AsSalamuAlaikum wbt. Selamat sejahtera semua.
Salam hujung minggu. Buat apa je hujung minggu ni? Hah! Dating! Haish, ikut suka kamu lah nak buat apa pun. Jangan cemarkan diri kamu dengan benda-benda tak senonoh udah. Jaga sikit nama baik mak bapak kita. Mak aku selalu pesan kalau kita keluar rumah je kita bawak nama mak ayah kita. Okay okay, aku tak membebel dah tapi aku suka membebel.
Hujung minggu ni aku membesarkan diri dengan memakan makanan yang separa berkhasiat. Asik makan, makan dan makan. Dua hari lepas pegi Melaka jap. Memula malas nak ikut mak cik aku, tapi tetiba je tergerak kaki nak melangkah masuk dalam kreta mak cik aku. Tetiba terikut. Ngee~~ Makan kat Garden Secret ke apa ntah namanye. Pastu mak cik aku beli donut. Semalam mak aku beli durian. Buat bubur kacang bubuh durian. Hari ni, ayah aku datang bagi duit belanja sikit kat aku adik beradik. Siap bawak sarapan roti canai, nasi goreng dengan mee goreng.
Ekceli nak ikut ayah aku pegi tengok atuk aku kat rumah mak cik aku kat Banting. Tapi ayah aku tumpang pak long aku. Ntah la. Ingat nanti lepas intership ni nak pegi tengok atuk. Rindu amat kat atuk.
Eh, ekceli nak pesan kat diri aku yang kerdil lagi hina ini untuk memanfaatkan hari minggu ni dengan benda-benda yang berfaeadah. Tapi dah termelalut pulak. Nasib tak da orang berminat nak baca blog aku. Aku ni asyik nonton telibisen je. Pastu main dengan si kecik tu. Haish, nanti esok skola aku tanya kat budak-budak buat apa hujung minggu ni, aku sendiri ntah buat apa-apa. Macam mana nak bagi contoh yang baik ni. Ngee~~
Dah la tadi terjumpa anak murid aku kat kedai. Ntah program apa budak-budak ni pegi. Siap pakai baju khas lagi. Tak sempat nak tegur sapa sebab memang aku segan nak tegur. Ngee~~ Mintak maap la ye. Aku kan pemalu nak tegur orang. Hari jumaat hari tu aku rasa aku terjumpa budak se unibersiti aku, tapi aku tak tegur pun sebab tak rapat sangat. Lagipun, aku rasa budak tu tak nampak aku pun. Buat-buat tak tau je la. Ngee~~ Bukan sombong tapi rasa tak tergerak nak tegur. Maap la kalau tak bertegur sapa ye. Ngee~~
Ingat nak cari benda-benda yang elok lagi molek untuk dibuat hujung-hujung minggu ni. Tapi enggak tau mau lakuin apaan dong. Bukan tenat tutup tenet. Tengok muka kakak adik aku. Baca-baca gosip. Kira elok dan molek tak ek? Ngee~~ Tepuk dada tanya selera je la.
Akhir penaipan, marilah kita bersama-sama memanfaatkan hari-hari kita dengan perkara-perkara yang elok lagi molek. Pesanan ini khas ditujukan kepada diri aku sendiri yang sentiasa leka dan lalai dengan kehidupan yang serba indah ini. Sesungguhnya segala kenikmatan yang kita dapat ini hanya sementara dan sewajarnya kita perlu menghargainya dengan bersyukur. Eh, apa aku melalut lagi ni. Okay okay. Aku chow dulu. Papai dasilomen tut tut. Semoga hidup kita sentiasa dibawah rahmat Ilahi. Insya-Allah.
>>>Sekali sekala melalut dan mengarut di sini salah ke? Kalau salah tegur la kerana sesungguhnya aku insan yang seringkali melakukan kesilapan. Seinfiniti kemaafan.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment