Wednesday, September 25, 2013

Detik Konvokesyen

Aku datang USM dua hari sebelum majlis konvo aku. Hari tu hari jumaat, dan malam tu ada raptai. Pastu esoknya hari sabtu amek gambar sikit2 je kat kawasan padang minden dan pintu gate USM. Gambar semalam tu la gambarnya. Aku tak suka gambar sangat. Haha.

Petang tu pegi Seberang Jaya (SJ) sebab malamnya famili aku datang terus tidur kat homestay kat situ. Alhamdulillah, senang je nak cari. Cuma jalannya pelik sikit, tak teratur. Ada ke rumah no. 1 pastu no. 3, dah tu mana no. 2? Lepas sampai hujung jalan baru jumpa no.2 pastu no. 4. Oooo.. dia selang seli gitu rupanya. Pastu guna "Pintas" la, "Persiaran" la, apa ntah lagi. Guna nama-nama ikan lagi.

Ah, tak kisah la tu sebab memang aku suka eksplore jalan. At les aku dah tau sikit2 jalan kat Penang belah situ.

Esoknya, pagi2 lepas subuh terus kemas2 nak pegi konvo. Sempat la beli sarapan dekat2 situ. Pastu bergambar dengan famili dulu sebelum bergerak. Dah pukul 10 baru bertolak dari SJ ke USM. Memandangkan taktau bila lagi nak datang Penang, dan kat Penang je la yang boleh naik feri, maka aku pun ajak la naik feri. Lagipun macam senang je kalau dari SJ ke Pulau naik feri. Ada la jakun sikit famili aku sebab sebelum ni tak penah naik feri. Haha.

Sampai USM ntah pukul brapa ntah. Dalam 11 gitu la kot. Alhamdulillah, terus dapat parking. Parking pun kat skul aku. Pastu tunggu mak masuk toilet (eh, ni pun nak bagitau). Pastu ajak la famili semua jenjalan area2 situ. Konon nak tunjuk tempat selalu aku lalu. Poyo sangat.

Pastu kakak cakap nak beli bunga kat mana. Sebenarnya tak payah pun takpe. Dah la harga mahal, pastu just buat perhiasan. So, aku cakap takpayah la bunga2 bagai.

Pastu dalam pukul 12 gitu aku suruh mak ayah makan nasi dulu. Bukan aku taktau mak ayah aku tu kalau tak makan menggigil satu badan. Dah la nanti nak duk dewan sampai petang. So, makan la dulu kat "sangkar burung". Entah napa kekawan aku panggil "sangkar burung". Aku pun ikut je.

Pastu dalam pukul 1 baru aku siap2 pakai jubah then terus lapor diri. Then pesan siap2 kat famili suruh tunggu kat pejabat pos tu. Sebab aku rasa mesti tak ramai kat situ. Kalau tunggu dekat2 dewan ni mau melilau mata aku cari. Dan alhamdulillah, senang je nak jumpa famili tanpa henset ditangan.

Jenuh jugak nak tunggu turn aku. Macam nak tertido pun ada. Aku duk depan sekali. Nama pun ke-2 dalam kos aku. Tak sempat kakak aku nak snap gambor kat skrin macam aku snap gambor dia kat skrin dulu.

Kakak aku cakap masa nak amek gambar ni budak yang tudung bintik2 tu sebuk je nak skodeng dslr nye. takde la tu. dah tak sempat nak amek. tapi tak kesah pun.

Tak sempat pun tak apa, apa la sangat gambar2 ni. (ayat penyedap hati)
Alhamdulillah, selamat dan lancar upacara konvokesyen aku dan rerakan. Lepas ni pikir nak keje pulak. Tadi baru isi borang online sebab aku kene lapor sah tamat pengajian kat KPM pulak. Konon anak emas KPM. Ni kalau lambat posting boleh tak nak mogok kat KPM? Poyo sangat.

Last, saja nak share gambar famili. Lantak la hodoh ke tak kan.

Alhamdulillah, mak dan ayah masih ada. Teringat pulak kekawan yang dah tiada ayah atau mak atau kedua-duanya sekali. Apa pun kita kene bersyukur. Ada ke tak ada ke, tetap kene tunaikan tanggungjawab terhadap mereka. Tetap kene doakan mereka. Tanpa mereka siapa lah kita.

Teringat konvo kakak aku dulu. Orang-orang ni la jugak yang ada. Ah, adik buat gaya gedik pulak. Nyampah aku. Haha.
Adik laki seibu sebapa keje katanya, aku dah pesan awal2 suruh cuti. Takpe la janji dia bahagia.

Mungkin ada cerita lagi kalau aku rajin. 


No comments: