Assalamualaikum wbt. Salam terakhir untuk semester ke-6 dari saya.
Alhamdulillah, sudah 6 semester saya menjalani sesi pembelajaran di sini. Terasa ketuaan pula. Erk!
6 semester bersamaan 3 tahun. Bermakna lagi setahun saya perlu berhempas pulasan eh, berhempas pulas menuntut ilmu di sini. Penantian kadang2 suatu penyeksaan, tapi taklah seksa mana kot. Nanti akhirnya ada kemanisan jua. InshaAllah.
Selama tiga tahun sudah pasti dan pasti banyak perkara yang berlaku. Banyak rasa yang dirasa: manis, pahit, tawar, masam, pedas dll. Semua perlu saya jadikan pengajaran dan pendoman hidup. Kan pepatah sudah menyatakan, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.
Masih terngiang-ngiang lagi pengalaman pertama kali menjejakkan kaki di bumi Penang ini. Alhamdulillah, yang pertama kali itu juga saya dipertemukan dengan orang2 yang sangat2 dan sangat baik. Dan yang paling saya gembira adalah bertemu dengan senior sekolah saya dulu yang sangat tidak disangka2 dan dijangka. Harapan saya semoga pengakhiran disini juga baik2 seperti permulaan yang saya alami itu.
Dalam tahun pertama, saya masih terkapai-kapai mencari erti kehidupan. Dapat pula rakan sebilik dari negeri pantai timur, yang mana loghat mereka amat janggal bagi saya, malah tidak satu kelas. Rakan2 sekelas juga tidak saya kenali pada awalnya. Semua yang dekat dengan saya ketika itu adalah orang2 yang baru bagi saya, semua asing bagi saya (errr, bukan makhluk asing yang bergelar alien itu). Namun, bagi memujuk diri sendiri, saya dengan seikhlas hati cuba berbaik-baik dengan mereka.
Alhamdulillah, hubungan dengan rakan sebilik di tahun pertama masih baik sehingga kini. Kami selalu keluar jika ada masa dan kesempatan walaupun berlainan pengkhususan pengajian. Rakan2 sekelas juga semakin saya kenali. Walaupun kadang kala dalam tiga tahun ini terdapat konflik dalam perhubungan, namun itu menjadikan saya lebih memahami erti sebuah persahabatan. Menjadikan saya semakin sayang dan cinta dengan mereka semua.
Saya percaya, setiap orang akan berubah. Sama ada baik atau sebaliknya. Dalam tiga tahun ini juga saya berasa saya sudah berubah. Tidak pasti berubah menjadi lebih baik atau sebaliknya, tapi harapan saya semestinya perubahan yang lebih baik. Dan saya berharap saya akan sentiasa berubah menjadi lebih baik terutama dalam amalan saya. Saya juga dapat melihat perubahan orang disekeliling saya.
Walaupun keputusan peperiksaan itu penting, tapi bagi saya apalah sangat keputusan itu berbanding dengan keputusan amalan saya diakhirat sana. Namun, sedaya upaya saya mahukan keputusan di dunia dan di akhirat yang baik. InshaAllah. Jadi, saya hanya perlu melakukan sesuatu sebaik-baiknya, tak kiralah dalam apa jua rutin harian. Solat juga sewajibnya dilakukan dengan sebaik-baiknya kan.
Dalam bermuhasabah pasti akan ada titisan air mata mengalir membasahi pipi. Terlalu banyak kesilapan yang saya lakukan. Dan saya harap kesilapan itu tidak saya ulangi. Kadang kala dalam bermuhasabah, saya akan tergelak sendirian kerna terkenangan perkara2 yang entah apa2. Ah, banyak perasaan menerjah minda. Saya tidak pasti adakah saya saja seperti itu.
Hanya setakad ini saja perkongsian yang mampu saya kongsikan. Banyak perkara sebenarnya, tapi saya percaya kalian juga banyak perkara yang boleh dijadikan pendoman hidup. Apalah sangat dengan apa yang saya lalui ini berbanding dengan kalian. Sebenarnya dengan bermuhasabah kita akan dapat banyak pengajaran.
Dikesempatan ini, saya ingin mengajak diri saya dan kalian untuk bermuhasabah diri. Waktu paling baik bagi saya adalah disepertiga malam. Merintihlah, menangislah, merataplah dan berharaplah dihadapan Sang Pencipta ketika itu. Saya juga sedang cuba beristiqamah dalam beramal. Sukar untuk istiqamah dalam melakukan amal, namun saya perlu memotivasikan diri sedaya boleh kan.
Saya juga mohon seinfiniti kemaafan kepada kalian. Banyak khilaf yang saya tidak sedari. Saya hanya cuba ingin menjadi seorang hamba yang diredhai Ilahi. InshaAllah.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment