Thursday, July 29, 2010

Rahsia Solat di Awal Waktu

actually aku tengah bersiap siaga/prepare untuk tugasan-tugasan yang wajib aku buat..tapi sakarang  agaknya tengah tepu otak aku plus tengah gian nak update blog..(haih..sejak bila aku gian dengan blog aku ni..salahkan akak aku la..kak aji jangan marah na..ngee~..peace..)

ok..introduction tiada kaitan dengan tajuk..sekadar mengingatkan diri aku supaya aku ghajin sikit nak buat segala tugasan aku samada tugasan dengan makhluk di bumi Allah ni juga tugasan aku kepada Khalik..

kamu-kamu semua selalu tak solat awal waktu??aku??ermm...aku kadang-kadang awal..selalu tengah-tengah waktu..dan jarang-jarang..eh jarang-jarang ke??kadang-kadang lewat jugak..kalau boleh nak solat awal waktu selalu Insya-Allah...marilah kita solat diawal waktu ya..kagum dengan akak aku, dia selalu solat awal..jeles..ngee~~..(kak, balik blanja makan ais krim yang mahal eh..)

semalam aku makan berjemaah dengan kawan-kawan aku kat bilik..then dah lepas makan tu aku terjumpa satu artikel..tajuknya 'RAHSIA SOLAT DI AWAL WAKTU'..macam ada daya graviti, aku pun baca artiket tersebut..ada la dalam lebih seratus lima kali aku baca bagi nak menghayati artikel tersebut..yela..menarik informasi yang disampaikan..you all nak tahu tak??

meh aku share..tapi aku tak pandai nak share lebih-lebih..you all baca je la eh..kalau tak paham..tanya ustaz mahupun ustazah you all yang lebih ilmunya dari aku yang hanya setahun jagung..(agaknya belum sampai setahun lagi..sebulan mungkin..(-_-) )

sebelum tu, aku bagi tahu serba sedikit pasal warna-warna yang ada dalam artikel tersebut..huh!baru aku tahu dalam waktu-waktu solat ni ada warna-warna tertentu..ok aku tak mau bebel cakap meleret-leret dan panjang-panjang..aku tahu you all tak suka kan??kan??

straigt to the point, anda tahu warna pelangi...yang tak tahu pelangi tu..you all know rainbow..yes...aku dah dengar jawapan anda..aku tahu anda semua tahu..so apa warna-warna nya??ok jawap sendiri bagi you all berfikir ya..

ni ringkasan sikit pasal artikel tersebut:

SUBUH>>BIRU MUDA
ISYRAQ & DHUHA>>HIJAU
ZOHOR>>KUNING
ASAR>>OREN/JINGGA
MAGHRIB>>MERAH
ISYAK>>INDIGO
LEPAS ISYAK>>GELAP
LEPAS TENGAH MALAM>>PUTIH, MERAH JAMBU DAN UNGU

Berikut pula adalah artikel tersebut:

"Pada waktu subuh, alam berada dalam spektrum warna biru muda yang  bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan berkomunikasi. Bermulanya saja azan subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat subuhnya sebenarnya sudah mendapat tenaga yang TIDAK optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu asar ini jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu ini amat diperlukan oleh organ-organ reproduksi kita.

Menjelang waktu maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamulail."

ok tak you all??dah tahu kan sekarang..faham tak ni apa yang sebenarnya ni??faham??aku dah bold kan mana-mana yang menari menarik bagi aku..Subhana-Allah sesungguhnya banyak rahsia kejadian alam yang aku tak ketahui lagi..nak jadi saintis tak layak pulak..haih..tapi sekolah rendah dulu cita-cita aku nak jadi saintis..dan sekarang aku dah pun jadi 'saintis' tak bertauliyah dengan hasil kajian aku sendiri..haha..apa aku merepek ni..you all paham tak??paham??

dah-dah..aku nak sambung kije..akhir penaipan, semoga kita semua dapat menunaikan kewajiban kita di awal waktu...Insya-Allah...

>>>ada orang lelaki kat blok aku sekarang ni..kat luar bilik aku saja..jangan salah sangka, mereka nak pasang tempat letak kasut..yea..kasut,selipor jamban dan sandle aku akan disusun dengan kemas oleh roomate aku..tiada lagi masalah kaviti..eh apa pulak kaviti..tiada lagi masalah mata dengan kasut-kasut yang berselerak...

(^_^)v


No comments: