Assalamualaikum wbt. Apa perasaan kamu hari ni? Gembira? Teruja? Seronok? Beronok-onok? Sedih? Kecewa bercinta? OK, jawab sendiri la eh. Harap perasaan kamu baik-baik saja.
Kali ni aku nak kongsi kegembiraan aku semalam. Ntah kenapa semalam aku happy lain sikit. Ngee~~ (sebenarnya tak tahu semalam ke hari ni. tapi semalam la kot sebab sekarang dah pagi)
Pertamanya, yeah yeah aku dah siap satu tugasan. Alhamdulillah. Tinggal nak print dan hantar kat lecturer. Harap lecturer aku terima la RPH yang aku dah buat ni, Insya-Allah. Tahu tak RPH tu benda? RPH tu adalah Rancangan Pengajaran Harian. Sebagai seorang guru, mereka perlu membuat RPH setiap hari. Time aku buat RPH sempat lagi chat dengan uncle aku, ngee~~ Uncle aku cakap cikgu memang kene buat RPH sampai pencen. Muntah la kau nanti dengan RPH.
| Contoh buku RPH. Contoh je eh. |
OK. Tadi kan aku tak tahu kan nak buat tajuk apa untuk aku punya tugasan tu. Dan setelah dicampur tolak bahagi darab semua aku buat pasal kebersihan diri untuk sign language aku. So, tawakal je la. Ngee~~
Dah siap kerja satu pun gembira bagai nak rak. Haish! Padahal banyak lagi tugasan aku menunggu ni. Nak kene pikir pasal BBM lagi. (Pikir lain kali la, sekarang aku nak tulih blog)
Gembira dengan kerja dah siap? Mestilah (sambil melompat-lompat hingga terhantuk siling). Lagi-lagi benda tu kita pikir bagai nak rak. Hasilnya? Oh, itu aku tawakal je. Tak kisah (tapi kalau hasil tak memuaskan mau tak menangis menongggeng aku)
Kedua, petang tadi aku dapat bunga, coklat dan buku 'Muhammad the Prophet of Islam' dari sorang senior aku. Ha, jangan salah paham eh. Senior aku ni perempuan bukan laki. Senior yang paling baik aku rasa. Ngee~~ Dia bagi sempena maulid Nabi saw. Sebenarnya kelab IPSI ada buat program, mereka bagi bunga, coklat dan buku tu kat non-muslim sempena hari maulidurrasul. Bagi aku kreatip dan inovatip betul sapa yang bagi idea buat program ni. Sangat. Yela tak pernah aku jumpa maulid Nabi buat program macamni. Time ni la sesuai nak promote Baginda saw kan.
![]() |
| aku dapat coklat lebih kurang macamni. (tak dak kemera nak snap coklat, bunga dan buku tu) |
![]() |
| Aku dapat bunga mawar. Mau tak gembira. |
![]() |
| Buku ni la aku dapat. Nasib ada gambar ni kat 'google'. |
OK. Aku dah tak tahu nak taip apa lagi dah. Kegembiraan keterlaluan barangkali. Ngee~~ Lepas ni nak buat preparation tugasan yang lain pulak. Macam ni la bakal cikgu cemerlang kan. Ngee~~
Akhir penaipan, sebenarnya kalau kita buat kerja kita dengan tulang empat kerat dan perahan otak kita sendiri, kita akan berasa puas dan gembira dengan hasilnya (bagi aku la, kamu tak rasa macam tu suka hati kamu la). Dan sesuatu pemberian daripada orang disekeliling aku, sangat membuatkan aku gembira yang amat. terharu pun ada. Maka, hargailah pemberian itu sebaiknya (nasihat kat diri aku). So, gembira tak? Ngee~~
>>>terima kasih Ya Allah kerana mengembirakan aku. Terima kasih juga kepada orang disekeliling aku yang mewarnai lagi perasaan aku. Ngee~~ Aku gembira. Sangat gembira (sambil melompat-lompat hingga terhantuk siling lalu terjatuh ke lantai kerana impak yang terlalu dasyat). Lalalala~~
v(^_^)v




1 comment:
jeles nyer..aq nk gak bunga rose..
Post a Comment