Normal seorang student, banyak kekerjaan perlu diselesaikan. Tamat bergelar student, mungkin kekerjaan yang banyak itu selesai. Namun, alam pekerjaan juga akan menanti dengan pelbagai kekerjaan jugak. Argh...Wallahualam.
Dalam kesibukkan melakukan kekerjaan itu, aku teringat kuliah beberapa minggu yang lalu. Tentang 'pemilihan pasangan'. Bab ni terselit dalam tajuk kuliah berkenaan 'Fasa Sebelum Perkahwinan'.
Amboi, bila cakap bab kahwin ramai yang suka.
Baiklah, straight to the point jelah.
Kita selalu dengar hadith ini:
"Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) WANITA YANG KUAT BERAGAMA, nescaya sejahtera hidupmu" (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasullullah S.A.W yang bermaksud:
"Jika seorang lelaki datang untuk meminang anak perempuan kamu dan kamu REDHA (BERPUAS HATI) TENTANG AGAMA DAN AKHLAKNYA, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakkan yang besar" (Riwayat Tarmidzi dan Ahmad)
Nah, nampak tak point dia?
Dalam umur2 aku ini, soal pemilihan pasangan sedikit sebanyak mengganggu benak minda. Jangan tipu aku, kalian yang seangkatan umur dengan aku pun terpikir jugak kan? Jadi, aku rasa dua hadith kat atas tu boleh dijadikan panduan untuk kita.
Mungkin susah mencari yang berakhlak dan beragama. Kita pun entah macamana akhlak dan agama kita. Namun, kita boleh berusaha jadikan diri kita seorang yang berakhlak dan beragama. Moga-moga dengan itu kita redha dengan apa yang Allah takdirkan untuk kita. InsyaAllah.
Bagi aku insan yang hina ini, pemilihan pasangan hidup itu aku serahkan pada wali aku saja. Bukan tidak mahu berusaha. Cuma, aku tidak mahu menggatal sekarang. Mungkin kadang kala termenggatal jugak. Haha (oh, tidak lawak pun).
Sebaiknya aku jaga diri aku dulu. Biarkan orang sekeliling sibuk mencari pasangan mereka. Aku kasik lepas kakak aku dan sepupu2 aku yang lebih tua dulu (walaupun ada sepupu sebaya aku sudah kawin). Umur aku pun baru setahun jagung. Rasa budak2 lagi. Tidak bersedia.
Nanti sampai masa aku sudah gatal mahu berkahwin, baru ciri2 dalam hadith diatas itu aku cari. Haha.
v(^_^)v
p/s: tension orang asyik tanya "takda pakwe ke?". oh, tension. nyanyi lagu wali band cari jodoh lah... lalalala...

No comments:
Post a Comment