Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera.
Bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya aku dan kengkawan dah pun berjaya melakukan persembahan yang terbaik tadi. Dan mendapat sambutan yang sangat hangat. Alhamdulillah. Sila beri tepukan yang gemuruh untuk kami. Hee~~
Getak-getak jari jemari aku dah kurang sikit tadi tapi perasaan tu tetap menguasai diri. Haish. Dengan keadaan dewan yang penuh dengan vvip lagi. Ada Datin Rosmah lagi. Apa-apa pun benda ni dah berlalu dah pun. Rasa nak naik atas pentas lagi je. Ngee~~
![]() |
| Malam sebelum hari kejadian. Bersamaan malam tadi. |
Actually, sebelum kami perform, kami jadi bidan terjun main kompang. Kepak kepuk je la kami main. Ngee~~
![]() | |
| Sebelum ketibaan Datin Rosmah kami sempat beramah mesra dengan pelancong dari Barcelona. Geliat lidah aku speaking. Ngee~~ |
Dah last majlis perasmian tu, nyanyi lagu 1 Malaysia. Yang buat persembahan semua naik balik atas pentas goyong-goyong dengan Datin Rosmah kononnya. Ngee~~ Geram aku tengok budak-budak tadika yang masuk persembahan tu. Errr~~ Ghase nak cubit-cubit je pipi mereka. Alah, gambar dengan mereka ada kat kemera kawan aku. Tak sempat nak mintak. Kalau tak boleh tunjuk kat kamu semua. Hee~~
Malam ni ada dinner dan kami diminta untuk membuat persembahan. Tak sabar actually sebab malam ni jugak aku nak balik rumah tercinta. Doakan semuanya berjalan lancar. ^^
Akhir penaipan, Alhamdulillah persembahan tadi sangat-sangat memberi kesan kat aku dan kawan-kawan. Rasanya semua lecturer cakap kami buat the best tadi. Alhamdulillah. Lain kali kalau berminat nak suruh kami buat show boleh berurusan dengan siri paduka baginda. Eh, gurau je. Ngee~~
>>>tajuk lagu kami: Namun Ku Punya Hati & Standing In The Eye Of The World
v(^_^)v



2 comments:
videonya mana
tak sempat nak rakam. kene mintak pihak pengurusan majlis. hee~~
Post a Comment