Assalamualaikum wbt. Salam Sejahtera.
Sepatutnya kita perlu ada "Minda Lestari" yang prihatin terhadap keperluan untuk memulihara alam sekitar.
Sepertimana Al-Quran menjelaskan yang bermaksud:
"(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berdiri, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (Ali Imram 3:191)
Juga sepertimana hadith sahih daripada Anas r.a menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Ada tujuh pahala yang tetap diterima oleh seseorang itu apabila dia mati kelak, iaitu: Orang yang mendirikan masjid dan masjid itu terus digunakan oleh orang ramai sebagai tempat ibadah; Orang mengalirkan air sungai selagi orang tetap menggunakannya; Orang menulis mushaf selagi masih ada orang membacanya; Orang menggali perigi selagi ada orang memanfaatkannya; Orang menanam tumbuhan selagi ada yang memakan buahnya sama ada manusia atau binatang; Orang mengajarkan ilmunya selagi ilmu itu diamalkan oleh mereka mempelajarinya dan orang meninggalkan anak soleh dan anak itu sentiasa mendoakan kesejahteraan kedua orang tuanya".
Banyak lagi yang boleh dirungkai dalam ayat-ayat ini. Mari kita fikirkan bersama-sama.
Sekian, perkongsian menjelang peperiksaan.
Bittaufiq wannajah wassalamualaikum.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment