Tuesday, February 28, 2012

Cuci Mata Bukan Kotorkan Mata!

Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera. Salam kembali mengupdate!

Mata tidak dapat dipejamkan. Selalu masa ini sudah dibuai mimpi2 indah, kadang2 ngeri jugak, kadang2 tidak sedar2 sehinggalah ada yang menggerakkan. Golek kiri, kanan namun kengantukkan tidak kunjung tiba. Laptop yang sudah di 'shut down' dibuka kembali. Tak tahu nak buat apa tiba2 terdetik mahu cuci2 mata di alam maya ini.

Oh, sila bersihkan fikiran anda sekiranya berfikiran aku mahu mencuci mata melihat perkara2 tidak senonoh! Tidak sama sekali, mahupun dua kali, apatah lagi berkali-kali! Tahukah anda perkataan 'cuci' itu adalah membersihkan. Bersih! Bukan mengotorkan mata dengan perkara yang sah2 tidak diredhai.

Sebagai wanita muslimah, aku diperintahkan untuk menjaga pandangan. Anda cari al-Quran maksud surah an-Nur ayat 31. Aku tak pandai nak terangkan, tapi ayat tersebut menjadi pegangan aku, insya-Allah! Jagalah pandangan kamu. Bagi laki-laki juga perlu menjaga pandangan. Tak silap dalam surah an-Nur jugak ada ayat tersebut. (rasanya pembaca blog aku semua wanita kot)

Cuci mata bagi aku bukan sekadar melihat-lihat sesuatu yang tidak baik. Contohnya, melihat jejaka segak, melihat susuk tubuh yang mengiurkan, melihat aurat yang tidak sepatutnya, melihat gambar2 prono, melihat... melihat... errr.. ah, takda idea nak lihat apa lagi. Yang pasti melihat sesuatu yang mengotorkan pandangan mata dan hati sekaligus fikiran. Cuci mata adalah membersihkan mata daripada melihat perkara2 sepatutnya.

Kadang2 aku pernah mengotorkan mata secara sengaja mahupun tidak sengaja. Dan terpedaya juga dengan hasutan syaitan yang terkutuk, celaka dan 'damn'. Tapi aku cuba, cuba dan cuba menjaga apa yang patut selagi terdaya. Dan sokongan moral anda juga aku perlukan supaya pandangan aku terjaga.

Aku tak ingat aku baca kat mana, tapi dia cakap kalau lelaki mengatakan seorang perempuan itu cantik molek jelita menawan comel lote dan sebagainya, sah2 lelaki itu tidak menjaga pandangan mereka. Alangkah sukarnya menjaga pandangan dengan cabaran dan dugaan yang sekarang ini semakin menyesakkan pemandangan. Wanita yang bertudung litup labuh juga seringkali menjadi perhatian lelaki yang mata keranjang.

Ah, aku tidak suka menyatakan tentang lelaki yang hanya melihat wanita2 yang cantik molek jelita menawan comel lote dan sebagainya. Mereka sememangnya hanya memilih kecantikan luaran. Ya, tidak semua. Titik.

Aku tak tahu perlu apa lagi! Sesak fikiran aku nak memikirkan perkataan yang sesuai. Seringkali aku memarahi diri ini kerana tidak menjaga pandangan sambil mencucuk mata dengan garfu seperti Kasim Selamat. Oh, cucuk mata itu auta saja bagi menyedapkan rasa ayat!

Sudah! Sampai disini saja aku mengarut. Entah kenapa idea cuci mata ini menghantui fikiran tika ini. Lain kali kalau anda mahu cuci mata, ajak aku sekali. Aku mahu cuci mata aku yang rabun ini. Mana tahu rabun aku boleh kurang.

Sekian. Harap maaf kerana entri yang tidak membina ini.

Bittaufiq wannajah wassalamualaikum...
v(^_^)v


4 comments:

Nur Nadia Mohd Noh said...

ahhaaaa...... betol lah tu yantoooo

Unknown said...

betul kan. ahhaa~~
v(^_^)v

ukhti,mardhiah said...

:)
nice entry yan

Unknown said...

Syukran jazilan ukhti mardhiah!
v(^_^)v