Thursday, May 19, 2011

Ironi Kursus Persediaan Peserta Mahasiswa Bersama Masyarakat

Assalamualaikum wbt.

Secebis kenangan yang tak akan aku lupakan ketika pergi ke program Mahasiswa Bersama Masyarakat (MBM). Sebelum tu, ada Kursus Persediaan Peserta (KPP) anjuran Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM).  KPP bermula 6 - 8 Mei di sebuah madrasah di Penang dan MBM bermula 8 - 14 Mei di Kampung Guar Lobak di Kedah.

6 Mei 2011

5.00pm (lebih kurang)
Saat menunggu saat yang sangat memeritkan. Aku disini menunggu dengan hati yang tak tenteram. Jiwa kacau, berkelodak, tak tentu hala. Hanya Allah yang tahu saat ketika ini bagaimana rasanya. Dengan keadaan apa yang dirancang tiba-tiba tidak menjadi. Namun, agamaku mengajarku untuk bersangka baik agar semuanya baik-baik saja, InsyaAllah. Tiada upaya dan daya kecuali dengan kekuatan dari-Nya. Ya, itu aku pegang untuk menguatkan semangatku yang tika ini sangat amat lemah. Aku perlu tunggu dan tunggu. Apa yang akan terjadi malam ini? dan hari-hari berikutnya? Aku harus berdoa pada-Nya agar hari-hari mendatang lebih baik dari hari ini. Amin ya rabb.

6.30pm (lebih kot, hampir pukul 7.00pm)
Alhamdulillah, yang ditunggu sudah datang. Syukur sangat. Namun, dihati masih berasa bimbang kerna aku berasa asing dengan persekitaran yang tidak aku ketahui. Tapi, aku perlu biasakan diri berseorangan. Tidak. Aku tidak berseorangan. Bukankah Allah sentiasa bersamaku. Keadaan jalanraya yang sesak seperti sesaknya jiwaku. Bersabar. Itu yang mampu aku lakukan. Oh, dalam kekalutan jiwa tika ini, sempat lagi menjamah durian di dalam kereta ini. Syukur ya Allah atas segala rahmatmu. Aku berasa sedikit terhibur. Tambahan dengan kenalan yang baru ini. Walaupun baru kenal. Mereka sangat baik. Sangat.

7.45pm
Syukur kehadrat Ilahi, sesampainya di tapak program KPP di madrasah apa ntah (lupa) aku jumpa dengan insan-insan yang aku kenali. Sangat kenal. Syukur tidak terhingga. Bersyukur jugak sebab takda orang laki. Rasa bebas untuk melakukan sesuatu. Eh, laki ade sorang. Tapi tetap berasa senang dengan keadaan ini. Alhamdulillah. Usai solat magrib dan isyak, sesi ice-breaking. Kemudian, pengenalan MBM dimana penceramah memberitahu aku bahawa program MBM ini bukan sekadar pergi ke kampung tetapi turun dan lihat dengan mata kepala dan mata hati kepada masyarakat di kampung tersebut malah kita menjadi sebahagian daripada masyarakat. Itu apa yang aku paham.

Sebelum tidur, kami perlu membaca al-Mulk. Bila lihat tentatif program aku tersentuh dengan pengisian program ini yang mengamalkan sunah-sunah yang disarankan. Aku perlu mengamalkannya bukan saja ketika program ini malah diluar program ini juga. InsyaAllah. Aku berharap hari-hari berikutnya lebih baik dari hari ini.


7 Mei 2011

Pagi (subuh - zohor)
Tak tahu nak ungkapkan apa untuk hari ini. Aku disajikan dengan pengisian yang sangat-sangat bermanfaat untuk diri ini. Yang pasti banyak ilmu yang aku dapat dari kuliah subuh, slot 'hamba dan khalifah' dan slot 'realiti masyarakat hari ini'. Terasa diri ini masih belum cukup ilmu. Terlalu sedikit ilmu didada. Aku tidak salah menyertai program ini. Alhamdulillah.

Kuliah subuh memberitahu aku tentang niat.

"Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khatthab radhiallahu 'anhu, beliau berkata: Sesungguhnya seluruh amalan itu bergantung pada niatnya dan setiap orang akan mendapatkan ganjaran sesuai dengan apa yang diniatkannya. Barang siapa yang berhijrah kerana Allah dan rasul-Nya, maka hijrahnya menuju keredhaan Allah dan rasul-Nya. Barang siapa yang berhijrah kerana mencari dunia atau kerana ingin menikahi seorang wanita, maka hijrahnya tersebut kepada apa yang dia tuju." (hadis riwayat Bukhari)

Ya. Apa-apa perkara kalau tidak niat maka sia-sia saja. Itu aku belajar dari kuliah subuh pagi ini. Apa-apa perkara yang diniatkan kerna Allah, InsyaAllah menjadi ibadah dan mendapat pahala. Maka, marilah kita berniat dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Slot 'hamba dan khalifah' pula aku dapat mengetahui apa tujuan aku hidup di muka bumi ini.

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. : (Al-Baqarah: 30)

dan ada lagi satu firman Allah yang penceramah bagi tentang hamba tapi aku terlupa.

Banyak lagi sebenarnya ilmu yang aku dapat. Mungkin lain kali aku boleh buat entri pasal apa yang aku dapat masa slot ini. InsyaAllah.

Slot 'Realiti Masyarakat Hari ini' pun banyak membuka mata hati aku untuk memikirkan tentang apa yang dipercayai sebagai tujuan hidup. Memahami kehendak masyarakat yang sememangnya ada yang bersikap positif dan negatif. Baru aku sedar bahawa mata kepala aku yang pada zahirnya terbuka tapi batinnya tertutup. Aku tidak lihat secara menyeluruh.

Petang (zohor - asar)
Petang ni slot yang baru bagi aku dan rasanya slot ini lah yang utama dalam KPP. Lupa nama slot ni. New minoring ke apa ntah. Pas tu Pemetaan Komuniti. Ekceli masa orang yang cakap kat depan tu bagitahu semua pasal slot-slot tu, aku tak brape paham.Tapi boleh la sikit-sikit. Dari kedua-dua slot ni aku belajar jangan ambil mudah setiap perkara yang keluar dari masyarakat. Isu masyarakat sekeliling yang perlu kita ambil tahu.

Lepas asar, kami turun kat kampung Permatang Pauh yang dekat dengan madrasah ni untuk aplikasi apa yang kami dapat masa slot tadi. Haa.. masa pegi kampung ni baru aku paham apa yang orang tu cakap. Kat kampung tu aku bual-bual dengan budak kecik, mak budak tu dan sorang tok. Malam ni, dalam tentatif kene bentang apa yang dapat bila pegi kampung tu. Tu yang aku kene ingat apa yang aku bual-bual dengan orang kampung tu.

Malam
Sesi pembentang lancar. Banyak aku belajar. Aku rasa KPP ni bukan setakat persediaan aku untuk turun kampung kat Kedah tu nanti, tapi lebih kepada persediaan aku untuk intership bulan 6 ni. Sambil menyelam minum air. Hee~~ Hari kedua ni aku rasa jiwa dah tenang sikit. Alhamdulillah. Harap esok lagi baik dari hari ni. InsyaAllah.

8 Mei 2011

Pagi
Pagi sampai tengahari ni lebih kurang macam semalam. Banyak kepada persediaan untuk ke kampung nanti. Yang penting apa yang aku dapat sepanjang pagi sampai tengahari ni, niat. Niat ke kampung tu. Kampung Guar Lobak. Harap sangat-sangat diredhai Allah. InsyaAllah.

Petang
Bertolak ke kampung tersebut.


Akhir penaipan, bersambung di entri akan datang.

v(^_^)v

No comments: