Wednesday, July 13, 2011

Aku Mahu Bercerita Tapi...

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Sebenarnya aku mahu bercerita, tapi tiada tempat luahan yang terbaik. Di sini? Ah, tentu saja aku boleh bercerita disini. Tetapi banyak kekangan yang menghalang. Secara telusnya, tiada sesiapa insan di dunia ini yang sering aku meluahkan segala isi hati. Mengapa? Sebab aku tak tahu pada siapa yang selayaknya mendengar dan sanggup mendengar. Dari kecik memang hidup aku selalu berseorangan. Jika kamu semua kenal aku, aku sebenarnya suka berseorangan daripada duduk dalam ramai orang. Tapi, keadaan memaksa aku untuk bermasyarakat. Kerana tidak mungkin seseorang yang hidup di dunia ini menjalani kehidupan seorang diri. Tidak. Dan sememangnya aku tidak pandai bergaul dengan orang ramai. Kalau sekadar ahli keluarga aku, sudah cukup. Namun, apakan daya. 

Eh, apa yang aku mengarut ni. Oh, aku sedang berseorangan. Oleh itu, sesi karutan aku semakin mejadi-jadi. Wahai, keluargaku, pulanglah kepangkuan rumah. Ngee~~ Aku mahu mengacau kalian. Ketagihan mengganggu kehidupan kalian terutama adikku. Hahahahahhaha (ngilai ketawa ala-ala pontianak)

Akhir penaiapan. siapa mahu mendengar aku mengarut????

>>>>senyum tak perlu kata apa-apa. ngee~~

v(^_^)v

No comments: