Assalamualaikum wbt. Salam penguat ukhuwah kepada kalian yang membaca.
Sabtu lepas, ada something yang berlaku. Entah macamana nak bagitau kalian. Yang pasti sangat menguji tahap ketakwaan ini. Menguji tahap kebergantungan diri ini pada yang berhak. MasyaAllah.
Bila berlaku benda tu, pengalaman lampau singgah kembali kat layar minda. Kata2 cikgu, terngiang-ngiang di tubir telinga. Satu persatu pengalaman lampau itu aku jadikan pendoman. InsyaAllah tarbiah dari guru2 dahulu aku ikuti dengan senang hati.
Kau bayangkan tempat yang kau huni ditimpa sesuatu diluar jangkauan akal waras. Betul2 tempat kau berteduh. Tempat kau tidur, makan, ulangkaji pelajaran dll. Tiada tempat lain selain tempat itu sahaja. Ya, itu berlaku pada aku. Berlaku apa? Ah, sukarnya untuk aku nak terangkan.
Baiklah, aku cuba terangkan apa yang berlaku. (berhenti menaip bagi memikirkan ayat yang mudah. sebab aku susah nak guna ayat mudah. asyik berbelit aje. argh!)
Selepas aku bersama rerakan balik dari program di Komtar, kami menikmati makan tengahari di bilik aku sambil menonton cerita apa entah, yang pasti cerita lawak. Maka, kami tertawa
Puas aku muhasabah diri beberapa hari ini berdasarkan pengalaman itu. Tipulah kalau cakap aku tidak takut. Lebih2 lagi peristiwa itu berlaku di bilik aku, tempat aku menaip entri ini. Namun, aku yakin semua tu ada hikmahnya. Perasaan takut itu sedikit sebanyak terubat dengan hikmah2 yang aku dapat. Ya, banyak hikmahnya. Mungkin ada lagi hikmah yang belum aku temui.
Dan baru sebentar tadi aku mendengar tazkirah di surau. Mungkin secara kasarnya tiada kaitan dengan pengalaman aku ini. Tapi ada point yang ingin aku kongsikan dengan kalian. SOLAT: SUMBER KEKUATAN JIWA.
Huh, baru nak masuk tajuk!
Solat itu tiang agama. Dan asas agama pula adalah Islam. Aku percaya semua tahu tentang itu. Jadi apa kaitannya dengan kekuatan jiwa?
Aku bagi contoh, ingat sejarah Sultan Muhamad Fateh? Kalian boleh 'google' untuk mengetahui lebih lanjut tentang itu. Apa yang boleh aku katakan Sultan Muhamad Fateh adalah sebaik-baik raja dan seluruh rakyatnya adalah sebaik-baik pengikut. Itu berdasarkan hadis Baginda S.A.W.
Jika kalian tahu (aku percaya kalian tahu), solat adalah antara kunci kejayaan semasa pemerintahan Sultan Muhamad Fateh. Bila Baginda tanya kepada tenteranya siapa yang tidak pernah tinggal solat, tiada seorang pun yang meninggalkan solat.
Dalam surah Al-Ankabut ayat ke-45 Allah berfirman yang bermaksud:
"Bacalah kitab (Al-Quran) yang telah diwahyukan kepadamu (Muhammad) dan laksanakanlah salat. Sesungguhnya salat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan (ketahuilah) mengingat Allah (salat) itu lebih besar (keutamaanya dari ibadah yang lain). Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Jadi apa kaitannya solat dan kekuatan jiwa? Lihatlah kekuatan tentera Al-Fateh, mereka mempunyai jiwa yang sungguh kuat. Semangat yang bergitu padu. Rahsianya mereka tidak pernah tinggal solat, malah mereka mengamalkan qiamulail. Lihatlah dengan jiwa, bahawa Allah telahpun berfirman bahawa solat itu lebih besar keutamaannya dari ibadah yang lain. Maka, bila sesuatu yang besar kita utamakan, tidakkah ia membentuk kekuatan jiwa? Itu apa yang naqibah aku cakap. Maka, mari kita sama2 fikirkan.
Sebenarnya, aku berbesar hati bila dapat melihat sesuatu dalam gambar yang rakan aku tunjukkan itu. Kerana aku lebih mengingat Pencipta Alam. Alhamdulillah. Kerana itu juga membangkitkan kekuatan jiwa ini untuk lebih fokus dalam beribadah.
Tambahan lagi, ini baru permulaan untuk semester kali ini, sekaligus tahun terakhir aku di sini. Mungkin ini ujian untuk aku dan rerakan untuk lebih mengingati Allah dan sentiasa menjaga solat. Mungkin sebelum ni aku terleka dengan hidup, maka peristiwa itu adalah peringatan buat aku. Alllah Allah Allah.
Mak, ayah dan mak cik aku berpesan, 'benda' tu ada dimana-mana. Hanya Allah saja tempat kita bergantung. Hanya Allah saja tahu niat kita. Maka, mengapa harus dipikirkan 'benda' itu saja. Biarkan ia dengan kehidupannya yang kita tidak nampak. Kita teruskan saja hidup kita dengan mengabdikan diri pada Ilahi. Minta perlindungan dari Allah.
Allahu rabbi. Sekarang sudah beberapa hari berlalu. Alhamdulillah, keadaan diri ini semakin tenang. Terima kasih keluargaku yang sentiasa memahami keresahan ini. Terima kasih sahabat handai yang sentiasa menemani. Terima kasih kalian yang membaca. Semoga ada sesuatu yang bermanfaat untuk dijadikan ibrah. Marilah kita panjatkan kesyukuran pada Ilahi dengan apa yang kita lalui ini.
v(^_^)v
*maaf entri yang panjang ini*

No comments:
Post a Comment