Friday, July 15, 2011

Jahatnye Monyet Dan Kera Itu. Errr.. Geram!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera semua.

Seperti biasa, setiap hari aku akan mengunjungi rumah atukku yang sekangkang kera dari rumah aku. Kalau sebelum ni sejak aku balik cuti sem hari tu, aku, mak aku, kakak dan adik aku setiap hari akan tidur di rumah atuk. Tapi sejak rumah atuk aku di robohkan separuh untuk diupgradekan, mak aku membuat keputusan untuk kami tidur dirumah je.

Dan hari ini bersamaan 15 Julai (birthday sepupu aku arep. semalam kitorang beli kek), aku datang seperti biasa untuk melihat perkembangan rumah atuk aku dan melihat pokok buah-buahan yang ada di sekeliling rumah atuk. Dan alangkah geramnya aku bila nampak bekas kulit rambutan yang merah tu bertaburan di bawah pokok rambutan atuk aku. Dan aku memang tak terkejut sebab sebelum ni pun memang kera dan monyet yang sememangnya tak berakal tu memakan buah-buahan kat kampung aku ni.

Yang menambahkan kegeraman aku, si monyet2 tu semu tak meninggalkan satu biji pun buah kat aku dan seluruh kaum kerabatku. Kalau ada yang tinggal pun adalah yang belum masak lagi. Haish, pandai pulak si binatang tu memilih. Sabar yan. Sabar.

Takpe yan. Takpe. Ada rezeki boleh la makan nanti.

Tetiba teringat hari tu, kakak aku suruh si arep jaga pokok rambutan tu. Dia cakap "Arep, nanti kalau nampak monyet, arep jerit kuat-kuat macam ni 'monyet...'" Dan si arep pun menjerit 'monyet..' dengan kuatnya. Terkejut aku. Nampaknya pokok-pokok kat rumah atuk aku ni perlu diawasi 24 jam. eh, tak la sampai 24 jam. Tolak nak makan, tidur, berak dan lain-lain aktiviti lagi mau tinggal 1-2 jam je. Ngee~~.

Tak pun kene baca-baca sikit kat pokok tu. Maksud aku baca ayat-ayat suci sikit la untuk mintak tolong Maha Pelindung melindungi pokok-pokok atuk aku. Hee~~ Dah la. Aku berserah je kalau dapat makan buah-buah rambutan tu ye memang rezeki aku. Kalau tak mungkin rezeki lain ada lagi. Kan?

>>>aku rasa nak sembelih je monyet tu. Biar tak de monyet menggangu keharmonian pokok atuk aku. Ngee~~

v(^_^)v

No comments: