usia aku sebaya Arep.
"satu labah-labah cuba panjat perigi, bila hujan turun labah cepat lari. terbit matahari labah cepat lari. Labah-labah boleh panjat sekali lagi" sambil tangan digoyang-goyangkan mengikut gaya yang sesuai. Sesekali tangan mengusik Arep untuk perhatian lebih.
Secara tiba-tiba berlakulah dialog seperti berikut:
Arep: Hey, macam cikgu kita cakap.
Kakak: Cakap? Cakap apa?
Arep: Yang tadi Yan nyanyi tu.
Kakak: Tu bukan cakap la.
Arep: Alaaa.. cuba Yan nyanyi lagi. (nampaknya dia sudah tau beza "cakap" dan "nyanyi")
Kakak: Ah. Eh, Arep tengok otomen ke? (ubah topik)
Eh, budak ni. Aku lesing kang. Sekali sudah la kan.
Malas melayan Arep, aku mendapatkan Umi, adik kepada Arep. Umpan si Umi ni senang je. Kalau tak makanan cakap je "Jom, jalan-jalan" cepat saja dia menuju kepada aku dengan langkah terkedek-kedeknya itu. Maklum saja baru dapat "kaki". Hahaha.
Aku menyanyikan sekali lagi "satu labah-labah" kepada Umi tetapi tak dilayan. Ah, malas la bawak jalan-jalan.....
**Mungkin aku perlu tingkatkan lagi skill nyanyian aku supaya kelak sesi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik. Ahaks.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment