time-time hujung minggu ni rasa nak balik rumah je.. yang duk dekat-dekat boleh la selalu balik macam akak aku sorang tu.. huh.. ngengada la.. tiap-tiap minggu nak balik.. ok2.. kawal emosi ye aziani..
time-time ni juga la terimbas kembali segala benda yang aku buat time kat rumah.. suka duka dulu-dulu memang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar.. bila teringat dosa-dosa lagi tragis.. alangkah diri ini sangat hina dina disisi-Nya.. haish.. napa aku persoalkan ini semua?? kenapa??
actually aku rasa berdosa dengan mak ayah aku.. banyak benda yang mak ayah aku tak kasik aku buat, tapi aku ni degil, nak buat juga.. ya.. memang aku degil.. ada satu firman Allah ni yang makudnya:
"dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucaplah kepada keduanya perkataan yang baik."
-surah A-Isra ayat 23-
oh my mum dan dad.. ampunkan anakanda.. beribu-ribu (lebih lagi.. barangkali infiniti) ampun..
teringat time aku kecik-kecik... time aku tadika.. mak aku suruh gi sekolah.. aku tak nak gi.. mak aku dah siap-siapkan aku pakai baju semua.. stokin pun dah sarung.. lastly aku masuk bilik, aku nyorok bawah katil.. then atuk aku tarik aku keluar.. aku bentak-bentak tak nak gi tadika.. waa.. nangis aku time tu tak nak gi.. bila ingat balik, kesian kat mak aku.. kecik-kecik dah nyusahkan mak.. ampun mak.. ampun atuk..
dulu time aku tadika, aku asyik tak nak gi skola je.. kenapa?? sebab aku tak suka skola.. aku suka duk rumah dengan atuk aku.. best.. atuk aku masak sedap.. lagipun dulu aku tak geti nak berkawan.. kat skola aku duk diam je.. macam budak autisme.. tau tak autisme tu apa?? haha.. autimse tu adalah budak-budak yang berada dalam dunianya sendiri dan mereka ini tergolong dalam kanak-kanak bermasalah pembelajaran.. (kepada classmate aku, kalau anda semua tak tahu benda ni.. baik anda semua masuk tahun satu balik..)
teringat satu hari tu, aku nangis kat tadika.. kenapa?? aku nangis sebab ada 2 ekor manusia ni.. eh bukan 2 ekor.. ada 2 budak ni.. dia cakap apa ntah dengan aku sampai aku nangis.. time tu nak makan-makan.. kalau tak silap aku, dulu tadika cikgu bagi makanan.. aku ingat lagi time tu ada kuih donut dan karipap.. huh..sedap kan.. tapi aku tak makan.. sebab aku dah teresak-esak nangis.. aku ingat lagi budak yang buli aku tu.. ye.. mereka buli aku.. sorang tu budak kampung aku.. sorang lagi budak kampung sebelah... mereka ni hensome la juga tapi perangainya.. masya-Allah.. harap Allah memberi petunjuk dan meredhai mereka..
ok ada masa aku crite lagi apa dah berlaku time aku tadika dulu..
bila masuk skola rendah, aku lagi advanced... ok... time ni aku ade sorang kawan.. tu pun cucu depan rumah atuk aku... so.. bila dah ade kawan ni, asyik nak keluar rumah je.. mak aku suruh balik aku tak balik.. (berdosanya bila teringat benda ni) aku duk rumah waktu malam je.. lagi tragis (tragis ke), bila mak aku cakap "kau gi mana je la.. siang-siang tak duk rumah.. kerja rumah kau dah siap?? mak tak nampak kau buat pun".. dengan slambe aku jawab.. "ala..gi rumah dayah la.. main pondok-pondok.. kerja rumah tak payah buat.. esok kat skola datang awal-awal... pas tu boleh tiru budak yang selalu dapat markah tinggi.."
mak aku cakap mesti aku nak betah.. sampai mak aku tak tahu nak cakap apa kat aku.. penyabar nye mak aku ni..
ada satu hal lain plak.. dulu mak aku tak de krete.. so.. bila nak gi bandar muar.. kalau tak naik bus, kene naik motor.. dan bila dah naik motor, yang boleh ikut hanya seorang aje.. aku plak selalu nak ikut.. selalunya yang ikut gilir-gilir.. contohnya, kalau minggu lepas akak aku ikut, minggu berikutnya aku plak.. then ,minggu selepas berikutnya adik aku plak.. dan time giliran adik aku tu, aku mula la buat pe'el aku.."mak nak ikut..nak ikut juga.." (sambil hentak-hentak kaki di daun keladi..eh keladi plak..whatever la)
time ni, berlakulah pergaduhan atomen aku dengan adik aku.. selalunya aku la yang jadi hero.. dan selalu dapat ikut mak aku.. bila teringat balik.. kesian kat adik aku.. slalu mengalah dengan kakak nye yang comel ini..
ok dik.. sekarang kamu boleh ikut mak slalu..
sapa anak bapak.. sila angkat kaki.. ye.. aku tak nampak sapa yang angkat kaki tu... tapi aku nak cakap.. kalau anda semua tak nak tahu aku nak cakap jugak.. aku anak bapak.. ye. anak bapak.. ngee..
kenapa?? dalam adik beradik aku seibu sebapa ni.. aku la yang paling ngengada bila dengan ayah aku.. dulu time aku kekecik aku selalu nak gi rumah atuk belah ayah aku.. tapi adik beradik aku yang lain terutamanya adik aku yang last.. kalau boleh tak nak gi.. mungkin sebab dia lahir kat rumah atuk sebelah mak aku ni.. tapi yang pasti aku lah yang paling suka bila nak gi rumah atuk belah ayah... waa.. aku rindu kat kampung aku.. sangat rindu..
kenapa aku crite semua ni?? kenapa?? sebab time ni aku rindu sangat kat mak ayah aku.. adik beradik aku.. atuk aku.. aku rasa aku jadi diri aku yang sebenar dengan mereka.. dan bila aku jauh dengan mereka, aku tak geti nak jadi diri aku yang sebenar-benarnya..
ok tinggalkan kerinduan itu.. aku di sini harus berjuang bermati-matian.. mak aku pesan "ala yan.. tak payah ingat kat kampung la.. tahu la mak nak jaga diri kat sini.. kau kat sane tu jaga diri kau tu.. mak kat sini baik-baik saja.."
"aiyo mak.. mana buleh lupa kampung halaman.. tanah tumpah darahku.. "
ok la.. lain kali crita lagi.. biaq la kalau anda semua tak nak baca pun..
aku just nak bagitahu.. syurga itu bawah tapak kaki ibu.. jangan pulak anda gi ambil kaki mak anda then buat rumah ke apa ke.. yela rumahku syurgaku.. tapi mintaklah keredhaan mak ayah anda.. kerana jika kita mendapat redha mereka apa-apa yang kita lakukan juga akan mendapat redha Ilahi.. insya-Allah..
akhir penaipan... jaga lah hati ibu bapa anda.. (pesanan ni khas untuk diri aku sendiri serta adik-beradik aku.. untuk sidang pembaca yang di kasihi Allah serta di sayangi nabi juga)
>>>jangan anda hiraukan segala sesuatu yang tidak mampu anda selesaikan sebagai penggantinya, curahkan waktu anda untuk berusaha memperbaiki segala sesuatu yang mampu anda perbaiki...
(^_^)v

3 comments:
Salam yan...seronok la mard baca entry ni.mard terus teringat pada abah mard.....mard lagi lah....masa zaman d sek2 dulu...Ya Allah...bega....tapi smart...hihihi....rindu abah ....
assalamualaikum wbt.
selamat menjalani ibadah puasa. semoga sentiasa mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah swt.
coretan flashback yang sungguh 'comel' dari tukang taip...
@mard>>trima kasih mard..saya sentiasa teringat mereka...rindu mereka..
'ya Allah..ampunilah dosa kedua ibu bapaku..kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihaniku sejak kecil'
@abgreds>>trima kasih...selamat mjalani ibadah puasa juga...(^_^)
Post a Comment