Monday, July 25, 2011

Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Semalam 24 Julai, majlis perkhawinan sahabat baik aku. Sabahat baik dari sekolah rendah. Kawan baik pertama aku  dalam dunia ni selepas keluarga aku. 23 Julai nikahnya. Aku tengok dengan mata kepala aku sendiri suami dia lafazkan akad nikah tu. Nama dia Haslinda. Tapi aku panggil dayah. Sebabnya? Panjang crite kalau nak di ceritakan. Lain kali je la crite,

Nak cakap tak sangka, memang aku dah jangka pun dia akan kawen dulu sebelum aku. Ngee. Dah memang patut pun dia kawen. Gembira aku tengok dia.

Teringat pulak dulu masa darjah satu. Alah, biasa la budak-budak belum matang. Ada satu masa tu, kitaorang gaduh sebab ada sorang budak kampung aku ni, budak laki, sebok je. Budak tu suruh dia jangan kawan dengan aku. Budak tu memang suka buli aku. Aku tak suka kat dia. Apa pun tak boley. Ngee~~

Tapi, keikhlasan aku nak berkawan dengan dayah mengatasi kejahatan budak laki tu. Cewah. Akhirnya kitaorang berkawan sampai la dia pindah Melaka. Masa tu dia darjah 2. Sejak tu, aku kembali solo. Eh, ni bukan solo dalam perhubungan percintaan tu. Maksud aku, sejak dia pindah tu, aku tak rapat dengan kawan-kawan yang lain. Tapi tetap ada kawan jugak. Budak kampung aku jugak. Sampai sekarang kawan-kawan baik sekolah rendah aku ni berhubungan. Dengan diaorang je kegilaan aku terserlah.Ngee~~

Dayah pindah balik sini masa darjah 4 ke 5 ntah. Aku lupa. Tapi dia pindah sini balik. Masa tu semua kawan-kawan aku cakap aku dengan dayah tak boleh dipisahkan. Kat mana ada dayah kat situ ada aku. Pastu start sekolah menengah aku dangan dayah berpisah balik. Sebab aku dapat sekolah kat Tangkak. Dayah sekolah kat Sungai Mati. Tapi kami tetap berhubungan sebab rumah aku dengan rumah dayah sekangkang kera je. 

Tapi sejak sekolah menengah aku dengan dia jarang main sama-sama. Dia dapat kawan baru. Alah, biasa la kan. Pastu habis sekolah dia pegi merantau kat Johor Baru. Keje kat sana. Lama jugak dia keje luar kota. Ngee. Ntah la. Nak crite pun panjang. Kompem nanti takde orang nak baca. 

Yang pastinya, banyak kisah suka duka aku dengan dayah. Tak terkira banyaknya. Seinfiniti kisah aku dengan dia. Apa-apa pun dia tetap kawan baik aku. Walaupun dia dah jadi bini orang sekarang ni.

Aku harap dayah bahagia dengan suami dia sekarang ni. Nama suami dia Farid. Time nikah tu baru aku tau nama penuh farid, Zulfarid bin.. bin.. bin apa ntah. Lupa pulak. Ngee~~

>>>semoga dayah dan farid bahagia selama-lamanya. Forever and ever.
>>>gambar kawen nanti-nanti lah. Aku memang jenis malas nak upload gambar. Malas nak tunggu loading. Ngee~~

v(^_^)v

No comments: