Tuesday, February 15, 2011

12 Rabiulawal Tahun Gajah

Assalamualaikum wbt. Kembali bersama tora. Eh, tak masal pulak. Dah brapa hari tak menulih. Bukan busy mana pun. Biasa la, aku kan pemalas. Ngee~~ Lagipun aku baru lepas hantar satu asaimen dengan satu presententiontation minggu lepas. Minggu ni pun ada satu lagi presentation. Sign language. Ni masih tak tahu nak buat apa. Kebersihan diri ke pendidikan jasmani ke. Istikarah la jawabnya. Ngee~~

OK, abaikan segala permasalahan aku yang ntah bila nak selesai tu. Kembali kepada tora. Eh, tora pulak. Kembali kepada tajuk yang aku letak tu. '12 Rabiulawal Tahun Gajah'. Tahu tak tarikh ni. Memang tak patut kalau kamu semua tak tahu. Sebelum kamu jawap kamu tahu ke tak tarikh tu aku nak tanya, kamu tahu tak tarikh lahir kamu? Parents kamu? Ahli keluarga saudara mara kamu? Kekasih kamu? Aku? Eh aku nak buat apa. Haish.

Ha. Jawap la sendirik. Kalau aku tanya kat diri aku sendiri aku akan jawab, ya aku tahu semua tarikh lahir mereka. Atuk-atuk aku pun aku tahu. Tapi yang kekasih aku tu?. Ngee~~ Dulu kekecik Ayah aku selalu beli kek kalau tiba hari lahir kami adik-beradik tu yang ingat dalam kepala otak ni ha. Cuma dah besor panjang ni je Ayah cakap tak payah la kek-kek segala.

Oh, aku sudah meleret ke tempat lain pulak. Kembali kepada tajuk. Ngee. Tahu tak ni tarikh 12 Rabiulawal ni. Ni pun ada kene mengena dengan tarikh lahir. Haa, ni la tarikh lahir kekasih aku. Nak tahu sapa? Nama baginda Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutaltib bin Hashim. Kenal tak? Ngee~~ (malu la mention aku ada kekasih. ngee~~)

Kononya semalam hari kekasih kan. Oh hari kekasih pun ada eh. OK abaikan hari kekasih itu. Aku tak nak gembar gembur gembir kan soal hari kekasih itu. Permasalahan itu kamu boleh tanya kat orang yang lebih pakar. Aku tak pakar dalam bab-bab ni. Yang aku tahu hari ni hari kelahiran kekasih aku. 

Cumanya, kekasih aku ni sudah kembali ke rahmatullah. Sedih? Ya memang sedih tapi aku percaya baginda dah tinggalkan aku banyak perkara. Banyak ilmu yang baginda ajar kat aku. Dan baginda ada tinggalkan 'buku' kat aku. 'Buku' apa? Aku rasa kamu semua pun ada kot. Kalau tak ada pi la beli. Kalau boleh beli yang ada terjemahan. Senang nak paham isi buku tu. Sebab 'buku' yang kekasih aku tinggalkan ni dalam bahasa Arab.

ni la 'buku' tu. Tajuknya 'Al-quran'

Oh, saat, detik dan ketika ni aku sangat rindu kat baginda. Sangat amat rindu. Aku rasa nak pi makam baginda kat Masjid Nabawi kat Madinah. Rasa nak pi sekarang. Tapi ada pulak kekangan. Dan sekarang aku tengah berusaha macamana nak pi sana. Insya-Allah aku dapat pi sana. Doakan ye. Ngee~~ 

Boleh tak kalau aku tinggal kat Madinah je. Jadi warganegara kat sana. Senang aku nak lawat makam baginda. Tapi....

kat sini la 'makam' baginda. Nak pi sini.

Aku nak pi sini jugak. 
OK lah. Aku tak mahu meleret lebih panjang. Marilah kita sedekahkan al-Fatihah kepada baginda. 

Sebenarnya baginda ini adalah Nabi kita yang terakhir. Utusan Allah yang terakhir. Tiada nabi selepas baginda Rasulullah. Marilah jugak kita berselawat kepada baginda. Mak aku cakap lepas solat, selawat kat baginda. Kalau nak buat apa-apa pun kene selawat. Kalau kita duk sesorang tu tak ada kerja ke ada kerja ke kene selawat jugak. Kononnya busy ke tak ke kene selawat jugak. Nak mula kerja-kerja ke nak habes kerja ke kene selawat jugak. Senang kata selawat la nak buat apa-apa pun. Insya-Allah kita akan dapat syaafaat. Insya-Allah.

OK. Akhir penaipan, sebenarnya ada benda yang tersirat daripada apa yang aku nak sampaikan ni. Harap kamu yang membaca tanpa skip atau lompat-lompat paham la ye. Yang penting hari ni cuti. Eh tu tak penting, yang penting hari ni maulid rasul. Mari kita ingat Baginda Rasulullah saw selalu. Forever and ever.

>>>aku cinta Rasulullah dan aku percaya dan yakin Rasulullah pun cinta kat aku. Kat semua umatnya.

v(^_^)v

2 comments:

SM FIRDAUS said...

BAGINDA MANUSIA AGUNG....untuk penghormtan kpada BAGINDA,tdk sesuai mnggunakn perktaan beliau..

Unknown said...

Oh. Tak tahu. TQ atas pemberitahuan anda. Saya akan tukar perkataan tersebut. TQ a lot.