Assalamualaikum wbt. Selamat sejahtera kepada semua pembaca blog aku.
Semalam hari sabtu 1 Oktober, aku dan kawan2 aku pegi ke Kompleks Bukit Jambul. Tujuan utama adalah nak beri hadiah untuk hari interaksi 10hb nanti.
Aku pulak memang sedang meng'survey'2 harga hansphone kat situ. Sebab banyak kedai alat komunikasi kat sini. Sampai tak tau nak pegi kedai mana.
Sedang mengsurvey dalam 3-4 buah kedai, aku masih tidak mahu membuat keputusan untuk membeli. Tapi hati ini asyik memberontak mahu membeli.
Kawan2 aku semua puas menghasut aku membeli handset, tapi ego aku untuk tidak membeli masih tinggi. (actually tak la menghasut mana pun, tapi kata2 mereka seakan2 menggalakkan aku membeli)
Sebenarnya, sudah lama mengsurvey. Time keluar dengan kawan2, time tu jugak aku pegi tanya kat kedai2 yang ada jual alat komunikasi. Punyalah tak malu semata-mata nak tanya harga handset je pun.
Akhirnya, setelah aku berasa puas dengan kesurveykan yang aku lakukan, dan setelah beberapa kali istikarah (tapi tak dapat petunjuk. mungkin sebab dah memang hati ni nak) maka aku pun mengambil keputusan untuk membeli.
Eh, terbeli. Ya. TERbeli.
Nah, bukan senang nak buat keputusan ni. Setelah berpikir SANGAT panjang dan lama. Akhirnya TERbeli.
Akhirnya, aku telah beli sebuah handset berjenama Sony Ericson model CK15i.
| Macamni la bentuknya. |
Kenapa aku nak beli handset ni? Lain kali je la celita. Sebabnya banyak nanti kalau panjang2 ada orang komplen pulak (dan hakikatnya memang ada orang komplen entri aku yang panjang2 ni)
Akhir kata, aku puas hati bila beli CK15i ni. Sangat. Alhamdulillah.
>>>Harap Allah redha dengan keputusan aku membeli CK15i ni. Ameen.
v(^_^)v

No comments:
Post a Comment