Salam sejahtera semua..Salam ramadhan..Macam mana imannya??Lagi-lagi menjelang ramadhan ni..Harap-harap imannya meningkat..Insya-Allah...
Hari ni aku dapat beberapa mesej daripada sahabat-sahabat aku..Semuanya ucap 'selamat menyambut ramadhan'..Rata-rata (tapi bukan semua) sahabat bagi mesej ni:
*Pesanan Jibrail a.s buat Nabi s.a.w, tika hadirnya Ramadhan, "Jangan tinggalkan bermohon maaf dengan 3 golongan :
1. Mohon maaf dari kedua ibu bapa
2. Mohon maaf sesama suami isteri
3. Mohon maaf pada keluarga, guru, sahabat handai dan mereka yang berada di sekeliling kita."
Dikesempatan ini mohon maaf atas segalanya dan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak*
Ok..To all my friends, aku dah maafkan anda semua (anda semua tak ade dosa pon dengan aku)..Aku mohon maaf kat anda semua jugak..Banyak salah silap aku kan..Walaupun aku tau aku ni lemah lembut, sopan santun, baik hati..Senang kata ada klass la (gaya haziq tomtom bak)..eh apa kene mengene ni..ok2..aku mintak maaf ye..dari hujung tudung hingga hujung stokin...
Mesti semua orang dah pasang niat untuk puasa..you all dah niat puasa belum ni..hah..baik benti jap baca dan niat SEKARANG..
"nawaitu souma godhin 'an adaa i fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta'aalaa"
yang bermaksud
"sahaja aku berpuasa esok hari fardu ke atasku pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah taala"
Mak aku kate elok hari pertama ni kite niat puasa sebulan.Aku tak ingat bahasa arabnya tapi niat melayu nya
"sahaja aku berpuasa sebulan dibulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah taala"
Ok..Sebulan ni jangan makan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari ye..Anda semua kan budak baik..Harus tahan lapar dahaga..Kejap je..tak sampai sehari atau lebih tepat tak sampat 24 jam pun..(nada suara ala-ala mak-mak menasihati anak-anaknya)
Jaga mata, telinga, mulut dan seluruh anggota badan kita ye..Lagi-lagi jaga hati..Jangan ikut nafsu nanti binasa..Kan ada pepatah cakap ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa..ye tak??
Sekadar peringatan untuk diri aku sendiri dan anda semua :
*Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros, suka berhibur, membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa..Insya-Allah..
Kita juga hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja, menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan*
Aku nak share satu firman Allah sempena bulan mulia ni..
So..Marilah kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa untuk mendapatkan puasa yang mabrur ye..Harap-harap kita menjadi orang yang bertakwa..Insya-Allah...
Erm..apa aku nak celotehkan lagi ek...Dah la..Aku tak pandai sangat nak terangkan pasal puasa ni..Aku banyak tanye kat mak aku, kawan-kawan aku yang arif-arif dan sesape yang aku rasa nak tanya..Anda semua kalau tak tahu tanya la sesapa yang sepatutnya..Jangan tanya orang yang tak sepatutnye pulak..Ada yang kene pelangkung nanti..Jangan salahkan aku eh..Aku tak nak bertanggungjawab..
Akhir penaipan...
Semoga mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya sempena Ramadhan al-Mubarak ini...

"Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat terdahulu sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang bertakwa"(Surah Al Baqarah ayat 183)
So..Marilah kita berpuasa dengan sebenar-benar puasa untuk mendapatkan puasa yang mabrur ye..Harap-harap kita menjadi orang yang bertakwa..Insya-Allah...
Erm..apa aku nak celotehkan lagi ek...Dah la..Aku tak pandai sangat nak terangkan pasal puasa ni..Aku banyak tanye kat mak aku, kawan-kawan aku yang arif-arif dan sesape yang aku rasa nak tanya..Anda semua kalau tak tahu tanya la sesapa yang sepatutnya..Jangan tanya orang yang tak sepatutnye pulak..Ada yang kene pelangkung nanti..Jangan salahkan aku eh..Aku tak nak bertanggungjawab..
Akhir penaipan...
Semoga mendapat keberkatan dan rahmat dari-Nya sempena Ramadhan al-Mubarak ini...
>>>actually aku tengah discuss pasal geografi dengan sahabat aku ni..sori ina, aku nulis blog jap..ngee~~
(^_^)v

3 comments:
selamat berpuasa..=)
selamat berfestival ibadat ye aziani ^_^
jge iman,jge amal..jge hati ^_^
selamat2..selamat semuanya..
^___^
Post a Comment