Thursday, July 21, 2011

Orang Berbudi Kita Berbahasa

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Lalalala (sebelum meneruskan pembacaan, sila amek feel good duluan. Ngee)

Ada sikit je pengalaman nak dikongsi. Ape dia pengalamannye? Alah, takde bende pon. Tetibe teringat masa kat skola hari tu. Ada sorang budak ni.

Macam mana nak crite ek? Takde apa-apa sebenarnya. Okay je. Semua masih dibawah pengawasan Ilahi. Eh, apa aku melalut ni. 

Pernah tak kau buat baik kat orang. Kenapa kau nak buat baik kat orang? Apa kau dapat? Sia-sia je kau buat baik pastu orang yang kau buat baik tu pijak kepala kau. Bukan dia pijak kepala kau guna kaki dia. Tapi maksud aku, kau dah buat baik kat dia, tapi dia buat jahat kat kau. Ermm.. Macam mana nak explain bagi terang macam lampu neon tu ek? Kau pikir je la sendiri. Ngee~~

Dah tu, tak payah la buat baik ek? Tak. Bukan tak payah. Malah kau kene buat kebaikan sepanjang hayat di kandung perut. Eh, dikandung badan. Kalau nak masuk neraka buat la jahat. Tapi aku sarankan jangan sekali-kali mahupun berkali-kali buat jahat. Naya je. Panas perut ibu mengandung. 

Nanti kalau kita buat baik, orang tak berbahasa kat kita macam mana? Haa.. Kalau macam tu, biar la orang tu. Tak payah layan. Biar dia duduk sorang-sorang. Sabar je. Kan sabar tu separuh dari iman. 

Sakit hati jugak sebenarnya kalau kita dah tolong orang, tapi orang tu tikam kita dari belakang. Agaknya ni la dugaan Tuhan nak bagi untuk menguji keimanan kita. Jadi, kita kene ingat  setiap apa yang terjadi kita kene harungi dengan tabah dan sabar.

Ish, dah la. Ekceli ada kesah disebalik apa yang aku nak sampaikan. Cuma aku rasa tak patut nak kesahkan kat sini. Apa yang aku tulis ni semua adalah apa yang aku dapat dari kesah tersebut. Lebih kurang nak luahkan apa yang terpendam je lepas teringat peristiwa tu. Ngee~~

Okay bebi, aku nak blah dari dunia fantasi ni. Aku perlu kembali ke dunia realiti. Bak kata Ramlee Awang Murshid, 'apa yang terfikir, itu ada'. Eh, ada kaitan ke. Ah, lantak aku la. Ngee~~ Sorry bebi.

>>>Orang berbudi kita berbahasa, tapi ada juga 'kita berbudi orang tak geti bahasa'. Baik orang tu kita campak laut mati sana. Ngee~~

v(^_^)v


No comments: