Tuesday, June 14, 2011

2nd Day

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.

Hari ni aku kene tengok kelas MPV. Pergh~~ Murid2nya hanya Tuhan saja yang tau. Aku rasa nak menjerit je kat mereka. Mereka ni jenis yang tak boleh nak cakap baik2. Tapi aku rasa mereka ni dah kira baik dah. 

Bincang2 dengan cikgu bimbingan aku tadi sampai dekat pukul 3. Tak tau nak tanya apa sebenarnya tapi tup tup  tengok jam dah pukul 3. Ngee~~ 

Actually, aku terbiasa panggil semua cikgu2 kat sini 'cikgu', tapi bila aku dengar mereka bual2 guna 'akak' terus aku panggil cikgu2 kat situ 'akak'. Tapi cikgu yang pernah ajar aku aku tetap panggil cikgu sebab aku tak brapa nak selesa panggil 'kakak'. Yang baru jumpa tu selesa la. Dan ramai jugak cikgu2 kat skola ni tengah mengandung. Yang baru kawin pun ramai jugak (eh, ramai ke. aku tau sorang je). 

Aku dah dapat jadual. Lepas ni nak kene buat RPI. Nak kene cari maklumat2 sikit. Banyak yang aku tak tau ni. Kene tanya cikgu2 kat skola ni banyak2. Esok sesi aku banyak tanya agaknya. Ngee~~

Akhir penaipan, seorang guru pendidikan khas akan berasa puas apabila melihat anak didiknya berubah kepada yang positif. Bukan senang nak bentuk mereka tapi tak mustahil. Insya-Allah.

>>>Harap mereka yang mengalami masalah pembelajaran ni pun boleh berjaya dalam kehidupan mereka, dunia dan akhirat.

v(^_^)v

No comments: