Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku timba air di telaga, eh tak, timba sedikit pengalaman bekerje. Sebelum ni pun aku pernah bekerja. Macam-macam keje.
Kali ni aku keje kat sebuat pusat perkembangan kanak-kanak, atau lebih mesra dipanggil kindergarden. Sori aku tak nak bagitau nama agensi dan di mana aku keje atas hal-hal yang terlalu peribadi. Lagipun aku baru je keje kat sini 1hb oktober.
Dan aku sangat berterima kasih kat kawan aku yang tolong rekemenkan aku keje kat sini. Lepas je aku keje situ banyak pulak aku nampak keje kosong. Tapi aku rasa aku keje je la kat sini. Kat sini pun tak la teruk sangat. Masih boleh bertahan lagi, insya-Allah.
Keje aku mudah saja, pagi tugas aku lebih kepada pembantu. Sediakan makanan untuk budak-budak. Lepas budak dah rehat, kene kemas-kemas pulak Masa pagi ni macam boring sikit sebab aku kene buat sensorang, tapi tak kesahla sebab pagi ni kejenye senang.
Pukul 12 sampai pukul 4 petang ada kelas. Kelas aku semua budak 4 tahun. Masa ni boleh sakit jiwa jugak nak layan budak-budak. Dah nama pun budak, so kene tahan dan sabar je la bebanyak. Oh ya, masa ni jugak la nak praktis jadi mak-mak. Haha.
Petang isnin, rabu, dan jumaat ada kelas ngaji. Kelas ngaji ni aku dengan kawan aku je jadi "ustazah". Ah, ustazah la sangat. Baru-baru ni semua nak ngaji dengan aku, esok-esok kita tengok dorang nak ke tak nak. Sekali aku pegang rotan baru tau.
Bos aku cakap nanti dah cuti sekolah aku kene "day-care" gilir-gilir dengan yang day-care sekarang. Yang tu tak sure. Bila aku tengok kawan-kawan yang kene day-care macam penat je. Agaknya budak ramai. Wallahualam.
Setakad ni Alhamdulillah. Memandangkan persekitaran dengan budak-budak, jadi aku pun jadi budak-budak. Tapi aku sedar, ni semua amanah yang akan disoalkan kelak. Jadi, aku perlu pikulnya dengan sepenuh hati.
Aku berharap Allah permudahkan segalanya terutama bila aku mendidik anak-anak yang masih kecil ni. Dan aku berharap Allah redha dengan kerja yang aku buat ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment