Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt. Salam tulus ingatan daripada aku, insan daif.
Tetiba teringat kmbali....
Cuti Semester Ke Enam (walaupun telah berlalu namun, kenangan itu masih segar dan bugar dalam ingatan)
Cuti
semester ke enam aku kali ini lain daripada yang dulu-dulu. Dan bagi aku ia
adalah cuti paling istimewa dan bermakna dalam kamus hidup ini. Kerana apa?
Haa, teruskan pembacaan.
Mungkin
ada insan seperti aku, yang dibesarkan dan dididik oleh insan bergelar atuk.
Sewajarnya kita bersyukur dengan anugerah itu. Kerana apa? Semestinya kerana
kita adalah insan bertuah yang dipilih Ilahi kerana memiliki atuk. Ada
insan-insan lain yang lahir-lahir saja tidak mengenali atuk mereka. Maka, bukankah kamu sangat beruntung dibelai
dan dimanja oleh atuk-atuk kamu? (lemparan soalan untuk diri aku)
Atuk
perempuan sebelah ibu aku tidak boleh berjalan. Akibat terjatuh di dapur
beberapa bulan yang lalu. Waktu itu aku masih di bumi Penang meneruskan
perjuangan menuntut ilmu. Sehingga kini, kondisi atuk masih tidak boleh
berjalan. Mohon doa kalian semoga atuk aku, Siti Saripah bt Said sembuh
daripada sebarang penyakit. Syafakillah.
Maka,
percutian kali ini sudah tentu sebagai seorang cucu yang sangat, sangat dan
sangat berdedikasi (ah, perasannye!) semestinya perlu menjaga atuk aku yang sangat aku cintai,
kasihi dan sayangi. Hey, menjaga atuk itu memerlukan kesabaran yang tinggi
tahu! Kerana apa? Ah, kalian rasa dulu baru tahu.
Selain
atuk, seorang sepupu aku berumur empat tahun juga dihantar ke rumah atuk untuk
di jaga. Usia empat tahun itu juga sudah banyak ragamnya, sudah banyak akalnya.
Teknik-teknik mengurus kanak-kanak sedikit sebanyak dapat aku aplikasikan pada
budak itu.
Mak aku
juga tidak boleh kerja berat-berat. Maka, aku harus bertanggungjawab terhadap
mereka semua. Dan tiba-tiba terasa aku sudah berkahwin pula. Kerana apa? Ah,
kalian bayangkan aku perlu menjaga atuk, mak dan sepupu aku yang kecil itu.
Namun,
itu semua tidak menjadi masalah. Malah aku gembira dan senang menjaga mereka.
Walau terkadang aku kemalasan namun aku perlu memotivasikan diri aku sendiri.
Siapa lagi yang mahu menjaga mereka jika bukan orang yang dekat dengan mereka.
Lagipun bukankah atuk dan mak juga yang menjaga aku sedari aku kecil lagi.
Maka, alasan apa yang perlu aku cari untuk tidak menjaga mereka.
Ditambah pula bulan ramadhan jatuh ketika percutian kali ini,
semoga Allah redha dengan setiap perbuatan kita.
Seseorang
telah berpesan kepada aku, selagi kita punya keluarga kita perlu berbakti
kepada mereka. Dia ada cerita yang seorang sahabat nabi yang hendak pergi
berjihad dan nabi bertanya kepada sahabat itu sama ada ibu bapanya masih ada
atau tidak. Maka jawab sahabat itu ada, lalu nabi menyuruhnya menjaga ibu
bapanya . Wallahualam. Seseorang telah mengajar aku bahawa pahala berbakti kepada keluarga
sangat dan sangat besar. Itu juga pendorong semangat aku dalam menjaga
keluarga.
Sepanjang percutian ini aku sudah banyak
belajar. Terlalu banyak. Maka apatah lagi hari-hari yang mendatang yang bakal
aku tempuh. Aku perlu bersyukur kerana
atuk-atuk, mak dan seluruh ahli keluarga aku telah banyak mendedahkan aku
banyak perkara. Mengajar aku erti kehidupan yang sangat bermakna. Mendidik jiwa
aku menjadi lebih kental. Menyedarkan aku dari kealpaan dan kelalaian.
Alhamdulillah.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah
yang kamu dustakan? Ayat itu telah diulang banyak kali dalam surah ar-Rahman.
Walaupun kini aku berada jauh daripada mereka, kutitipkan doa agar mereka bahagia menjalani kehidupan ini. Dikejauhan ini aku percaya Allah mendengar doa aku agar mereka sentiasa dalam peliharaan-Nya.
v(^_^)v

1 comment:
testing...testingggg
Post a Comment