Assalamualaikum w.b.t.
Sejak dua menjak ni, aku tertanya-tanya. Kenapa orang yang aku sayang dan aku rasa orang tu pun sayang kat aku jauh dari aku?
Sejak usia aku 5 tahun lagi sampai sekarang.
Masa sekolah rendah aku ada sahabat yang baik sangat dengan aku. Pergi mana-mana mesti dia ajak aku. Aku pun masa tu ikut je dia pegi mana. Sampaikan dia ajak pegi rumah dia pun aku ikut.
Pernah satu waktu tu, satu hari aku kat rumah dia sampaikan atuk aku cari aku suruh balik. Lagi-lagi masa tu hujan. Ye la mana tak risau keluarga kita bila satu hari tak balik-balik. Aku pun masa tu tau nak enjoy je. Jahil lagi masa tu.
Then aku terpaksa jauh dengan dia sebab aku dapat sekolah menengah lain dengan dia. Masa sekolah menengah sebenarnya dia yang selalu contact aku. Pernah dia cakap kat aku "yan, sebenarnya aku kagum dengan kau. Kalau boleh aku nak jadi macam kau".
Bila dia cakap macam tu tetiba hati jadi sebak. Aku taktau kenapa sebab kalau dia tipu atau nak jaga hati aku, kenapa aku nak tacing macing pulak. Aku pun satu, takpenah nak anggap serius. Aku ingat masa tu aku dengan dia kawan biasa. Dia yang selalu anggap aku kawan baik dia. Nampak la kat situ dia memang sungguh2 nak kawan dengan aku. Aku je yang tak tau hargai.
Sebab tu aku rasa aku makin renggang dengan dia masa sekolah menengah. Aku jarang balik rumah sebab duk asrama. Dia pun mestilah ada kawan lain. Jadi makin lama, makin jauh.
Jujurnya, aku rindu masa tu. Tapi silap aku juga. Tak tau hargai sahabat baik yang ada masa tu.
Masa sekolah menengah pulak, aku duk asrama. Aku masih tak tau hargai seorang sahabat. Tak tau jaga hati orang. Aku ramai kawan, ada juga yang sangat dan sangat-sangat baik dengan aku. Tapi aku pun satu, tak paham lagi erti sebuah persahabatan. Aku banyak tinggalkan dia. Buat kerja aku sendiri. Sampaikan masa dah habes sekolah tingkatan 5 baru aku betul-betul rapat dengan diorang. Memang silap aku sebab tak hargai masa diorang dekat dengan aku.
Masa tingkatan 6 barulah aku faham erti sebuah persahabatan tu sikit-sikit. Aku ada beberapa orang yang betul-betul baik dengan aku. Semua masalah dia aku tau. Aku selalu ajak datang rumah aku dan kebetulan masa tu rumah aku dengan sekolah dekat. Jalan kaki je dari sekolah.
Tapi sekarang seorang sahabat baik aku tu dah meninggal dunia. Memang aku dengan dia sangat baik, semua rahsia aku dia tau. Bila dengan dia memang aku jadi kuat. Aku jadi nak beramal banyak-banyak. Dia banyak ingatkan aku tentang kematian. Masa dia studi kat Unimas selalu aku YM dengan dia. Sampailah dia sakit, koma dan akhirnya dia pergi selama-lamanya tinggalkan aku.
Aku tak salahkan sesiapa bila orang yang betul-betul anggap kita sahabat pergi macam tu je. Memang salah aku, aku tak tau hargai orang. Aku suka buat kerja sendiri. Pentingkan diri. Bila diorang jauh baru aku cari.
Sekarang aku taknak ada sahabat baik. Bukan apa, aku takut aku kejauhan lagi. Aku anggap saja kawan yang aku ada sebagai peneman aku. Biar diorang sahabat dengan orang lain yang pandai hargai seorang sahabat.
Aku bagitau kat kalian, jangan jadikan aku sahabat baik kalian. Serius, aku tak tau nak hargai. Tapi kalau nak kongsi masalah silakan. InsyaAllah aku boleh jadi pendengar setia. InsyaAllah masalah kalian aku tak cerita kat sesiapa.
Aku taip entri ni bukan apa, tetiba bila ada orang yang ceritakan masalah kat aku, aku jadi teringat masa dulu. Saat aku pun tengah buntu pikirkan masalah aku, Allah uji aku dengan kongsian masalah orang lain. Bila ada yang kongsi masalah kat aku, aku berharap dan berdoa agar masalah dia selesai. Dan semoga dia bahagia dengan apa yang dia putuskan. Moga-moga dia tabah dengan apa yang menimpa dia.
Mungkin kalian takpaham apa yang aku nak sampaikan. Sebab aku hanya sampaikan cebisan saja. Aku tak rasa aku perlu luahkan kat sini sepenuhnya. Apa yang penting hargailah sahabat yang ada dengan kita sekarang. Pasti nanti kalian akan dirindui bila berjauh.
Sekarang mungkin aku dah dapat jawapannya, mungkin takdir Ilahi menjauhkan jarak aku dengan sahabat aku untuk aku lebih menghargai sahabat yang ada kini. Berkawanlah kerana Allah semata-mata.
Semoga Allah permudahkan segala urusan kita.
v(^_^)v

2 comments:
yan, sedihnya bila sahabat baik kite pergi selamanya =( tp smua tu ade hikmah kan
yg aku pulak lain kes yan, aku taknak sahabat sbb aku tak pecayakan org,,jd aku jdkan mak n along aku sahabat aku,hahaha lagi selamat
Sedih sangat sebab banyak benda kita share sama2. Ya, ada hikmahnya. ^^
Post a Comment