Sunday, September 23, 2012

Redha Dan Bersyukurlah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt. Salam penuh kesyukuran kerana diberi keizinan sekali lagi untuk menghirup udara-Nya.

Dalam kehidupan ini kita selalu mahukan kesempurnaan. Namun, kita perlu sedar tiada yang sempurna dalam hidup ini. Jadi, mengapa kita tidak bersyukur saja. Bukankah dengan rasa bersyukur hati kita akan berasa sempurna? InsyaAllah.

Aku juga sentiasa mahukan kesempurnaan. Mahu itu, mahu ini.

Apa yang berlaku sudah tertulis oleh-Nya. Aku redha. InsyaAllah. Ya, redha itu sukar aku perolehi dahulu. Baru sekarang, sejak aku mengerti erti suratan takdir dalam kehidupan barulah aku dapat menerima semua ini.

Ditambah lagi, semalam seorang sahabat aku menangis kerana melihat ibu bapa datang hari konvokesyen anak2 mereka. Dia menangis kerana ayahnya telah kembali menyahut seruan Ilahi. Hati aku jadi sebak. Aku teringat hari konvo kakak aku. Bertuah dan gembiranya bila ada ibu bapa yang hadir.

Hari bahagia kakak bersama adik tercinta dan ibu bapa terkasih. :p
Kemudian, ada seorang rakan ini mengepost gambar2nya dan meletakkan title "Hadiah Buat Bapak". Lebih kurang macam tu la. Hati semakin sebak. Kerana aku tahu bapaknya juga telah kembali.

Sepatutnya aku bersyukur, kerana walaupun begini, ayah dan emak masih ada. Emak dan ayah masih sentiasa memberi semangat, dorongan, kekuatan untuk aku mengharungi hari-hari di dunia ini. Mereka tidak pernah mengabaikan kami adik-beradik. Mereka menatang kami bagai minyak yang penuh. Alhamdulillah.

Walaupun kekadang aku cemburu dengan orang2 yang mempunyai keluarga yang sempurna, tetapi aku tetap berasa sempurna kerana aku masih mempunyai keluarga. Tambahan lagi, aku punya atuk2 berbanding mereka yang lain.

Atuk tersayang yang banyak mengajar erti pengorbanan seorang ibu. Gambar bertahun lama sudah. Muka pun hitam legam. Haha.
Jika dibandingkan dengan orang lain, aku dikira beruntung. Kerana walaupun pada zahirnya, masyarakat melihat aku sebagai mangsa penceraian. Tetapi penceraian itulah yang mentarbiah aku menjadi aku sekarang.

Tidak dinafikan, anak2 mangsa penceraian mempunyai rasa rendah diri bila berhadapan masyarakat. Mungkin kerana itu, ramai daripada kami menghadapi masalah sosial.

Itu terletak pada individu itu sendiri. Malah aku percaya, jika individu itu dididik dengan agama pasti masalah sosial tidak berlaku. Agama amat penting bagi kami yang dikatakan sebagai mangsa penceraian ini. Juga kasih sayang dari seorang mak dan ayah menjadi pendorong anak2 menjadi lebih baik.

"Mak sudah ada anak2 pun sudah cukup" kata emak memujuk kesedihan hati aku suatu ketika dahulu.

"Jangan benci dan berdendam dengan orang" pesan mak. Ayah juga kata "jangan pinggirkan ayah dalam hidup".(gambar berkurun lama sudah, rasanya masa form 4 ke 5 dulu kot. haikal pun belum sekolah lagi masa ni)

Pernah satu saat, aku tidak mahu berkawan dengan orang yang mempunyai keluarga yang sempurna. Aku mencari kawan yang senasib dengan aku. Yang sama2 rasa bagaimana menjadi anak yang mengalami perpisahan ini. Namun, aku sedar kita tidak boleh memilih untuk berkawan dengan sesiapa. Malah, dalam berkawan itulah yang dapat membuka minda hati kita tentang kehidupan ini.

Aku juga percaya, bila kita berjumpa dengan ramai orang, bila kita berkenalan dengan ramai orang, kita akan lebih bersyukur dengan apa adanya kita sekarang.

Bila melihat masalah orang lain, bila melihat kebahagiaan orang lain, kita akan berasa cukup dengan apa yang berlaku sebagai suatu pengajaran buat kita. Malah mahu berusaha dengan lebih baik dalam kehidupan ini.

Orang yang tidak mengalami tidak akan tahu bagaimana rasanya. Namun, tidak salah untuk memahami perasaan orang yang mengalami kan? Jadi, marilah kita sama2 bersyukur dan redha dengan apa yang telah berlaku. Serta berusaha sedaya mungkin untuk mengorak langkah hari2 yang sedang dan bakal berlalu nanti.

v(^_^)v

1 comment:

Nor Azizah said...

Nice..what u said is true.. :-)
feel free 2 follow my blog http://chanelchenonet.blogspot.com/