Sunday, June 17, 2012

Terjumpa Mereka

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Semoga pertemuan kali ini ada hikmahnya.

Tetiap hari Isnin sampai Jumaat, kat sini laman sesawang YouTube diblok. Tapi tetiap weekend, sabtu ahad, warga USM boleh layari laman sesawang tersebut. Wah! Sudah tentu keterujaan menunggu hujung minggu sangat dinanti-nanti. Aku tak teruja mana pun, tapi ada sikit keterujaannya. Errr... Konon!

Tak tau nak tengok apa kat YT (singkatan YouTube, suke hati aku je YT, errr). Biasanya cari lagu2 je. Takpun tengok cerita2 yang dah lepas2. Kan dah cakap aku tak teruja mana pun dengan benda tu (eleh!).

Memacam kita boleh tengok kat YT kan. Kekadang aku takut YT ni melekakan aku. Bukan setakad YT, laman2 sesawang yang lain pun sama. Kata ustaz apa entah (lupa pulak), kita kene gunakan laman2 sesawang yang ada ni dengan sebaiknya, dengan berhikmah. Jangan sampai melekakan. Jadi, aku pun torai la memanfaatkan benda alah ni. InsyaAllah.

Aku hanya nak kongsi satu dua channel YT yang baru aku jumpa. Jumpa pun secara kebetulan. Entah siapa shared kat FB. Thank you beri much lah! IniAnuarHadi tu tak payah nak deperkenalkan la kan. Itu seantero alam maya tau kot.

Channel mrtheallshared buatkan aku kagum. Memula rasa biasa je. Tapi tengok dua tiga kali, MasyaAllah. Mesej yang disampaikan sangat superb, adore. Ingatkan mrtheallshared ni dalam lingkungan sebaya aku je takpun lebih berusia daripada aku (yela, aku rasa muda remaja kanak2 daripada mereka, ngee). Rerupanya sebaya adik aku. Lahir dalam lingkungan 1990-an. MasyaAllah, nampak matang. Aku pun tak matang macam tu. 

Dari channel mereka ni lah, aku terjumpa pulak channel AisyahShakirah and ineedyou1994Then terjah kat blog mereka. Wah, so amazing.  blog mereka aisyahshakirah.blogspot.com dan nursearcher.blogspot.com. SubhanaAllah, superb bahasa Inggeris mereka. Semua sebaya adik aku. Tercabar juga rasanya bila budak bawah aku lebih dari aku. Ni yang lagi semangat nak menuntut ilmu ni. Aku pun nak ada ilmu macam mereka jugak. Hee~~

Sebenarnya, banyak lagi channel macam mereka ni. Tapi sebab semangat dakwah mereka yang sangat superb, maka rasa terpanggil pulak nak promote mereka2 ni. Semoga usaha mereka mendapat ganjaran yang setimpal.

Haaa, ada lagi. Tapi rasa tak nak cakap banyak dah. Just want to say... err.. promote about somebody ni. Raef. Cuba lah kalian ushar Raef ni. Bagi aku, superb, adoreable, amazing, dan sewaktu dengannya lah. Ada satu laman sesawang dia creativejuice, yang ni pun menarik. 

Okay la. Tak tau nak ungkap dengan kata2 mahupun perkataan. Cubalah kalian usha2 link tu semua. SubhanaAllah, sesungguhnya segala pujian hanya bagi Allah. Semoga rasa cinta kita pada Allah bertambah kuat, bertambah hebat. InsyaAllah.

Mari menjadi hamba (eh, macam pernah dengar je. Oh, kat langitilahi.com)

Salam isra' mikraj!

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

5 comments:

NORSHAHFEZA HAMSAN said...

hahaha samelah macam aku,,dari isnin dh tggu nak tgk youtube , tp bile dh leh bukak xtwu nk tgk ape,,ahahah

Unknown said...

haha.. isnin-jumaat bila tak boleh bukak YT rasa nak tengok video tu la, video ni la. tapi bila tiba sabtu ahad "eh, nak tengok apa ek kat YT ni". hehe...
v(^_^)v

Nadia Syamila said...

Jazakillah ya ukhti, moga Allah memberi ganjaran yang lebih padamu <3 amiin ya Rabb

Unknown said...

InshaAllah.. v(^_^)v

SM FIRDAUS said...

ayuh jd H.A...HAMBA ABDI kepada ALLAH..