Tuesday, September 24, 2013

Jubah Konvokesyen

Tarikh ambik jubah konvo. 16 Sept., tapi aku mintak tolong Rehan ambikkan. Boleh je nak ambik sendiri, tapi aku dah puas duk Penang lama-lama (ke sebenarnya kau taknak duk Penang lama-lama?).

Ingat datang-datang USM je terus nak cari Rehan. Bukan sebab nak jumpa dia, tapi nak jumpa jubah aku dulu. Punya keji aku rasa aku ni. Haha. Tapi jumaat, 20 Sept. aku datang tu dia pegi skola masa LM dia dulu. Punya aku tahan kesabaran nak tengok jubah.

Sampai USM dah tengahari dalam 12 brapa ntah. Memandangkan Rehan takda kat USM, aku teman Eja photoshot dengan geng dia kat tasik. Syok ah dia, datang-datang terus dapat jumpa geng-geng, dapat sarung jubah yang kekonon nak pra-konvo gitu. Aku? Uh, sabo jela.

Dah petang dalam 6 brapa ntah baru jumpa Rehan. Dah la kitaorang pakai baju sama, tudung sama. Rehan memang selalu  nak pakai sama dengan aku. Tau la aku ni sumber inspirasi kau kan Rean. Haha. Jangan mare. Kita kan sehati sejiwa gitu.

Pastu terus pegi kat geng-geng aku. Kekonon nak bergambar bagai dengan jubah. Dah la nak magrib, takut kita tau. Nanti tetiba ada benda lain nak bergambar jugak macam mana.

Tetiba rasa macam Harry Potter pulak bila pakai jubah ni. Dulu masa kakak aku konvo pernah jugak aku torai jubah dia. Orang kata selagi kita tak konvo jangan pakai, tapi aku peduli hapa. Ada seri ke, tak ke. Haaa, dah selesai dah pun sesi Hari Jubah. Meh nak kongsi satu (satu je la).

Dah lama aku mengindam nak bergambo kat sini. Haha.
Insya-Allah, ada masa aku cerita pasal konvo lagi. Ah, peduli hapa korang tak ternanti-nanti. Kbai.

No comments: