Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera semua.
Rentetan dari program yang aku pegi hari tu sangat banyak. Tak tahu nak mula yang mana. Banyak perkara aku dapat. Alhamdulillah.
Bila aku ada kat program tu, ada satu perasaan yang orang lain tak rasa. Mestilah tak rasa kan, sebab perasaan setiap orang tak sama. Kalau sama pun, rasa tu tetap lain. Ekceli, bila aku dapat tahu kawan aku yang ajak pegi program ni tak dapat pegi last minute, aku rasa tak nak pegi jugak. Tapi bila pikir2 balik, baik aku pegi. Yela, benda baik kene lah teruskan. So, dengan SANGAT berat hati sebenarnya aku pegi program ni. Tapi, dalam hati ni aku berharap sangat Allah ikhlaskan diri aku pegi program ni. Dan Alhamdulillah, bila sampai je kat program tu aku dah rasa keikhlasan dari peserta2 lain dan dari situ jugak aku berusaha ikhlaskan hati aku ni sampilah keikhlasan tu datang dengan sendirinya. hee~~ Aku redha je apa akan terjadi kat program tu yang pada awalnya aku ingat bila kawan aku tak pegi tinggal aku sorang2 tapi rupa2nya ada ramai lagi kawan aku yang menanti kat sana. Syukur Alhamdulillah.
Program ni mengajar aku erti sebuah ukhuwah. Lagu tema nya pun pasal ukhuwah. Lagu kumpulan UNIC 'sebuah pertemuan'. Dengan lagu tema yang sangat menyentuh hati sanubari aku ni lagilah aku kenal apa itu ukhuwah. Selama 9 hari tu jugak hubungan kami sangat rapat walaupun ada yang 1st time kenal. Dan yang tak aku sangka ada junior BSMMUSM aku ni (walaupun junior tapi aku panggil dia kakak sebab umur aku lagi muda, hee) rupa2nya satu daerah dengan aku. Selama ni sembang2 tapi tak tahu orang mana. Ekceli ramai jugak junior BSMMUSM yang pegi program ni, so lagi rapat lah hubungan kami. Ada sorang ni pun sebenarnya aku kenal dari program BTN tapi masa program tu kami tak bertegur sapa pun sebab dia grup lain. Lagipun time program tu ramai yang pegi, jadi tak sempat nak beramah mesra dengan semua peserta program tu. Dan time program ni kami jadi rapat. Mungkin sebab sebelum ni penah jumpa tapi tak diberi ruang dan peluang nak beramah mesra. Dan ramai lagi sebenarnya yang sebelum ni kenal gitu2 je, tapi program ni yang mengeratkan ukhuwah kami semua.
Aku rasa bila aku ada kat program ni, tetiba aku terpikir 'apa sumbangan aku untuk masyarakat, orang sekeliling aku, kawan2 dan keluarga'. Baru aku sedar, aku sebagai mahasiswa terutama bakal pendidik perlu bagi sesuatu untuk orang lain bukan untuk diri sendiri semata-mata. Bukan untuk menyenangkan aku dapatkan pekerjaan dengan hanya bergelar mahasiswa. Bukan untuk mengisi borang UPU dulu semata-mata. Tapi untuk memperlengkapkan diri supaya kita dapat menyumbangkan sesuatu kat masyarakat. Menyumbangkan sesuatu yang bermanfaat. ILMU sangat penting, bukan untuk diri sendiri semata-mata tapi untuk dikongsi sama-sama. Jadi, aku perlu menambahkan ilmu aku untuk dikongsikan dan disumbangkan kat orang lain. insya-Allah.
Sekarang baru aku rasa lebih cakna dan peka dengan isu-isu yang orang sekeliling bangkitkan. Maksud aku, isu yang selalu orang sekeliling aku cakap2kan. Ermm.. Macam mana nak cakap ek. Contohnya, bila kita pegi kat satu kelompok ni kan, kita sembang2 dengan mereka, apa benda yang selalu mereka cakap. Macam sekarang ni isu pasal tanah runtuh kat Hulu Langat. Ekceli pasal kecaknaan dan kepekaan isu-isu ni sepatutnya dah lama kita kene titik beratkan. Tapi aku ni ntah la. hee~~ So, sekarang aku kene ambil berat pasal isu-isu semasa, insya-Allah.
Tak lupa jugak pasal pamili angkat aku. Alhamdulillah mak angkat aku ok. Aku tak tahu nak explain macamana. Yang pasti aku sangat kagum dengan mak. Mungkin kene buat entri khas untuk mak angkat aku ni. Satu yang special pasal beliau adalah mak boleh ubat orang yang sakit. Bukan sakit2 biasa tu, tapi sakit2 yang pelik tapi benar. Bukan sebarangan bomoh, bomoh ni tak guna ilmu yang salah. Maksud aku bukan ilmu yang salah dalam undang2 apatah lagi agama. Mak banyak guna ayat2 al-Quran. Selama 7 hari kat rumah mak ada je orang datang berubat. Ok, banyak lagi sebenarnya pasal mak dan banyak benda baru aku blaja dari mak.
Masyarakat kat kampung ni semua baik2. Peramah, baik hati, murah hati. Budaya kat sini tak sama kat kampung halaman aku. Bentuk fizikal apatah lagi. Tapi bak kata pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri kan. Apa2 pun aku rasa sangat bersyukur sebab diberi ruang dan peluang menyelusuri perjalanan ini. Maksud aku berpeluang belajar cara dan budaya kat kampung lain. Ni kira persediaan aku jugak untuk mengajar nanti. Tak lah kekok. hee~~
Apa yang aku dapat kat program ni dah tentu aku tak boleh nak dapat masa kuliah. Hanya dengan pegi program2 macam ni je. Pengalaman ni jugak nanti boleh aku jadikan model untuk bercerita kat anak murid aku nanti. Tak lah mengharapkan silibus 100%. Kadang2 pengalaman yang kita dapat ni boleh jadikan pengajaran untuk anak-anak kita nanti kan.
Akhir penaipan, banyak perkara nak kongsi dengan anda semua. Tapi, tak tahu nak cakap macam mana. Harap apa yang aku sampaikan ni anda semua paham. heee~~
>>>>ada masa, ruang dan peluang aku nak pegi kampung ni lagi. Pasti insya-Allah.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment