Sunday, July 25, 2010

Syabaan..persediaan Ramadhan..

Teringat detik-detik indah tika aku kat hostel...berlegar-legar lagu 'sandaran pada kenangan' nyanyian Jamal Abdilah dengan...erm..dengan..sapa ntah aku tak ingat..lebih kurang camni bunyiknya..'kenangan manis kau dan aku takkan terhapus..'...ok sampai situ je..lirik seterusnya tidak sesuai..

Selalunya sebelum bulan Ramadhan ni ramai la budak pelajar asrama aku yang akan puasa..tak kira la puasa ganti/qada ke..sunat ke..nazar ke..yang aku pasti bulan-bulan menjelang Ramadhan ni ramai yang puasa..so..time makan petang tu tak ramai la yang turun dewan makan untuk makan berjemaah (bukan solat je makan pon ada jemaah juga..)..hostel aku kene makan berjemaah time peteng-petang..rasanya semua hostel gitu kot..

Aku???erm...dulu time tak cukup matang, aku pun ikut-ikut kawan-kawan je..aku pun selalu jugak puasa..sekarang ni je yang jarang puasa..sronok puasa ni..lagi-lagi time nak buka puasa dengan kawan-kawan..mak aku selalu cakap time buka adalah saat yang paling bahagia bagi mereka yang berpuasa..(ok ada satu crite, aku suka mintak makanan kat kawan-kawan aku yang selalu tak suka makan itu ini..so, banyaklah makanan aku dan selalunya aku akan habiskan semua dan licin tray aku..hehe )..tu crita dulu..

Sekarang??erm...sekarang aku rindu zaman dulu-dulu...zaman aku beratur amik makanan kat dewan makan..kalau baris panjang sangat then ada kawan aku yang beratur baris depan..mula la kenyit-kenyit mata mintak beratur dekat kawan aku tu...senang kata potong line la..dan ada la mata-mata yang memandang tajam..huhu...aku peduli apa..senior yang ajar aku..haha (ketawa jahat)

ok tinggalkan crite dulu-dulu tu..aku nak bebel cakap pasal persediaan Ramadhan ni..macam mana anda semua??sudah bersediakah menghadapi Ramadhan yang sudah semestinya kita wajib berpuasa menahan lapar dan dahaga..serta menahan segala macam perkara yang sepatutnya..perkara yang sepatutnya??ya..kita sudah pun pelajari perkara-perkara tersebut tika di sekolah dulu..untuk mengetahi lebih lanjut sila buka buku teks Pendidikan Islam tingktan..erm tingkatan..aku lupa..yang pasti sudah diajar oleh ustaz mahupun ustazah...

Aku teringat satu firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 197 yang bermaksud

"dan berbekallah kamu. sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah takwa"

Ustaz Kamarudin (ustaz kat sekolah aku dulu) cakap, puasa sunat bulan Rejab dan Syabaan ni banyak fadilatnya...salah satu adalah persediaan kita menjelang Ramadhan..katanya kita boleh bersedia berpuasa dengan mabrur..eh mabrur untuk haji..kita boleh berpuasa dengan sebenar-benar puasa katanya...ya memang kita tidak boleh makan minum semasa puasa..juga bukan bermakna kita tidak bertenaga untuk melakukan amalan-amalan yang disuruh-Nya..itulah pentingnya persediaan di bulan Syabaan ini...

Ada satu blog aku baca dia cakap taip, 

'Manusia yang memasuki pertandingan maraton 20KM, kalau tak buat latihan, di tengah perlumbaan dia akan semput. Bergitu juga manusia yang berhajat hendak menggapai banyak 'hadiah dan anugerah' di dalam Ramadhan. Kalau tak buat persiapan, memang tak akan dapat punya.' (http://ms.langitilahi.com/motivasi-ramadhan-yang-menghampir-jangan-kita-yang-meminggir/)

kalau aku tak silap (kalu silap harap tegur di ruangan komen), bulan Rejab ni bulan Allah, bulan Syaaban bulan Nabi dan ramadhan bulan umat Islam...

dan lagi aku teringat ada satu buku ni aku terjumpe kat rak buku-buku kat rumah atuk aku..buku mak aku rasanya..eh bukan rasanya..memang buku tu kepunyaan mak aku sebab ada tertera nama mak aku,ROHANI BINTI A. RAHMAN...apa ek tajuknya, kalau tak silap tajuknya 'Rejab, Syabaan dan Ramadhan"..warne merah bukunya..aku baca gitu-gitu je (yela aku ni jenis malas baca cikit..huhu)..aku terasa nak belek-belek balik la buku tu..lepas ni balik rumah aku nak cari la buku ni..

tu la..orang tua-tua selalu cakap 'menyesal dulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna'...ya memang betul orang tua-tua cakap..sekarang aku menyesal kerana tidak membaca buku tersebut dengan telitinya..dan dah lupa banyak benda..

sebagai peringatan kepada aku dan para pembaca, sudahkah kita bersedia menempuh bulan yang penuh keberkatan dan rahmat, Ramadhan...sudahkah kita melangsaikan segala hutang piutang puasa kita pada Ramadhan yang lepas..??jika tidak bersegeralah...bersegeralah melakukannya..yeah!!(tetiba bersemangat plak)

>>>alamak aku ada presentation coming soon..kene prepare..sekian untuk entry kali ni...
WALLAHULAM<<

(^_^)v




No comments: