Saturday, April 16, 2011

Mari Kita Berdoa Bersama!

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera ke atas kamu semua.

Mari kita berdoa bersama-sama (sambil menadah kedua tangan dan angkat separas dengan dada).




Doa kali ini dalam versi bahasa melayu supaya kita lebih memahami apa yang kita doakan. Tapi lebih afdhal jika berdoa dalam bahasa arab. Namun, jangan risau, Allah mendengar doa hamba2-Nya walau dengan bahasa apa-apa pun.

***

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasullullah SAW dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat lagi Mengasihani. Tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekian alam.

Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. Masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran. Selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikan Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan-Mu jua ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran. Selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. Tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhamad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai Keagungan dan Kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.

***

Semoga kita semua sentiasa dalam lembayung rahmat dan kasih sayang Allah

>>>doalah bersungguh-sungguh dengan hati yang khusyuk dan tawaduk. insya-Allah.
>>>ekceli ni adaptasi daripada doa khatam Al-Quran tapi tak salah kita sentiasa minta pada Allah kan. Ngee~~

v(^_^)v

4 comments:

Aimi Zainudin said...

Amiiin ya Rabb..
Doa yg hebat kan..

Unknown said...

SANGAT hebat. Harap doa ini diterima dan dimakbulkan.
(^__^)v

Anonymous said...

mga diterima=) dtg jalan2 kat blog prof.=)

Unknown said...

Insya-Allah diterima.
Thanks jalan2 kat blog prof. Ngee~~
(^_^)v