Friday, August 13, 2010

Harus Ada Keyakinan

apa khabar semua?? kabare orang jawa cakap... harap-harap sihat sejahtera (ceh dah macam nak tulis surat tak rasmi je).. actually aku rasa tak brape sihat sekarang ni.. sakit hati.. huhu.. ok2 anda semua tak payah la sakit-sakitkan hati anda.. kelak akan menyusahkan diri sendiri.. aku pun dah rasa sembuh dah dengan penyakit hati aku ni.. harap-harap sembuh sepenuhnya.. sangat harap..

apa yang anda semua buat kalau sakit hati?? aku?? erm.. kalau aku, aku gi tido.. tak pun gi la baca-baca buku motivasi ke.. tepon mak ayah aku ke.. whatever la.. tak de yang spesipek pun apa yang aku akan buat..

bila pikir-pikir balik.. napa la aku nak sakit hati dengan cubaan dunia ni kan.. tak kan sembuh la jawapnya nanti.. anda kene ingat juga, sesungguhnya ujian ke cubaan ke dugaan ke semua tu bukan untuk melemahkan diri kita.. tapi Allah bagi semua-semua tu untuk jadikan kita lebih kuat.. ye tak??

*bersabarlah bila bencana datang menimpa nescaya Tuhan akan mendatangkan jalan keluarnya*
-Dr. 'Aidh Bin' Abdullah Al-Qarni-

ada satu firman Allah ni yang maksudnya:

"dan Dia memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu"
-surah Al-Talaq ayat 3-

kenapa aku celoteh-celoteh ni?? actually ada sesuatu dah berlaku kat diri aku ni yang perlu anda semua ambil iktibar.. benda ni sepatutnya tak akan berlaku kalau aku tak ambik mudah.. (biasa la aku memang suka ambik mudah semua perkara.. ya.. inilah akibatnya.. lain kali jangan ambik mudah sangat ya aziani)

lastly aku yang sakit hati kan.. ha.. tu la.. 

actually macam ni.. aku dah tahu dah tajuk yang sepatutnya aku kene present.. aku siap dah cari dah maklumat-maklumat semua tu.. and before aku kluar kelas aku dah tanye lecturer aku bagi nak memastikan apa yang aku paham ni betul.. then, bila aku discuss dengan kawan aku ni.. die cakap "yan, bukan ni la tajuk kita.. kita kene tajuk ***.." apa lagi meloncat la hati aku.. "aik.. yeke??" aku yang lurus bendul ni pun ikut la apa yang kawan aku ni cakap.. dan aku pun biarkan maklumat yang aku dah cari dan cari maklumat baru untuk tajuk yang kawan aku cakap tu... (pengajaran disini anda semua pikir la sendiri.. percaya diri sendiri kalau dah betul-betul anda yakin.. ye tak??)

then.. bila hari presentation, tajuk yang sepatutnya di'present'kan tak ade orang yang bentang.. time tu aku dah agak dah apa yang berlaku.. ntah la,.. time tu hanya Allah je yang tahu perasaan aku.. yela semua salah aku.. aku tak tegas dalam mempertegakkan kebenaran.. cewah... ngee~~

yang kawan aku ni pun dah rasa bersalah dah.. die cakap semua salah die.. ok2.. kita sama-sama salah.. mungkin kawan aku ni tidur time lecturer terangkan hari tu.. huhu.. dan aku plak..salah sebab selalu je ikut cakap orang walaupun aku tahu dah benda tu..

kadang-kadang tu aku tertawa sendiri... kenapa?? huhu.. ntah la.. ada satu crite ni..crite lain plak.. hari tu, aku latih silat.. patner aku tak datang.. aku sorang-sorang.. tapi silat tak boleh latih sorang-sorang.. so.. aku cari la sesapa yang tak de patner.. dah setahun aku masuk silat baru malam tu aku kenal die.. bagus tak aku.. huhu..

apa kaitan dengan crite pertama aku ni?? ok2.. pasal keyakinan juga.. time tu jurulatih aku dah terangkan kat aku step-step yang perlu aku dan semua ahli silat blaja.. dan aku dah paham dah apa yang perlu dilakukan step by step.. mungkin aku tak brape kenal dengan patner baru aku ni.. so aku senyap je la kalau salah pun..time ni aku dah ingat-ingat dah kat patner aku sebelum ni..oh my patner.. why you tak datang malam tu.. i kesunyian.. huhu.. (sepatutnya aku perlu brani betulkan kesilapan aku dan orang lain.. ye tak??)

just nak muhasabah diri aku balik... dan anda semua pun kalau nak buat apa-apa tanya la banyak kali pun tak apa..(walaupun ada orang tak suka di tanya banyak-banyak kali) biar kita betul-betul paham apa yang perlu kita buat.. tanggungjawab semua tu.. jangan ambik mudah.. kelak akan dipersoalkan di 'sana'..

ya..aku perlu lebih yakin dan brani untuk melakukan sesuatu.. tapi kalau aku nak merompak, mencuri dan sewaktu dengannya?? ah.. anda tahu yang baik dan yang buruk bukan.. agak-agak la.. kalau rasa benda yang kita buat tu mendatangkan manfaat kepada semua orang.. just go on.. kalau anda yakin benda itu mendatangkan mudarat.. just stop off.. 

akhir penaipan.. apa yang kita buat kadang-kadang orang tak tahu sebabnya... hanya Allah yang lebih mengerti dan memahami kita.. ye tak??

>>to my freind yang buat keje ni sama-sama dengan aku.. i mintak maaf sebab tak tegur you dari awal.. i tak nak you kecik hati.. tapi akhirnya...

(^_^)v


1 comment:

typewritter....... said...

aku pernah rasa macam ko yan..
ye.. percaya pd diri...
nasihat utk ko n diri ak sendiri jg..
miss u..